21 Feb 2014

teringinnn

benarlah orang kata, 

usaha tangga kejayaann..

apa yang kita nak, kita berminat, kita akan boleh buat!

haha, apesal sangat bersemangat nie?
huuu

sebenarnya, saya teringin nak jadi pemain piano..

teringin sangat nak pandai main piano..

nak pandai main piano, kenalah ade pianokan?

ade tak sesiapa kat sini yang tahu, mana kedai yang jual piano/keyboard yang kualiti bagus dan murah sebab saya student lagi..

teringin sangat2 nak pandai main piano,

sekarangkan banyak tutorial kat Youtube main piano..

ase nak sangat2

semoga dapat capai impian baru ni..

insya allah ;)

teringinn..;)

insya allah, amin!


Magnet Jodoh

dari hari tue lagi nak menaip tentang Magnet Jodoh ni

tapi tak menyempat pulak.

sementara masih ada waktu di pagi hari yang indah ni,

di sini, ingin saya berkongsi tentang Magnet Jodoh yang diberitahu oleh Ustazah NurBahyah di Tv9

MAGNET JODOH :
  • Perbaiki perhubungan dengan Allah
    chek semula amalan wajib kita, aurat dsb, berbaik sangka atas segala dugaan dan ujian yang menimpa diri kita, Jika banyak ujian yang menimpa diri kita, Allah rindu pada rintihan kita, selalu tak kita mengadu pada Allah? #Muhasabah

  • Perbaiki hubungan dengan kedua ibu bapa
    berbaktilah pada kedua ibu bapa, berkasih sayang selalu dengan kedua ibu bapa, andai ada salah dan silap, mohon maaflah kepada kedua ibu bapa, sentiasa menggembirakan mereka dan sentiasa taat kepada mereka. :)

  • perbaiki diri sendiri 
 bermulalah daripada apa yang kita mampu, kalau tak mampu paksalah diri kita untuk selalu muhasabah diri, dan perbaiki diri, 
  • Sentiasa Mendoakan kedua ibu bapa
 setiap kali lepas solat, doakanlah kesejateraan kepada kedua ibu bapa, andai kita tidak mendoakan mereka setiap kali solat, kita dikira menderhaka kepada kedua ibu bapa, wa iyanauuzubillah
  • Amalkan sikap suka membantu orang lain
 pernahkah kita mendengar, Apabila kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita? ikhlaskan hati membantu orang lain tanpa balasan, semoga dengan membantu orang lain, doanya terhadap kita termakbul, hubungan juga bertambah erat dan padu.
  • Sucikan diri daripada sifat-sifat Mazmumah
 perhatikan diri kita, adakah sifat2 dengki, kurang amanah, malas berada sebahagian dalam diri kita? sucikan diri kita dengan berubah ke arah lebih baik, perbanyakkanlah sifat-sifat mahmudah dalam diri, sentiasa tersenyum dan bersemangat, letakkan amanah dalam diri, bertanggungjawab dan sebagainya.
  • Puasa Hajat, Solat Sunat Hajat
 Puasa Hajat bermakna kita puasa kerna kita inginkan sesuatu hajat tercapai. 

  • Banyakkan berdoa untuk diri sendiri 
    banyakkan berdoa untuk kesejateraan diri sendiri, mudahkan melangkah ke arah kebaikan, mudahkan hati melakukan kebaikan, mudahkan aku melakukan amalan-amalan kebaikan, murahkan rezeki aku di dunia dan di akhirat, mudahkanlah segala urusan kehidupanku..dan sebagainya ;)
  • Selalu melakukan Solat Istikharah 
solat istikharah akan membimbing diri kita dalam menentukan keputusan dan gerak hati kita dalam kehidupan, tidak semestinya melakukan solat istikharah hanya kerna ingin petunjuk tentang jodoh, Istikharah membimbing manusia untuk berjalan menuju jalan yang benar.
  • Banyakkan bersedekah
 anta petua yang diberi oleh beliau lagi, perbanyakkan sedekah. mohon doa orang-orang yang menerima sedekah ini supaya jodoh didekatkan ;)

Antara ayat-ayat Al-Quran yang diberi di dalam Magnet Jodoh (Tanyalah Ustazah) untuk di amalkan bersama ialah :

Surah Al-Anbiya' ayat 89
Surah Al-Qasas ayat 24 (Ayat yang diamalkan supaya Hajat Tercapai)
Surah Toha ayat 39 *ayat yang diamalkan lebih2 lagi kepada suami isteri untuk melahirkan bunga-bunga cinta antara mereka*
surat Yusuf ayat 4

itu sahaja perkongsian daripada saya ;)

Maaf sebab tak begitu lengkap notanya. huhu..
semoga dapat manfaat!

19 Feb 2014

Rabu Yang Berbicara

malam malam sikit baru blogwalking ke peserta segmen Ramaikan Follower, Raikan Ukhwah tue,

skang nak update what have i done today!

hiaghhhh!

heee


abaikan muka aku yang terlebih hepiiii tuuu

sayang mak!!! muax muax muax! ;)

ada gaya nak jadi model muslimah x??
heee
xcukup ketinggian la awokkk~~~
huuu~~~


heee

tata..

assalamualaikum

17 Feb 2014

Testimonial Blinq Beauty Drink

bila mood dah semakin baik, 

dan diri semakin tenang dan positif

hidup dapat dihadapi dengan baik

tak percaya? CUBALAHHH

try adapt your life and handle with care

untuk kebaikan diri sendiri jugak ;) ye dakk?? hehe

okeyh kat sini.. nak bagi testimonial tentang Blinq Beauty Drink, 

apa tue Blinq Beauty Drink nie?? jom tengok gambarr


saya baru gunakan sebulan yang lepas, hari sabtu kelmarin baru je agent blinq beauty hantarkan sendiri pada saya blinq beauty drink nie.. yang baru untuk bulan yang kedua pulak.. :)

alhamdulillah, sejak minum BBD (Blinq Beauty Drink) nie, berat badan menjadi semakin ideal.. 

dulu berat badan saya 42.5kg je dengan ketinggian 154cm, 

dan saya underweight, 

sejak minum BBD, alhamdulillah, berat badan naik, sekarang 45kg,

BBD bukan menguruskan atau menggemukkan, tetapi dia akan memberi bentuk badan yang ideal,

bagi yang ingin kurus pun boleh cuba,

bagi yang ingin gemuk pun boleh, sebab dia akan membentuk badan menjadi ideal..

jangan salah faham taw,

alhamdulillah jugak, saya pun semakin cepat lawas, 

period tak singkat, dulu 5 hari jea, sekarang ngam2 7 hari..

setakat itu sahaja yang saya nampak,,

mungkin selepas minum 2 ke 3 bulan lagi, akan nampak faktor yang lain pulak kan??

mana lah tahuuu.. 

Apa itu Blinq Beauty Drink ini sebenarnya??

Blinq Beauty Drink merupakan produk 3 dalam 1 yang Pertama di Malaysia dengan Pemakanan Sunnah.

"Glutathione, Collagen, Vitamin C, Soursop, Guarana, Habbatus
Sauda, Dates, Stevia Extract, Pomegranate, Honey & Garcinia."

Apa itu 3 dalam 1?

1. Kecantikkan :
- Kulit akan menjadi lebih tegang.
- Kulit akan cerah sekata seluruh badan.
- Garisan kedut berkurangan.
- Jeragat pudar.
- Open pores akan mengecil.
- Jerawat kecut seawal 3 hari.
- Parut jerawat hilang.

2. Kesihatan :
- Anti kanser No.1
- Menstabilkan tekanan darah.
- Tidak menggunakan gula.
- Menstabilkan hormon wanita.
- Memberi tenaga.
- Meningkatkan sistem imunisasi.
- Merawat ekzema

3. Bentuk Badan Yang IDEAL :
- Membakar lemak.
- Memerangkap minyak.
- Meningkatkan kadar metabolisme badan.
- Rasa kenyang.
- Rendah karbohidrat
- Mengawal nafsu makan.

Kelebihan Blinq Beauty Drink berbanding produk lain :

- 3 dalam 1.
- Mengandungi pemakanan sunnah "habbatus sauda, madu, delima & kurma"
- JIMAT hanya dengan 1 minuman sahaja.
- Bentuk sachet yang mudah dibawa.
- Sesuai untuk "DIABETIC"
- Menggunakan Stevia sebagai pengganti Gula
- Collagen Marin Laut Dalam (Ikan Salmon) Kualiti Collagen Terbaik untuk penyerapan ke dalam tubuh badan.
- Soursop - ANTI KANSER
- Boleh diminum oleh Ibu dalam pantang dan "breast feeding"

bagi sesiapa yang nak order, boleh terus wasap saya 0102712883.. 
atau malu nak wasap, leh pm kat FB:WARDAH ANEESA

banyak testimonial bagi yang dah mencubanya..

harga??

RM150 sahaja.. 
ada 30 sachet di dalamnya..
bayangkan kebiasaan produk-produk lain yang saya jumpa satu kotak hanya akan ade 10 hingga 15 sachet sahaja, dan kadang2 kene minum siang dan malam,

TETAPI

BLINQ BEAUTY DRINK nie lain daripada yang lain, 30 sachet, sehari minum sekali jea..

siyeslyy!!

jimat taw.. siyes JIMAT ;)

antara testimonial :



ada banyak lagi sebenanrnyaaa,

leh rujuk album di sini.. 


okeyh dear.. :)
if u want to be healthy, preatierr,,
jangan malu2 segan2.
hanya dengan Blinq Beauty Drink sahaja pakej lengkap untuk anda,
nak adiahkan pada kedua ibu bapa pun boleh ;)

boleh wasap saya di sini atau wechat 0102712883 ;)

tata.

hanya berkongsi harapan dan berita baik buat semua orang.

semoga dapat manfaat! ;)

Tragedi

biasalah lumrah kehidupan akan ade cerita suka duka pahit manis

yang nie cerita dah lapuk

walaupun dah lapuk, aku akan tetap ingat sampai bile2

2013 punya cerita..

just roll on the pics ok?


kereta viva kesayangan accident

tarikh : 13hb 12 2013

sedih bila mengenangkan kereta kesayangan teruk accident

alhamdulillah, aku pun dah pulih, bersemangat dan semakin tenang

menghadapi hari2 yang mendatang..

just being positif dengan ujian dan dugaan yang mendatang

being happy sebab Allah uji

Allah uji sebab Dia menyayangi kita

tak percaya?? kenelah percayaaa..

heeewww hewww ;)

Pengalaman Bekerja II

Hai,jom sambung pengalaman bekerja II, yang pertama leh baca kat pengalaman bekerja I . Bekerja partime, keje separuh masa aje. antara kerja-kerja yang pernah aku buat, 

ambil upah bersih umah pensyarah, ade dua orang. sorang aku ambil upah sebab due to her condition yang tidak boleh buat kerja berat2. Second, iaitu pensyarah yang lain ini pula, sebabnya dia nak sambung master ke Phd, Dia kata sebab dia kesuntukan masa nak buat kerja2 rumah..

Hasil upah yang dapat bolehla buat belanja tiap-tiap minggu. Walaupun sikit tapi berbaloi jugak, kira duit upah itu sebagai duit emergency masa kat tempat belajar. Penat pun penat jugakla, disebabkan nak duit punya pasal masa tu, terpaksalah buat ^^,

Pengalaman bekerja yang seterusnya ialah :

CASHIER


Cashier


aku bekerja partime CASHIER nie, masa cuti sekolah hari itu. 

Pada mulanya aku agak lembap dan slow sebagai cashier. Jujur aku katakan aku agak lambat berbanding trainer2 yang lain. Aku masuk dengan ramai bebudak baru yang lain. Nak dijadikan cerita, bila budak-budak lain dah boleh buka kaunter, aku masih kene train. Huuuu. Ada cerita disebaliknya. 

Ni yang nak ngadu ni, Aku dapat senior cashier yang baik dan ok je. Cuma dia ajar secara overall. Dia cerita everything but tak try aku step by step. Mungkin bagi yang mudah faham, cepatla dia belajar. Macam aku, aku perlukan train banyak sikit. hihi. First day dia dah ajar macam-macam. Kepala aku macam boleh terima, atau tak boleh terima. 50-50. Aku pun fikir, esok insya allah train lagi. 

Hari kedua, pada pemikiran aku, aku akan kene train lagi memandangkan aku masih keawang-awangan bila duduk kaunter. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Aku kene masuk kat bahagian department. Department ialah bahagian barang-barang. Bukan bahagian cashier. Hmmm. Aku dah agak, mesti kene buli. Sah-sah aku tak belajar ape pun pasal cashier hari kedua ni. Aku kene wat shelftag yang banyak. Shelftag ialah tanda harga pada barang-barang. Barang tiada tanda harga, aku kene buat dengan kawan aku yang juga ialah trainer cashier. Mula-mula agak susahla nak buat shelftag sebab tidak tahu. Lama-lama senang. Kerja shelftag ini kerja bahagian budak-budak department. 

Hari ketiga,  kawan-kawan aku dah terer buka kaunter dah. Walhal aku nak disuruh buka kaunter memang tak dapekla. Hari kedua tu, kejap-kejap je masuk kaunter. Tu pun tolong packing barang je. Shelftag tak siap mana boleh masuk kaunter. wuhuuu. T.T

dan disebabkan aku masih tak boleh buka kaunter lagi. hemmm. aku kene train balik dengan seorang senior lain pulak. Aku terima sebab akak ni train aku betul-betul. Step by step taw. Alhamdulillah, belajar ngan dia, aku kasi A+ untuk cara dia mngajar aku. Complete and details sangat. :D Dia kata, akak pun jenis lambat macam awak, jadi akak faham perasaan awak. hiho. Semangat aku datang bila dia cakap macam tu. Alhamdulillah, lama-lama aku mahir dan dia pun kata wat slow-slow je kalau takut salah. Lama-lama nanti kita mahir baru dapat buat laju-laju. 

First bila jadi cashier paling banyak kene bersabar dengan kerenah customer, macam-mcam ragam. Pastikan alert dengan barang yang dia nak, dengan barang yang dia tak nak, sebab ada customer yang tak jadi ambil barang dia akan bagitahu, "dik, barang ni akak tak jadi ambil, maaf ye." Pastikan juga barang dia sampai mana, dan ringan-ringankan tangan letak NEXT CUSTOMER agar ade pembahagian antara barang-barang customer yang sedang bayar, dengan customer lain. BIL LAIN-LAIN pun kene alert !! ;)

Cashier kene laju kira duit. Pastikan duit yang kita kira kene kira betul-betul. Jangan pandang sebelah mata aje, sebab kemungkinan kita short atau over adalah tinggi bila pandang sebelah mata. *Haa, aku dah pernah kene* Kira duit kertas dahulu, baru kira duit syiling. Pastikan duit kertas tu tak melekat especially duit seringgit. 

Cashier jugak kene sentiasa senyum dan semangat buat kerja. Baru customer pun mesra dengan kita. Tak kekok dengan kita. Biarpun masa tu, hari tanpa plastik. haa. yang ni yang pening. kihkihkih. Macam-macam ragam customer masa ni kita dapat lihat. nantikan entrynya. :D

Cashier kene amanah sebab kita bermain dengan duit. Selain itu, kerja pun hendaklah pantas dan berfokus. Penat jangan fikir sangat. hihi. Rehat nanti tidur la sepuas-puasnya. haha. Apabila ada masalah dengan kaunter, jangan malu-malu panggil supervisor kita. Kalau kita duk tercengang habislah customer beratur panjang dengan macam-macam muka tak ke gerun kita? haha. Ingat tu.

Lastly, sila ada buku nota untuk salin apa-apa barcode atau sku barang. Penting sangat-sangat. Itu sahaja buat masa sekarang. Kalau ada cerita lagi, nanti aku update. Aku pun taklah mahir sangat pun jadi cashier. Pengalaman selama 8 hingga ke 10 bulan tu ada la jugak. ^^,

haa, lupa. dalam masa 3 hari, dapat baju, dan dah kene bukak kaunter kalau dah yakin laa.

Gaji cashier? Basic RM900. Elaun tambahan biasanya ada . If ada dapat dalam 1k sebulan. ^^

cashier


siapa ada pengalaman lagi? jom cengita. ^^

jom baca sini cerita yang best pasal cashier ^^

pengalaman bekerja I

kat sini nak share pengalaman cerita bekerja..

korunk nak saya cerita pasal kerja ape?

ok, dimulakan dengan kerja bersama big family

kami pernah sama2 bekerja as cleaner masa cuti sekolah

masa tu, mak, adik beradik, yang mana ada la, mak long, and few of her students,

kazen nye kengkawan, dan semua yang kerja as cleaner masa nie semua kerabat mak long la yang banyak

and i pernah dengar, "biar mereka rasa bagaimana susahnya mencari duit"

yep, that's true.

susah payahnya mencari duit.

bukan senang sekarang kita nak duit, bukan dengan petik jari je taw anak-anak sekalian!

first, keje as cleaner, masuk satu bilik, dalam tue ade beberapa bilik lagi, cam duk kat hostellaa.. tapi dalam satu bilik, ade byk bilik, cam dorm.

kami kene bersihkan sampai betul-betul clear dorm uh. senang cakap dorm la, satu blok asrama, ade asrama perempuan, ade asrama lelaki.. okeh, memula, masuk satu bilik, then, kasi keluar semua habuk2, atas katil, bawah katil, atas almari, kat siling, kipas, semua sudutlaaa, semua kene pastikan bebetul bersih, kalau bilik yang perempuan kebanyakkannya banyak habuk je la,, kalau jenis yang pandai kemas, habuk2 je la, kalau yang jenis pengotor sket, ade telur tembelang la, panties yang bersepah2, macammm2... barang2 yang ase tak boleh pakai uh, memang kami buang.. bila dah clear habuk2, dah sapu bersih semua, kene mop, lap tingkap2, besenye yang pekerja perempuan, akan wat sapu sampah, bersihkan rumah uh, yang pekerja lelaki plak, kene mop2 nie, cuci toilet, cuci kipas, yang related dengan air, semua laki yang buat, tapi perempuan yang xtahan tue, habuklaaa. hihi, abes bersin2. hahahaa..

satu hari kene setelkan 1 blok ke 2 blok, 1 blok bukan maksudnye 1 asrama, asrama dalam uh ade banyak blok, cam jiran sebelah, tue blok lain, bangunan yang bercantum uh, xtaw la korunk fhm ke idokkk.. huhu..

keje dari pagi sampai petang.. 1 hari dapat RM30, okeylah, tapi penat dia jangan cakaplaa..



alek uh semua sengal2 badan.. hihi

tu je kowt nak cte pasal keje as cleaner tue, yang penting semua kene bersihkan..

************************

2nd kerja yang aku buat, keje lepas SPM,

keje as cleaner uh masa form 3, ke form 4, xengat sangatla

ok, kerja lepas SPM aku kerja as ice-cream seller, 



ngan amek upah bersih2 rumah orang..

keje as ice cream seller ni, hari minggu, sabtu ngan ahad dannnnn dengan hari2 cuti uh kene la kerja..

best kerja jual ais krim nie, sape pernah pergi Melaka River Cruise? kan ade kincir air tue kan? lepas tue, ade restoran kat area stu kan? aku jual ais krim bebetul sebelah restoran tue.. senang je keje dia.. scoopkan ais krim kat kon aos krim, dan ingat bape scoop dye nak. ade orang suke leak sekali je, ade orang yang nak dua scoop kat aiskrim dye.

at first, memang aku xpandai wat aiskrim uh jadi bebtul bulat. ye laa, bulat. aku keje ngan kazen aku, dye dah expert dah, dye keje dulu, lepas uh dye ajak aku keje kat stu sekali, jadi lepas spm tue mmg aku tinggal ngan kazen je.. sambung semula, aku memang xpandai giler buat aiskrim uh jadi bulat..

lama2 aku pun mahir taw.. hihi.. seronok habislaaa..! haha. kteorang mula kerja tengahari, pergi kadang2 bos anta, kadang2 mak ayah kazen anta, kadang2 g sendiri nek bus. hihi. macam2 aku timba pengalaman kat keje aiskrim nie, orang pandang sebelah mata je kat aku sebab aku selekeh, kazen aku comel, super duper kiutla, dri den.. ntah, masa nie, aku baru lepas frust sebab aku dpt taw ayah aku ade orang lain. sebab uh aku tak peduli sgt pasal penampilan diri..

keje kat aiskrim nie pergi tengahari, alek malam, dalam kul 1100 sampai umah, kalau jam teruk, 1130 ke kul 12 malam gak la.. sebabkan bos saya nie lelaki, sebab uh kazen ajak keje sekali ngan dia..

malam2, kat tempat keje uh, ade band yang akan nyanyi kat pentas kecik uh.. hari minggu la biase ade.. lupa lak nak cte, kami bukan keje kteorang je ade, ade makcik ngan pak cik jual sate gak kat sini.. salu lepak2 la ngan dorunk, borak2, hihi.. have funn ! lagi satu, uncle restoran ne, hanya salu borak ngan kazen aku je, sbb bagi dorunk kazen aku nie pandai n educated. so, yang mana high taste nie mmg salu ajak kazen den nie borak2, ngan aku, haremmm le.. huhu. dan yang salu lepak and datang kat konti aiskrim kami nie, waiter2 indon kat keje restoran tue.. borak2. besela, pekerja indonesia.. ade yang ganteng, ade yang suke bercerita.. ade yang suke wat lawak.. layan je laa.. haha.

kat sini yang paling best, ade macam2 orang yang datang beli aiskrim, ye la, kat tengah2 melaka tue kan panas, jadinye, memang ramai yang akan beli aiskrim kat situ, tambahan pulak, kadang2 uh, ade yang datang dari taiwan, korea. uihhh,, jangan cakapla.. speaking la masa tue.. best! :) ade yang muke cam mat saleh, tapi tanye pasal surau taw. dorunk tye, where is mosque? haaa. jangan memain.

untung xunung keje aiskrim nie, untung pada bos aku la, satu hari leh dapat 3 oo ke 5 oo ke atas uh. jangan memain, dua hari dah bape. tue baru keje as jual aiskrim je, gaji, sehari RM30, walaupun masuk half day kengkadangkan. . pernah gak aku keje sensorang, kazen aku xde,, alhamdulillah, ade gak aku jual cecah 300 ke atas, even bos un tak percaya.. hahahaha.. alhamdulillah, :)

aku penah gak jumpa member2 sek aku kat situ, even pernah jugak jumpa sidemok taw. hahaha. tet!

keje lagi satu uh, keje 2 kali seminggu ke 3 kali seminggu, datang rumah, then bersih2kan umah, mop lantai, sapu, kemas2, basuh pinggan, belikan sarapan.. tu je, gaji sket je.. hihi. sebulan RM250.. tapi alhamdulillahla.. :) keje tak berat mana pun..


haaa, ade lagi cerite pasal pengalaman bekerja.. 

boleh baca di sini dan sini as cashier ada, as cleaner ada. jangan lupa terjah ^^

babai!! 


makin tenang

dah lama pula xmenghadap bloggie dan meluahkan perasaann padanya!

haha.

alhamdulillah, hari semakin hari,

saya makin tenang dan selesa

ujian itu perlu ditempuhi dengan doa, sabar dan solat.

itu sahaja kunci kekuatan.

bila rasa buntu, kadang2 Allah bisikkan kata azimat

dengar2 di television, melalui pembacaan di wilayah facebook hihi

semuanya perlu dihayati.. ;)

Allah beri ujian kerna mahu dengar rintihan seorang hamba padaNYA

pada Dia, dan Dia sahaja..

sebab Allah sayang kita yang di uji ni..

semoga hari ini lebih baik daripada semalam..

tata!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...