31 Oct 2015

Tugas Guru #1 : Jaga Peperiksaan

 
 
jaga peperiksaan murid
 
Tugas Guru #1 : Jaga Peperiksaan | Aik, kan program intership dah habis. Ada kerja lagi ke? Memang program intership dah habis, tapi dengan kesempatan ini Wardah nak grab peluang merasai tugas seorang guru yang sebenar. Lepas program intership habis, Wardah kene stay dekat sekolah sampai habis sesi persekolahan. Rasa macam tak nak pula tukar sekolah lain nanti. Hmm. Minggu ini minggu peperiksaan akhir tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Haa, nak tahu cerita,, jomm

Wardah dapat mengetahui rupanya guru yang mengajar mengikut jadual waktu kelas biasa itu akan menjaga kertas peperiksaan yang berlaku pada masa tu. Ada juga kelas ganti yang Wardah dapat masa peperiksaan juga. Guru perlu mengambil kertas peperiksaan sebelum mula peperiksaan dan alert dengan masa mula dan tamat peperiksaan tersebut. Ini kerana kalau kita tak alert nanti kita akan ketinggalan daripada segi masa mula dan tamat peperiksaan tadi. 

Yaaa, jadi dekat Wardah sebabnya, pagi-pagi menjadi kebiasaan kita untuk membuang air. Ini Wardahlah, tak tahulah pada orang lain kan. Lepas sahaja selesaikan hajat tersebut, sebenarnya pagi tu tak ada kelas pun, jadinya lepas keluar je toilet, ada anak murid bagi kertas slip ganti kelas. Pada pagi tu juga ada peperiksaan kelas tu. 

Masa tu duk fikir 

"Dah ambil ke kertas peperiksaan?"

"Mula pukul berapa?"

Mulalah, berlari ke pejabat nak cari kertas soalan. Malu juga sebab cari-cari tak jumpa pula kertas soalan dan guru besar pun ada kat situ. Malu beb.. Guru besar pula kata "Dah ada budak pergi ambil tu kowt". Lepas tu, berlari pergi dekat kelas tersebut. Rupanya kertas peperiksaan dah ada dalam kelas. Kalutlah pergi buka sampul surat peperiksaan tu dan bagi kepada semua murid. Sebabnya, kelas sebelah dah mula pun paper. Cakap dengan cikgu tu, rupanya dia pun baru dapat relieve kelas. Masuk kelas Wardah balik. Lepas dah bagi kertas soalan, minta pelajar check semua bahagian kertas soalan mencukupi dan semuanya lengkap. Dah semak dan mulalah kertas peperiksaan tersebut. 

Bila balik dekat meja guru kat depan tu, Bahagian A 45 minit. Eh, macam peliks aje 45 minit kertas Sains pulak tu. Tengok-tengok, belek-belek, rupanya ada banyak lebihan kertas soalan. Eh. ni Bahagian B. Rupanya kena bagi juga Bahagian B. Nasib baik awal-awal lagi nampak kertas soalan Bahagian B. Lepas tu, bagi pada semua murid dan minta murid semak semua bahagian kertas soalan Bahagian B. Selamat. Semua lengkap. Cuma kat depan kenalah tulis mula pukul berapa dan habis pukul berapa. Kene ingatkan murid-murid habis pukul berapa. Kertas Sains ni 1 jam 15 minit. Haa, jangan pula tulis kehadiran murid dekat sampul kertas soalan tu. Nanti tertinggal pula murid yang tak menjawab kertas peperiksaan tuu. Kalau cukup tulis cukup. Tak cukup tulis nama murid yang tak hadir tuu.

Memang rasa lemah sangat masa tu. Mungkin sebab kerana perut meragam rasa lelah pun ada. Nasib baik murid-murid Tahun 6 ni memahami dan tak banyak soal bila tengok Wardah macam monyok sikit pagi dan agak kelam kabut. Terima kasih anak-anak murid sebab memahami ustazah yaa..
 
Itulah serba sedikit tentang jaga peperiksaan. 

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


"Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com".

 
"Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com"

http://www.syafiyahluv.com/2015/10/giveaway-2015-by-syafiyahluvcom.html

Bagi sesiapa yang nak join boleh klik banner di atas. :)
 Mudah sahaja syarat-syaratnya. 

"Giveaway 2015 By Syafiyahluv.com"

30 Oct 2015

Kek Cheese dari Murid


Kek Cheese dari Murid | Erk, memandangkan ramai pulak yang jual kek-kek nie. Macam-macam harga yang Wardah jumpa. Ada yang murah. Ada yang mahal. Ada yang jual bekas kecil RM2.50 kek cokelat moist. Ada yang jual bekas panjang sikit RM5.00 kek cokelat dengan toping cokelat tebal. Ada jugak anak murid yang try jual. dan Wardah pun beli sebab nak try dan rasa kesian juga dekat murid tu. Dia jual RM5.50 bekas kotak kecil tuu. Atceli, my fave student yang jual. Haha. Tu yang beli tuu. #wardahgedik

Errr.. Semalam dapat kelas ganti tahun 6 Wira. My fave student tu datanglaa kat Wardah

"Ustazah, ustazah nak beli tak kek cheese?"

"Sapa yang buat?"

"Sayalahh! Ehh, bukan, bukan, mak saya yang buat."

Dengan nada yakin dia sebuut dia yang buat. Haha. Cute. 

Tahan aje lah gelak. 

"Bape ringgit yang kek cheese tu?"

"Bla..bla..bla.. kek cheese RM5.50"

 Terliur plak dengar kek cheese. and Wardah pun buat keputusan nak beli kek cheese tuu. 

"haa, ustazah nak cuba kek cheese tu"

"Ok ustazah, esok saya bagi"

dan hari ni Wardah punn amek laaa kek cheese tu kat kelas dia.

Nak kata sedap sedap laa kowt. First time juga cuba kek cheese. Partner intern ni cakap kek cheese biasanya cheese dia manis. Yang murid saya jual ni masam sikit.. Heee. Tapi tak apalah telan sebab sedap aje rasanya. 

Tapi nak sejukkan kat rumah, nak bagi sedap dan lazat sikit sejuk-sejuk. 

Hehe. Kbye. Kejap lagi nak jaga peperiksaan Pendidikan Islam. Bai tataaaa.


Kek Cheese dari Murid 

Review Olicandy


Review Olicandy  | Okey sebenarnya ramai juga yang cari tentang kehebatan produk Olicandy ni. Jujur Wardah dah makan dua botol Olicandy ni. First botol tu Wardah makan dua biji sehari dan botol selepas tu makan sebiji sehari. Total days yang Wardah makan adalah bersamaan 45 hari. 1 botol ada 30 biji. 

Rasa Olicandy ni macam gula-gula. Cara makan dia pulak, sama ada nak kemam ataupun kunyah terus pun boleh. Pagi-pagi makan 30 minit sebelum sarapan. Paling penting kene minum air yang secukupnya. Harga yang Wardah dapat ialah dua botol bersamaan RM70 lebih. Murah kan. Satu botol Olicandy ni bersamaan RM3+ gak lahh. Nak tahu beli dengan siapa? Wardah beli dengan adik junior dekat maktab IPKB. 

Kesan Olicandy :

Makan untuk botol yang pertama tu nampakla kesan dia mengecutkan jerawat Wardah. Masa ni berkobar-kobar makan produk kecantikan ni dengan banyak minum air masak. Jadi kesan ada juga nampak muka macam berkilat sikit bila masa makan Olicandy dengan minum air masak banyak. Wardah memang susah nak konsisten minum air masak dengan secukupnya. Jadi kemungkinan keberkesanan Olicandy ni agak kurang pada kulit muka Wardah sebab malas minum air. 

Wardah dapat rasa kulit tangan Wardah memang lembut sangat-sangat. Memang terasa perubahan tang situ. Even sekarang tak makan lagi pun rasa kelembutan kulit tangan Wardah. Hhoo. Warna kulit Wardah tak pastilah, sebab Wardah tak perasannn. Betul-betul tak perasaannn. sebabnya Wardah pun kulit cerah. Nak pastikan betul atau tidak berkesan berjaya memutihkan kulit Wardah ni tak dapat nak pastikan. Sebabnya macam Wardah cakap tadi, Wardah tak konsisten minum air masak. 

Mudah lawas. Memang tak dinafikan bila Wardah makan produk Olicandy ni, memang jadi mudah lawas. Eloklah jika anda amik Olicandy ni minum air masak banyak-banyak ye. 

Kesan bagi seseorang tu mungkin ada yang cepat. Ada yang lambat. Wardah rasa kat Wardah kesannya lambat tuu. Sebab tu tak nampak sangat perubahan daripada Olicandy. Mungkin pada kawan-kawan lebih menjadi ke kan. 

Itu sahaja review tentang Olicandy ni. 

29 Oct 2015

Tips Lupakan SI DIA Selepas Putus Cinta


Tips Lupakan SI DIA Selepas Putus Cinta | Jom kita soroti satu persatu apa tips-tips yang boleh diamalkan. 

Padam semua berkaitan dia. 

Jangan nak tengok-tengok lagi gambar yang ada kenangan antara kamu dan dia. Masa nak delete tu jangan gatal tangan view satu-satu. Habis menangis tak berlagu nanti. Masa nak delete folder antara kamu dan dia. DELETE AJE. Tegaskan hati. Tegaskan jiwa. 

Pulang semua barang ATAU Buang / Bakar Barang-barang yang pernah dia berikan. 

Jangan pernah sayang pada barang yang pernah dia berikan. Jangan simpan pun. Kalau anda jenis tak kuat. Jenis mudah menangis mudah teringat. Silalah buang atau dengan mudah bakar sahaja barang-barang yang pernah dia berikan. Kalau dia mahukan semula barang-barang dia, bagikan aje semula. Asalkan kita jangan SIMPAN pun satu apa pun barang dia. 


IGNORE SEMUA BERKAITAN DIA

Haa, macam ni. Mudah aje nak ignore semua berkaitan dia. BLOCK aje semua apps pasal dia. Facebook. Insta. Emel. Skype. Yahoo Messengger. Whatsapp. WeChat. Telegram. TEGASKAN diri tekan button BLOCK tu. Jangan nak layankan hati sangat.

JANGAN STALK PUN PASAL DIA

Si dia dah bahagia dengan kekasih baru. Jadi anda ada hak juga hendak bahagia. Dengan bercinta dengan PENCIPTA CINTA. Janganlah rajin sangat nak stalk pasal dia. Dia tak pernah pun fikir pasal anda, kebahagiaan anda pun. Rajin sangat nak stalk nanti anda juga yang sakit jiwa dan merana. Fikirkan hikmah anda putus dengan dia. Adakah dia membawa anda ke jalan indah beragama atau sebaliknya? Adakah dia menjaga anda sebaiknya seperti yang di saran agama? Fikir-fikirkan. Mungkin tak nampak lagi hikmah anda putus. Fikirkan CINTA ILLAHI yang Allah bagi peluang untuk kita cari, mungkin selama ni kita leka. Allah bagi peluang, kita grab peluang yang diberikan.

REDHA DAN PASRAH

Redhalah bahawa dia bukan ada jodoh pun dengan kita walaupun sebenarnya boleh diselamatkan tanpa ada yang curang. Betul tak. haha. Redha sahaja. Redha dan pasrah sahaja. Kerana bila kita tak redha dan pasrah seolah kita tidak menerima plan Tuhan yang ditakdirkan untuk diri kita. Namun sang pencurang jangan angap redha dan pasrah ni jalan nak curang ye. #HEMPUKKANG!

HAPPYKAN DIRI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG DISUKAI

Inilah peluang untuk anda cari diri anda balik. Yeee, tak percaya?? Buka mata, buka minda, buka peluang pada diri sendiri. Libatkan diri dengan macam-macam aktiviti. Libatkan diri dengan macam-macam benda, Hal keluarga, hal adik beradik, masak-memasak, kursus menjahit, jadi pengerusi majlis, jadi pengawas peperiksaan, perkara yang tak pernah kita buat pun kita boleh buat. TAK PERCAYA? PERCAYALAH DIRI ANDA SENDIRI. hihi. Jangan tak survive dan teruskan kedukaan anda putus cinta tu. Tak ke mana pun sedih lama-lama. Allah pun tak suka kalau kita sedih lama-lama. Not profesional. Banyak sangat perkara yang kita boleh buat. Carilah perkara-perkara yang anda suka dan minat ataupun mungkin perkara yang mencabar dan anda tak pernah jangka anda akan buat? Siapa tahu kan...

DEKATKAN DIRI DENGAN PENCIPTA

Dah buat semua yang dekat atas tu? Dah setelkan semua benda? Kalau dah setel baru boleh fokus pada PENCIPTA kita yang AGUNG.. Selama ni kita tak pernah nampak cinta yang hakiki, yang kekal sampai ke akhirat, manisnya cinta Allah. Kita langgar larangan Allah,kita buat maksiat. Masa inilah Allah sebenarnya bagi peluang kepada kita raih cinta Allah, raih kemanisan iman. Raih segalanya dengan cinta Allah. Percayalah Allah, Allah plan yang terbaik buat diri kita. Yakinilah ia. Senyum :)


Setakat itu sahaja TIPS KECEWA PUTUS CINTA. LUPAKAN-LUPAKAN yang LAMA. BINA LIFE yang BARU untuk diri anda sendiri. Sayangi diri anda, sayang sangat-sangat taw. Ingatt tuu. Tips Lupakan SI DIA Selepas Putus Cinta |

Intership Dah Habis Hoooraayyy!!


Intership Dah Habis Hoooraayyy!! | Wardah rasa yang lain tentu-tentu dah habis. Uwahahaha. Dah siap setel laporan tiga-tiga projek yang nak disiapkan tu. Wardah buat projek mural tulisan jawi, ceramah Bicara Awal Muharam dan Pertandingan Spelling Bee. Orang lain dah habis sebab tak ada cuti jerebu kowt. Wardah minta excuse juga dengan bahagian praktikum sebab cuti jerebu ada dalam 4 hari. Jadinya mural tu siap lambat sikit. Alhamdulillah, alasan diterima, dia minta tambah hari untuk siapkan tugasan tuu. 

Kertas kerja berkumpulan :

Ceramah Bicara Awal Muharam dan Pertandingan Spelling Bee

Kertas kerja individu : 

Projek Mural 

Alhamdulillah dah selesai semuanya tinggal nak tandatangan dengan guru besar aje. Laporan tersebut. Haa, buat sesiapa nak contoh kertas kerja bolehlah emel Wardah dekat neesacutez@gmail.com. Geliii aje kan Wardah ni nak bagi je kertas kerja tuu. Sebenarnya mentor Wardah pun bagi aje contoh kertas kerja ni. Baik sangat-sangat mentor Wardah ni. Sayang gila. 

Ceramah Awal Muharam tu ada juga kene buat surat jemputan bagi penceramah, dan semua ajk PIBG. Kalau nak juga, boleh emel kat Wardah ya. Cakaplah nak contoh surat-surat tu. Tapi kalau nak buat sendiri lagi baik. Hihi. :P 

Apa yang Wardah belajar? 

Macam-macam yang Wardah belajar. Pengurusan macammana nak jemput penceramah luar, jadi pengerusi majlis, macam mana nak siapkan kertas kerja, siapkan buletin untuk sekolah, siapkan brosur untuk guru-guru, kutip sumbangan untuk penyediaan bubur asyura dan bekerjasama dengan guru-guru lain untuk sempurnakan Program Ceramah ini. Alhamdulillah. Rasanya banyak lagi yang kene dipelajari tuu. 

Untuk Spelling Bee, pengalaman jugaklah menguruskan pertandingan Spelling Bee walaupun sekadar tolong-tolong ambil gambar, tulis markah dan cari perkataan-perkataan untuk Spelling Bee tuu. Spelling Bee ni buat untuk Tahun 6 sahaja. Aktiviti selepas Tahun 6. Kan Tahun 6 dah habis peperiksaan UPSR. 

Mural yang Wardah buat tu tak guna LCD. Huhu. Wardah just guna kertas mahjung da tulisan Wardah sendiri. Waktu tu pula printer buat masaalah. Jadinya lakar sendirilah tulisan jawi dan ayat-ayat Bahasa Arab tuu. Alhamdulillah. akhirnya siap jugaaaa. 

Terdapat dua kali pemantauan dari pensyarah dari IPPM. Dia melihat perjalanan projek kita, dan yang paling penting portfolio tu mestilah siap. Jangan tak siap. Kene amaran nantii plak kalau tak siap. 

Okeylah, tu serba sedikit tentang intership yang Wardah siapkan dalam tempoh sebulan ni. 

22 Oct 2015

Ubat Hati


Ubat Hati | Hati kalau tak dibajai dengan kebaikan maka musnahlah ia. Hati kalau hitam jiwanya maka terobeklah akhlaknya. Hati. Hati hati dengan hati. Jangan dibiarkan hati terleka walaupun sesaat cuma kerana pengabaiannya walaupun seketika kesannya boleh membunuh jiwa. 

Hati. Macam mana kalau dah ter hitam. Ter keras hatinya.

Hadirilah majlis ilmu.

Susah? Tiada kenderaan? 

Anda ada tak aplikasi internet, seperti Youtube ke. Tonton.my. tak??

Ahaaa. tulah pemudahcara. dalam televisyen pun banyak dah ceramah-ceramah, program realiti agama, macam-macam yang ada. Selalulah buka. Rancangan Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah. banyak lagi program yang berkisar dengan agama lately. Haa. Tinggal kita je nak penuhkan jadual tengok televisyen kita tu macam mana. Pepagi mak Wardah buka Tanyalah Ustaz/Ustazah kat televisyen tuu. Tengah siap-siap nak pergi sekolah. Sambil menyambil dengar. Pagi-pagi dah dapat ubat. Mestilah nyaman kan. Apa kata cuba buat nanti. Insya allah. 

Selain itu, tak suka tengok kat televisyen. Ketinggalan? Haaa. Boleh pula dengar ceramah dekat Youtube. Type aje ceramah. Keluar nama Ustaz Azhar Idrus. Ustaz Abdullah Khairi. dan macam-macam lagi. Tinggal nak pilih aje. Tak pernah buat? Cuba buat esok. Mana tahu addicted nak dengar pula esok dan esok yang setersunya. Kan. Kan. Mudah-mudahan.

Tapi kalau dapat live depan mata contohnya pergi surau dan masjid tu lagi best kan. 

Pernah tak merasa tengok Ustaz Azhar Idrus, Ustazah Syarifah Hayati, Ustazah Nor Bahyah. Depan mata?? Ustaz-ustaz lain pun ada juga. Kadang-kdang dengar ceramah depan mata lebih terasa di hati. Sebab kita ada kat taman-taman syurga yang menyebarkan ilmu-ilmu agama. Ada sahabat-sahabat dan saudara-saudara yang sama mendengar ilmu, menimba ilmu berusaha sama-sama dengan kita. Lebih terasa ohsem. Nak tahu ohsemnya rasa tu? pergi masjid, pergi surau. Barulah dapat rasa ohsem tuu. 

Cuma kalau tak dapat tu, bolehlaaa search dan cari ceramah-ceramah yang ada di laman web. Sekurang-kurangnya hati kita terjaga. Itulah peringatan peringatan yang dapat secara live juga secara perseorangan. Tak kata ni ubat yang pertama. Tapi ini salah satu ubat hati yang menyedarkan jiwa kita yang lalai daripada mengingati Allah. 

Insya allah. 

21 Oct 2015

Malam Berteman Laporan

Malam Berteman Laporan | Malam yang mengantuk bertemankan laporan program-program intership. Terasa lesu. Mengantuk. Boleh plak an. 


Ish. Ish. Ish. Nyah kau dari sini semua rasa yang mengantuk malas itu!!! 


Ni duk menyambil buat laporan sambil sambil mendegar lagu-lagu yang ada berkumandang dalam laptop ni. Berapa banyak sambil laa yang ko gunakan. Haha.


Minngu depan murid-murid dah nak periksa akhir tahun. 


Risau pula budak-budak yang asyik cuti jerebu tak study. Harap sabtu ahad anak-anak murid kesayangan ulangkaji pelajaran mereka. Tak kisahla pelajaran apa pun.Masa kelas tadi.. Fawwaz (bukan nama sebenar) demam pun masih datang sekolah. Last-last minta dia tidur aje tengok minta dia berdiri pun memang tak larat dengan mata yang macam berair. Demam. Selalu aktif aje.  Teringat pula si Man (bukan nama sebenar) ni. Susah nak cerita. Moga jadi iktibar. Jangan berlari kat tepi jalan. Lagi-lagi jalan tar tu. Bahaya tahu tak!! Kat mana-mana pun bahaya. Jangan ingat nak balik laju aje lari. Kita tak tahu padahnya menanti kalau tak berhati-hati. Muka sebelah kiri dia dah bengkak. Tanya kenapa, dia jatuh kat jalan tar. Muka tersembam. Sakit sangat tengok dia. Dia pun dah jadi pasif, mungkin menahan sakit, mungkin juga malu dengan keadaan dirinya tu. Wardah memang terkejut tengok muka dia. Ingatkan eksiden. Mudah-mudahan semakin sembuh sakitnya tu.


Sabtu ni bakal berjalan lagi ke kenduri kahwin sedara mara yang jauh. Nasib baik adik lelaki dah cuti semester. Bolehla minta dia drive bawa kereta. I takut sikit nak bawa kereta pergi bandar Kuala Lumpur. Takut sesat. Takut dengan bandaranya yang sesak dengan kenderaan. Mak pun nak pergi Kenanga lagi. Minggu ni juga kembar balik. Kene ambil di Seremban, Jumaat nanti. 


Untunglah asyik jalan aje. Haha. Untung juga jalan, duit pun jalan jugak. Hihikkk. 
Jum teman sambung buat laporan. Babai!


Malam Berteman Laporan | 

Senyum Sikit


Senyum Sikit | Hai semua. Apa masyam-masyam pepagi tuuu. Stress? Tarik nafas... Hembus. Tarik nafas.. Hembus! Say Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masih lagi bernyawa dengan nikmat yang Allah berikan. 


Senyummm pula.

Senyumm lagiii.. Lagii, sampai nampak lesung pipipit kat pipi tuuu. Haaa. kan comel! Kan manis. Segak aje kan. Anggunn orang kata. 


Senyumm lagi.

Senyum tak perlu kata apa-apa.

Senyum. senyum selaluu. senyumm, senyum dengan ku. Heee


Saja nak tembak kawan-kawan dengan aura positif. 

Pagi-pagi lagi kita kena bersyukur. dan senyum. Senyum tu sedekah. 

I wish can tepek satu gambar kat sini. Tak pun tengok header Wardah. Senyum macam tuu ke. Thumbs up kalau dah senyumm. Hehe.

Kalau ada masalah, selesaikan dengan segera taw. Lepas tu baru dapat senyum puas-puas. Lega orang kata. Kalau senyum masa masalah belum selesai pun tak apa. Senyum tanda kita sabar. Lagi manis orang kata, senyum dalam kepahitan hidup. Ye dak?

Oklah. Selamat pagi semua ! Jangan lupa. Senyumm ya.

Senyum Sikit |

20 Oct 2015

Jerebu Semakin Menakutkan Kita


Jerebu Semakin Menakutkan Kita | Bila berfikir yang sebenarnya. Mungkin juga jerebu yang melanda kali ini Allah nak tunjukkan sesuatu. Jerebu yang semakin tebal. Udara yang beracun. Ada pandangan mengatakan bahawa ianya juga tanda kiamat. Kita pun tak boleh nak predict bila kiamat itu tiba. Tapi tanda-tanda sudah ada. 


Sudah bersediakah kita nak menempuhi alam akhirat. 


Bila tepuk dahi sendiri.

Bila tanya akal rasa takut.

Bila tanya hati rasa macam nak mati. 

Rasa takut seperti itu. Lost. 

Sebabnya.

Rasa diri banyak dosa.

Masih belum bertaubat pada tuhan. Pada Allah yang Esa. 

Astagfirullahalazim.. Banyaknya dosa ini. Banyaknya tangguhkan taubat.

Astagfirullahalazim..

Ada saudara yang mengatakan dah nampak udara bewarna kuning area kawasan rumahnya. Kawasan mana, saya tak mahu sebutkan. 

Seperti yang digempat gempurkan.

Udara Indonesia dan jerebu yang melanda negara mereka ini sudah bewarna kuning. Katanya beracun. Kita pun. Jaga-jaga. Jangan suka sangat diberikan cuti. Jaga juga diri kita. 

Pesan pesan pada kawan-kawan.

Banyakkan doa. Jaga diri. Pakai topeng. Mask. Minum air masak banyak-banyak. Kurangkan aktiviti di luar. Semoga kita dipelihara kesejahteraan. Semoga kita dipelihara kesihatan. 

Jerebu Semakin Menakutkan Kita

Wajah Baru


Wajah Baru | Hai semua. Lama tak dengar berita kan. Bersawang berhabuk sungguh dah blog Wardah ni. Tanpa buang masa. Jeng ! Jeng ! Jeng.


Dah tukar ke design baru. 


Kalau dulu yang lama ala-ala pink.


Yang sekarang bunga-bungaan. Hee.


Btw, sebenarnya ada banyak je setoriii. Tapi sekarang manyak update dekat insta. Apa-apa nak tahu boleh follow up my insta taw. Herkk. Retiss ke awok ni. 


Memang tak pun. 


Ahaks. 


Cantik tak design blog yang baru ni? 


Tak habis decorate lagi . 


Banyak lagi nak kene explore.


Wardah buat sikit-sikit je dulu.


Tak sabar nak habiskan sekolah. 


Tinggal dalam sebulan lebih lagi je. 


Nak tamatkan zaman belajar. Zaman sekolah idok le sebab teman kan bakal cikgu cikgi ustajah pulak lagi. 


Malam-malam Wardah ajar mengaji . Baru seorang aje anak murid.. Itupun, anak jiran sebelah yang nak belajo ngan kitee. Ma dia yang request. Test market dulu. Sape-sape area Masjid Tanah yang perlukan khidmat. Mailah. Masa mungkin petang tapi lepas sekolah boleh. Malam pun boleh, insya allah. Boleh emelkan kepada saya. Atau pm aje kat fb tuu. 


Okey guys. 

Lihatlah wajah baru blog saya. Ehem. Hihi. Bye!

Wajah Baru

14 Oct 2015

Merasai Jiwa Pendidik Sebenar


Merasai Jiwa Pendidik Sebenar | Hai semua. Sejak bermulanya intership sejak 28 hb September yang lepas. Wardah rasa jiwa pendidik itu semakin dekat di dalam hati. Kalau dulu mungkin belum masuk ke dalam jiwa sepenuhnya, alhamdulillah sekarang ni lebih-lebih terasa umphhh seorang pendidik. 

Ada yang kata kerja guru ni mudah saja. Iye ke mudah? Cuba bayang seorang anak pun sukar untuk kita ajar apatah lagi satu kelas yang mempunyai 40 hingga 45 orang murid? Huhu. Pengalaman Wardah belum banyak lagi. Masih sedang belajar. Belajar mengurus, belajar berkomunikasi, belajar dan terus belajar. Mengambil dan mencedok ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang sudah mahir mengawal kelas, memberikan pengajaran dan juga guru yang telah diberikan anugerah kecemerlangan dalam perkidmatan. 

Intership ni ajar menguruskan beberapa program. 

Contoh nak buat pertandingan. Apa yang perlu ada. Hadiah, peserta, kertas kerjalah yang pasti. Bajet perbelanjaan dan sebagainya. 

Contoh nak buat tazkirah, siapa yang involve. siapa yang nak bagi tazkirah dan sebagainya. 

Biasalah tu kan. 

Wardah tak biasa sangat buat program. Memang rasa merangkaklah juga tak tahu macam-macam perkara. Tapi tak apa, belajarlah. Jangan tak belajar. Ye dakk? Dah tahu nanti mudah. 

Lagi satu, jangan malas-malas bertanya. Ringankan mulut. Bertanya sebab kita tak tahu. 

Haha. Wardah ni mula-mula pendiam sikit. Nak bercakap pun dengan guru-guru sekolah berfikir dua tiga kali. Takut salah cakap. Alhamdulillah, sekarang bolehlah nak borak-borak. Hihi. :)

Doakan program yang Wardah buat sempena Awal Muharam ni berjaya. Insya allah. 

Biodata Pelakon Lelaki Fattah Amin


Biodata Pelakon Lelaki Fattah Amin | Pelakon hero Hello Mr Perfect ni semakin dikenali ramai. Sebelum ni beliau pernah berlakon dalam cerita Playboy itu Suami Aku. Plan Cinta Tak jadi pun dia ada juga berlakon. Memang tengah hangat namanya dalam industri sekarang. Wardah suka sangat tengok dia berlakon. Mungkin kerana watak yang dia bawa tu mungkin juga kerana style dia berlakon tu kowt. Memang tak miss tengok cerita Hello Mr Perfect tu. Ehem!


Fattah Amin Hensem

naa, Wardah belanja gambar beliau sekeping bersama Sherry. Ehem. Katanya hubungan mereka masih baru lagi. Boleh rujuk di Beza 7 Tahun

Fattah Amin merupakan salah seorang finalis Hero Remaja bagi tahun 2012. 

Sedikit info biodata beliau iaitu Fattah Amin.


Nama Penuh: Abdul Fattah Bin Mohd Amin (Fattah Amin) 

Nama Popular: Fattah Amin 

Umur: 23 Tahun 

Pendidikan: Mahasiswa Bidang Seni di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

Status: Pelajar Sepenuh Masa 

Pekerjaan Sampingan: Model dan Pelakon 

Profil Rasmi Twitter: https://twitter.com/fattahamin 

Lakonan: Kerana Sarah’ (slot Azalea TV3) dan ‘Memberku Hawa’ (Astro Ria)

Pautan Sumber: mysumber.com

Oklah, semoga pelakon Fattah Amin ini semakin berkembang maju dalam bidang yang diceburinya. 

13 Oct 2015

Selamat Menyambut Awal Muharam


Selamat Menyambut Awal Muharam | Hai semuanya. Nampaknya selepas Maghrib tadi kita sudah masuk ke Tahun Baru Islam!! Wawww Wardah sangat excited tak tahu kenapa. Mungkin kerana buku baru sudah dibuka, namun, taubat akan dosa silam kita jangan lupa buat taw. Self reminder jugak nii. Wardah juga ada masa silam, masa jahiliah. Bila dah buka buku baru, jagalah amalan-amalan kita. Insya allah. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kita untuk istiqamah. 


Terima kasih buat sahabat-sahabat blogger yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Wardah. Alhamdulillah dah pulih daripada sakit hari tuuu. Haisyh, rasa badan ni tak kuat betullah. Sekejap sekejap sakit, sekejap sekejap demam. Manja betul. Badan sila kuat okeyh. Banyak lagi cabaran dan ujian Allah nak bagi. Hati pun mesti kental. Tepis segala anasir-anasir penggoda iman taw!


Awal Muharam detik permulaan,,,

Tetiba teringat lagu ni. 

Haa, sape ingat sambung-sambung lirik ni.. Hihi

Bilalah nak rajin edit blog ni balik, header blog, bila bukak dah tak ada. ke mana kau pergii.. ke mana kau pergi wahai headerku? Blog niii macam nak suh orang tengokkkan je.. Lepas tu nak minta edit-edit sikit kat bahagian html. kat design blog. Mungkin akan difikirkan atau mungkin minta blogger yang mahir buatkan nanti. 

K lah, selamat bercuti awal muharam esok !! :)

7 Oct 2015

Pening Kepala, Selesema, dan Sesak Nafas


Pening Kepala, Selesema, dan Sesak Nafas | Hai semua. Apa khabar? Semoga semua sihat insya allah. Nak tekankan perkara penting dalam keadaan jerebu ni.

1. Keluar jika ada urusan penting di luar. Kalau boleh jangan berjumpa di luar tanpa kawasan bertutup. 

2. Keluar dengan memakai mask. Topeng tu. Penting sangat-sangat.

3. Jangan keluar rumah. Duduk aje terperuk kat rumah sebab keadaan persekitaran sangat kritikal.

Memandangkan Wardah tak jaga safety Wardah masa duduk dekat kawasan luar sekolah tadi. Wardah tak pakai mask tadi masa jaga pagar kat luar sekolah. Kene sambut murid-murid datang sekolah dan u know what!! Wardah tak pakai mask!!

Sekarang ni Wardah dah sesak nafas dah. 

Kepala pun dah pening-pening. 

Semalam pun kene hujan pula sebab keluar naik motor. Memang rasa macam nak demam. 

SOk sek Sok Sek hidung ni bunyi. 

Huuu. Hanya mampu berhuhu sahaja. K lah guys.

Ingat pesanan Wardah yeee. Bai!


2 Oct 2015

Bahagia Itu Ada


Bahagia Itu Ada | Adakala rasa macam tersungkur jatuh kerana dosa silam. Bertemankan buku #HESHIN dan buku #INFIRUU keluaran penulis Aiman Banna menemani hari-hari yang mendatang membuka rasa cinta kepada Pencipta. Sebak membaca bait-bait penulisan di dalamnya yang menyentuh jiwa ini. Rasa seperti sudah lama meninggalkan cinta DIA yang selalu terbuka buat hambaNYA. Hanya diri ini yang hina dan buta kerana tidak nampak semua itu. Penulisan beliau memang membuka minda membuka mata membuka hati nurani. Tersungkur jatuh dilubuk hitam bukan noktah yang tidak boleh dipadam. There's a way to make we be good. To be muslimah, to be solehah. Hanya dengan berusaha dan berusaha. Never lost to keep trying and trying. 

Bahagia itu ada, dengan jalan yang benar. Bahagia itu ada dengan cara yang halal. Bahagia itu ada dengan meletakkan pengharapan pada Sang Pencipta yang sentiasa membuka ruang kepada hambaNya. Just Jangan Putus Asa Mencari dan Mencari. Cari Apa tu? Cari Cinta Sang PENCIPTA.


Tersenyum kerana bahagia itu ada
Senyumlah. Allah membawa ke jalan BAHAGIA. Senyumlah. Allah tak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...