30 Dec 2015

2015 Best Nine

2015 Best Nine | Hai semua. Inilah hasilnya setelah Wardah klik link di bawah gambar tuuu. Inilah sembilan gambar terbaik bagi tahun 2015. Semua sembilan gambar ini ada di instagram Wardah. Setiap satunya ada maksudnya tersendiri. 

Boleh klik link ni 2015bestnine untuk dapatkan sembilan gambar terbaik dalam tahun 2015 ni. 

GAMBAR PERTAMA: 
Masa bufday Wardah 9 Disember 2015

GAMBAR KEDUA:  
Gambar dengan anak murid masa keputusan Upsr keluar.

GAMBAR KETIGA: 
Masa jamuan akhir tahun bersama guru Sek Keb Bukit Beringin yang paling baik. Dia yang duduk sebelah Wardah dekat dalam bilik guru. She is really nice person. 

GAMBAR KEEMPAT:  
anak sedara dapat like terbanyak tu. Huhu. Comelkan dia.

GAMBAR KELIMA & KEENAM:
Masa Wardah jadi pengapit. Kenduri kahwin masa 5 Dis 2015. Dramatic day. Akan ingat sampai bila-bila.

GAMBAR KETUJUH:
Raya tahun ni dengan kazen merangkap bff.

GAMBAR KELAPAN: 
MASA ikut lawatan ke Masjid Cina semasa program intership. Dengan kawan intership. Shida. 

GAMBAR KESEMBILAN:
Whole family united dalam majlis perkahwinan abang sulung.  

Haa. Setiap gambar ada makna taw. Jadi boleh klik link bawah gambar untuk dapatkan sembilan gambar terbaik yang anda ada. ^_^

2015 Best Nine |

29 Dec 2015

Produk 2 in 1 : DwiDara Collagen Complex

Produk 2 in 1 : DwiDara Collagen Complex | Hai semua. Produk kesihatan dan kecantikan dua dalam satu ni menarik pandangan Wardah tentangnya setelah menggunakannya setelah 18 hari, tinggal hanya 2 sachet lagi untuk dihabiskan. 

Apakah produk ini? Inilah produk DwiDara Collagen Complex. Pastinya ramai remaja dan insan yang bernama perempuan yang begitu kisahkan tentang penampilan dan kecantikan diri bukan sahaja luaran begitu juga dalamannya sekali. Cewahhhhh macam duta produkkk. Ehh mana tahu jadi kenyataan. #muntah hihi

Dwidara collagen complex berkesan


Dwidara collagen complex produk kesihatan dan kecantikan

Apa yang best tentang produk ini?Senang dibawa ke mana-mana, senang juga untuk dimakan atau mungkin juga untuk diminum, sebab mudah sahaja nak makannya. HANYA koyakkan sachet dan makan!! Rasanya yang begitu sedap bila kita minum tu rasa macam nak lagi. Hihi. Sekali tengok dah habis sudah. Wardah biasanya mesti nak picit lagi sampailah sachet tu betul-betul nampak macam dah habis baru Wardah buang. Hihi. 


Apa yang Wardah makan tu? Mana taknya banyak makanan berkhasiat berada dalam produk DwiDara Collagen Complex ni. Ada..Macam-macam ada. Tengok ni : 
Macam-macam kan. Kurma ada, lemon ada, delima ada, epal ada, dan lain-lain lagi.

Apakah khasiat Dwidara Collagen Complex ni eh??
Sebab tulah rasaya sedap. Boleh Wardah katakan rasanya macam madu yang pekat tu. Gulp. Rasa nak lagi pulakk. Hihi. 


Wardah ada ambil gambar muka Wardah sebelum dengan selepas guna. Kat tangan hanya tinggal satu sahaja sachet. Alamak dah nak habis!! Apa yang Wardah boleh katakan, kesan mungkin tak sama buat sesetengah orang. Begitu juga dengan diri ini. Wardah rasa muka Wardah makin berseri dan putih kowt. Haha. 


Ni gambar sebelum... uwahh malunya nak letak, inilah kulit muka Wardah. Ada banyak lubang parut tuu. Belah kiri gambar tu tak pasti jerawat atau pun cyst. Tak bawa pergi jumpa doktor lagi tanya. Masa ni fikir nak tutup hidung penyet tu. Hihi. Lagi satu Wardah ada masalah eyebag yang teruk..huhu

Ni gambar semalam hari yang ke 18 minum. Siyesly no edit, bibir pun tengok tak ada calit apa-apa.. Wardah nampak perubahan dari segi tona warna kulit muka tu macam lagi cerah dari gambar yang sebelum. Lubang-lubang parut tu dah lama, mungkin ambil masa yang lama nak baik. Itu yang Wardah dapat lihat perubahan dekat mukalah. Btw, Wardah suka perubahan tu. Jangan cakap pasal sabun muka sebab Wardah tak pakai apa-apa sabun muka pun sekarang. Tengah stop sekejap. 


Bagi pengetahuan semua, DwiDara ni buatkan kita lebih lawas. Dan Wardah jadi kuattt makan. Mungkin sebabnya Wardah ni masih tak capai beratt badan yang ideal sebab tula dia asyik nak makan. Mungkin ke arah nak idealkan berat badan. Kalau Wardah tak makan, memang akan terasa kelaparan tu. Selalunya if Wardah tahan makan tak terasa pun rasa nak makan sangat-sangat. Ini tidak, kalau tahan makan.. memang terasa macam kena isi jugak perut ni. Ini tak menunjukkan produk ni akan beri kesan menggemukkan okeyh, dia akan beri beratt badan yang ideal. Berat badan Wardaht sebelum ni 43 kg je. Haha. Underweight kowt. Haritu timbang punya timbang dah naik 46 kg. Alhamdulillah. Haa, yang ni tak pasti kemungkinan dari produk atau sebab duduk rumah lama sangat tu yang naik berkilo-kilo. Haha. Antara dua juga sebab naik badan tu. Thanks pada DwiDara dan mak sebab masak sedap-sedap. Hihi


Macam mana pula dengan encik jerawat? Pada penelitian Wardah kan, encik jerawat banyak lari bila hidup kat muka Wardah semasa guna produk ni. Masa perempuan uzur biasanya akan naik jerawat, Wardah pun.. alhamdulillah, setakat ni belum asa lagi yang naik. Ke tak berani dah nak naik. Hihi. 
Abaikan eyebag Wardah tu. Its baka.. tunggu dah kerja sikit kita guna produk serum mahai mahai. Insya allah..amin

Produk DwiDara Collagen Complex ni mempunyai 20 sachet dan makan satu sahaja setiap hari sebelum sarapan. Dah jadi rutin harian Wardah bangun tidur terus koyakkan sachet ni dan makan. Memang mudah,cepat dan makan. Sedut aje sachet tu. Haa boleh bayang muka tengah mamai2 makan terus jadi segar sebab rasanya membuatkan kita jadi energetic betul. Hihi. Seperti sedar dari mimpi. Wow... Memang mudah aje dan nak bawa pergi travel pun senang, letak dalam beg aje. Tapi jangan lupa makan lak. #buatlawaktakjadi haha. Hari tu pergi kl tetiba fikir nak bawa macam mana, rupanya mudah aje ambil beberapa sachet dan letak aje dalam handbag. Jangan risau tak bersemut pun. 


Haaa. Best tak? Best tak? KALAU rasa best, nak consume tak? Nak teraii tak?


Kat mana boleh dapat kalau nak beli? Boleh dapatkan di 
FB Dwi Dara Authorized
atau 
IG dwidaraautorized
atau terus wasap ke
018- 219 5350

Harga sangatlah berpatutan iaitu hanya RM130.00sm/ RM140.00 ss sahaja dengan 20 sachet. Murah dah tuu. 

Haaa apa lagi. Jum kita dapatkan produk DwiDara Collagen Complex as produk kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Dua mesti dijaga barulah penampilan diri nampak segak dan sentiasa aktif. 

Tak percaya juga? BOLEH lihat juga senarai testimonial DwiDara Collagen Complex di bawah ni. Mesti anda akan teruja.. !!


Akhirnya, alhamdulillah.. (^_^)
Produk 2 in 1 : DwiDara Collagen Complex |

28 Dec 2015

Minat FaizIbrahim

Ntah kenapa semalam godek-godek blogwalking blog sorang ni jumpa pasal FaizIbrahim. Penulis hebat yang bangkit dan sebarkan aura kebangkitannya kepada orang lain. 

Kata-katanya boleh diterima, dan Wardah sedang hadam apa yang beliau tuliskan dalam channel dekat telegram. Semalam Wardah baca dari awal channel telegram tu ditubuhkan sampailah ke tarikh yang paling latest. 

Hihi. Memang seronok berada dalam aura yang sentiasa positif. Seronok sangat. Sebab ianya pilihan kita nak ke tak nak untuk ubah kita ke arah lagi baik ataupun sebaliknya bila kita jatuh. Ingat taw semua. Ingat sampai bila-bila. 

Minat ke? Wardah dah mula minat dan terasa nak beli buku yang dia tuliskan. Minat pada penulisan dia kowt. Minat dia tu belum lagi. Hahaha. Sebab dia lelaki kowt. Tak pandai ah nak cepat-cepat minat. Wakakakak. #muntah

Ni apa yang dia tulis.


Buat rakan-rakan yang nak tanya soalan kat dia pun boleh tapi bukan dalam channel tu. Aahah. SEBAB kita tak boleh tanya dalam tu. Boleh hashtagkan #TanyaFaizIbrahim kat twitter atau boleh dm dia. Insya allah dia jawab dalam channel tu. Wardah tak pulak aktif twitter. Hohoho.

Faiz Ibrahim. Setakat ni baru kenal dua penulis yang baru dan laku keras buku dia. Lagi satu Aiman Banna. Humm. Nanti nak belilah buku dia. Atau sesiapa ada yang nak bagi Wardah as hadiah? KIHKIHKIH. 

Oklah.  Setakat itu sahaja.

Doakan Wardah nak cari kerja. Kerja sambilan. Nak tampung diri sendiri sementara belum lagi kerja bebetul. Doakan. 

27 Dec 2015

Kerna Ibu Adalah Segalanya

Emak, ibu, ummi atau apa pun panggilan terhadap seorang ibu adalah insan yang paling bermakna dalam hidup Wardah. Ini kerana bagi Wardah ibu adalah segalanya, dialah ibu dan dialah bapa.

Pagi hari memastikan anak-anak makan sarapan pagi. Bangun seawal pagi menyediakan makanan buat kami. Emak Wardah memastikan anak-anaknya makan sarapan pagi walaupun sekeping roti sebagai juadahnya. 

Dialah yang telah mengikat perut untuk kami semua keenam adik beradik. Bekerja siang malam tanpa henti demi mencari sesuap nasi dan rezeki buat anak-anak. Dialah orang yang penuh dengan pelbagai kemahiran, kemahiran menjahit,  kemahiran memasak, malah juga kemahiran menjaga tanaman yang ada di sekitar rumah. Pada pagi hari tabah bekerja, begitu jua petangnya menghabiskan peluh di laman dan tempat kerja. Pada waktu malam kadangkala dia berehat melepas lelah bersama kami ada juga masanya menyiapkan kerja upahan menjahitnya.

Walaupun kami anak beranak ni macam-macam perangai yang unik, emak tetap terima kami seadanya. Tabahnya hati emak menyara kami semua adik beradik. Wajahnya yang sentiasa ceria dan senyum yang lebar sentiasa tersemat dalam hatinya. Nada pelbagai ibu bercerita menambat tawa kami. Marahnya tanda sayang pada kami, walaupun kami mudah sahaja rajuk bila ditegur. Emak memang insan yang tabah dan kuat. 

Semoga tahun 2016 membawa sinar dan harap Wardah dapat membalas jasa-jasa emak Wardah yang tak ternilai banyaknya. Love u mom. 

26 Dec 2015

Kerja Menjual Aiskrim Selepas SPM

Kerja Menjual Aiskrim Selepas SPM | siapa sangka wajah yang comel lote ni dan gadis bertubuh kecil ni kerja jual aiskrim selepas habis Spm? Hihi. Betul ke? Yup memang betul. Sebenarnya kazen Wardah yang Wardah rapat tu yang ajak dulu sebab memandangkan dia seorang je yang kerja lagi pulak balik sampai lewat malam tu yang dia ajak kerjaa sekali.


Kerja kat mana tu? Kami berdua kerja dekat Melaka River Cruise sebelah restauran tu. Just stall kecil yang beroda tu, dan jual aiskrim dalam kon ataupun cawan. Memang terbaik port tu sebab memang ramai yang akan beli aiskrim sebab memandangkan cuaca yang selalunya panas kawasan tu. 


Cumanya bila kawasan agak mendukacitakan bilamana hujan, ada juga yang nak beli aiskrim  tapi tak ramailah. So duduk termenung ajelah hahhaha. Biasanya kami start dari petang dalam pukul 12 lebih dah datang untuk buka kedai. datang naik apa? Kadang cikgu  <boss> kami yang hantar ataupun kami naik bus aje. Mostnya cikgu yang hantar. Cikgu ni cikgu kazen so ikut je. Haha. Asal dapat pergi keje. 


Kami kerja sampai malam. Dalam pukul 1130 ataupun 1145 dah mula tutup kedai. Kami just jual ikut scoop aiskrim je. Haha. Teringat masa mula-mula kerja memang Wardah tak berani nak buat aiskrim tu jadi bulat. Lama-lama belajar dan belajar. JADI!!! HAHA. Sampaikan sepatutnya ball aiskrim tu ada standard sizenya, Wardah buat sebesar-besar sebab dah excited  tengok ball aiskrim kita buat tu JADI. Haha. 
Kredit to google. 

Pengalaman yang best dapat merasa suasana orang yang kerja jual aiskrim, cara kira duit dengan cepat, merasa berborak dengan pelancong dari Taiwan, Africa dan banyak lagi. Haha. Pernah ada pelancong tu mat salleh, tapi dia tanya mana surau terdekat. Ehh. Hihi. Muslim rupanya. Ada yang nak amek gambar dengan kitaorang. Haha. Best best! Tak boleh lupa dulu Wardah dah la comot. Tak boleh bayang camna rupa masa kerja tu.  Hhaha. Kenangan betul. 


Belajar nak maintainkan freezer tu sejuk sentiasa, kalau stok aiskrim yang atas dah habis kene gantikan dengan stok yang ada kat bawah.. kalau aiskrim dah jatuh camna lak? Haaaa. Part ni Wardah cuak. Tak ingat pernah jatuh ke tak. Ada sekali kowt jatuh. Depan kedai kiteorang. So kene gantikan dengan aiskrim yang baru. Kalau ada customer tak boleh duduk. Kalau tak ada orang boleh duduk. Tapi kena gak tarik pelanggan dengan bunyikan loceng. Hihi. 


Malam-malam masa kami kerja ada band yang datang nyanyi kat situ. Pernah mak mak kiteorang datang satu famili jat situ masa bufday diorang. Mak saya dengan mak kazen kembar. So celebrate dekat situ and dedicate lagu dekat mom kiteorang. Hihi. Meriah masa tu. 


Sekarang dah tak ada kenangan cam tu. Sebab dulu belasan tahun, sekarang dah besar dah. Kenangan lain pulak yang kami create. Muahahah. Tak lama lagi dia nak bergelar puan. Tak puas lagi ni, nanti susah nak kacau bila dia dah kahwin. Huhu. 
Tetiba terimbau kenangan masa umur lepasan Spm. Haa. Korang kerja apa dulu? Jom cita. Hihi. 

25 Dec 2015

Sinopsis Akhir 2015

Hai semua!! Tinggal beberapa hari lagi nak menjenguk ke tahun  2016. Banyak sangat kenangan pahit dan manis tahun ni. Haaa. Tak tersenarai panjangnya kenangan-kenagan ini kalau nak buat list dekat sini. Hurm dan pastinya Wardah akan ingat sampai bila-bila semua kenangan ini. Nak buat apa dikenang-kenang? Biar menjadi pengajaran dan sempadan buat diri ini. Jangan biarkan orang buat dekat diri kita lagi. Peace.


Buat haters yang datang stalk blog ni, siapa yang tak suka akan apa yang Wardah yang sampaikan.. Wardah sangat alu-alukan kalian tekan butang X tu ye. Butang exit


Hai kisah silam. Saya tahu kamu dah bertunang, dah lama.. dan saya pun tak inginn pun kacau hubungan kamu tu. Yes, im deserve sumone lagi better dari kamu. Itu yang kamu mahukan? Jadi, please leave away from my life. Dont ever get updates from me daripada blog ni. I beg you. 


Life is so calm.. life is so peaceful, Allah send many people, kind hearted people, the good once and very nice people. They really change my mind and my life. Beautiful life. Til then, when u come it seems like u have doing instead of it. Please. I beg you. Just live your life. 


Til then, tak sabar nak hadapi tahun baru dengan kawan-kawan yang ada semangat baru dengan dunia yang baru. Adik-adik yang semakin membesar dengan jiwa yang unik. Mak dan ayah yang semakin memerlukan Wardah untuk lebih bekerja keras for incoming days. Kucing - kucing yang semakin comel dan kiutaaa. Tak sabar nak balas jasa mereka semua. 


Guide me,  Allah.
I'm seeking for mardhotillah. 
Insya Allah. 


Nnty kita update azam baru for 2016 jom. Has. Sekarang ni baru ada draft only. Nnty kita tepek ya. Hee. 


Till then. Heart you all's. May Allah bless our life. 


  • Chill. :D

24 Dec 2015

Salam Maulidur Rasul

Hai semua. Alhamdulillah. Kita sampai jugak pada hari jadi Rasullullah s.a.w.  salam maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. 

Khat salam maulidur rasul kemas

Selawat atas nabi sempena maulidur rasul

Jom kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan jadikan diri lebih baik daripada yang sebelumnya. Insya allah. Hari-hari lain kita juga perlu berselawat. Supaya tanda kita cintakan Rasullullah s.a.w dan dengan memperbanyakkan amalan kita. Insya allah.

23 Dec 2015

First Mini Giveaway by Tashira

First Mini Giveaway by Tashira | Jom join giveaway ni sebab banyak sangat hadiah berbaloi-baloi untuk dimiliki. aha, nak tahu kene sertailah. :)


Okeyh siap semua syarat! :)

Boleh join cepat-cepat. Klik banner di atas.

Join List Belog Best


Join List Belog Best | Hai. Jom join segmen ni. :) Nak join boleh klik banner di bawah ni ye. 


Ok siap! Klik banner kalau nak join. tatataaaaa! :)


YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE


YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE | Semalam sembang-sembang dengan kawan. Dia pun ajak join segmen dia buat. Jomlah join sekali. Ada 7 hari lagi left. Mudah dan senang aje nak join. Hadiah pun best sebab dapat topup free kalau menang. Sapa tak nak, dia rugi! :P


Haaa, kalau rakan-rakan blogger nak join boleh klik banner dekat atas ni ye. Sebagai tanda support pada rakan-rakan kita yang lain. Jom usha sekali blog dia. Kasi Pcycho sikit. Haha. :)

Wardah nak tagged NaniCikManis kita. Haaa. 

Pandangan tentang blog rakan Wardah ni ye. Blog comey dan kemas. Bloggernye pulak tak kurang manis dan sweet. Lalala. Wardah suka sangat pada penulisan dia sebab rasa touch my heart bila baca. Kipidap. Wardah punya penulisan biasa-biasa aje. Haha. Rasa macam nak belajar je cara penulisan macam tu. Boleh ajar saya tak, Cikgu? Hihi. 

Hermmm itu aje kowt nak cakap. 

Thanks sudi jadi kawan pendengar setia hidup susah senang. :)

Siap! :)

22 Dec 2015

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0


Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0 | 
blog en kidal blog punya
Hai semua, Wardah kene tagged dengan rakan blogger Imashue,, Wowww daebakk!! Tetiba je nak daebak. Wardah dah jarang masuk segmen atau mana-mana giveaway. Btw, thanks Imashue sebab tagged. Haa sesapa nak join kene tekan banner kat atas tu. Nanti dia pi link blog tu naaa. Tarikh sampai 27 Disember 2015 ni. Haaa. Apa lagi cepat-cepat join. Senang je. 

Syarat-syarat pun mudah. 

Antara syarat-syaratnya ialah :

4. Korang mesti jawab soalan ni

     - Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?
     - Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?
     - Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?

Soalan : Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger? 

Jawapan :

Kenapa ye. Dulu-dulu Wardah jadikan blog ni sebagai diary aje. Tapi dulu masih lagi privatekan sebabnya cerita tentang luahan perasaan sahaja. Masa tengah sedih, gembira, keliru dan macam-macam perasaan ada masa tu. Tak ada macam sekarang. Zaman muda remaja kan. Hahah. Blog yang dulu tu dah padam, buat blog baru, padam, berapa kali version dah. Ini yang latest.Tahun 2012. Lepas tu suka baca cerita-cerita kawan-kawan, senior-senior yang ada blog. Mulalah berangan nak ada blog jugak. Lepas tu berblogging sampai sekarang. 

Sejak bila, kalau ikutkan dalam entry terawal dalam blog ni tahun 2012. Tapikan Wardah rasa awal lagi dah berblog mungkin 2011 ataupun 2010. Tak hengatt lahh. Maklumlah dah tua. hahaa.

Soalan : Macam-mana korang boleh dapat banyak idea untuk diupdate? 

Jawapannya: 

Idea ea? Hahaha. Wardah ni pun kadang-kadang update kadang-kadang idok. Ada mood jugak. Kadang-kadang ke laut mood tu, kadang-kadang beriyaaa tulis sampai tak sedar dah panjang lebaqq. Wardah paling suka kalau entry tu ada gambar. Kalau tak ada memang Wardah hambar je rasa nak update tu. Idea oh idea. Wardah pernah baca dulu, idea nak datang bila kita blogwalking blogger-blogger yang lain. Berguna jugak tips tu. Idea ni datang dengan sendiri. Kadang kita pergi melawat sana sini, kita cerita tentang kita pergi tempat tu, kadang-kadang kita cerita tentang perkara yang kita suka, barang yang kita suka, macam Wardah suka kucing. Walaupun tak adalah hari-hari update pasal kucing. Muahahaha. Yang penting, kita rasa apa yang kita share tu boleh mendatangkan manfaat sama ada buat diri sendiri, pembaca-pembaca kita share la. ^_^

Soalan : Berapa lama masa yang korang ambil naknak tulis satu entry?

Jawapan :
Haaa. Yang ni banyak version jugak nak jawab kihkihkih. Sebabnya ada yang makan masa, ada yang kejaaappppppp je dah siap. Kalau yang homework macam kene buat research atau sebagainya lamalah sikit nak siap entry tu. Haha. Ada yang tajuk je dah lama ada, tak siap-siap jugak. Kahkahkah.


Okeylah. Alhamdulillah dah siap dah! Okeylah Wardah nak tagged adik Wardah. Syahirah done!! 

21 Dec 2015

Bawa Saga Pergi Proton Servis Centre

Hai. Hari ni duk siap awal mandi wangi-wangi nak pergi keluar. Siap dalam kul 9 pagi. Last-last terlelap sekejap atas katil. Pukul 10 terjaga dan pergi sidai baju, buang najis Mimi terus pergi ke pekan. Sebenarnya lama dah nak bawa Saga Wardah pergi servis tapi duk fikir dan risau bila dengar macam-macam pasal Proton Servis Centre. Wardah sebagai pengguna  memanglah risau sangat lagi-lagi pulak Wardah ni perempuan kan. Bab-bab kereta ni kurang pengetahuan sikit. Ini servis kedua dengan 15 000 km.
Setelah ambil masa seminggu tempoh research kat internet, search dan ada juga tanya dengan kawan-kawan tentang pusat servis Proton mana yang bagus dan ok dekat Melaka ni, akhirnya Wardah decide nak pergi dekat pekan Masjid Tanah dekatlah sikit dengan rumah Wardah. Memang ada yang cakap Pusat Servis Proton kat Peringgit, Cheng, dan Jalan Hang Tuah ok. Tapi siyesly malas nak pergi jauh-jauh. Macamla sebelum ni tak pernah servis..hurmm sebelum ni ada orang yang tolong buatkan appointment dan aturkan macam mana nak servis kereta ni. Sekarang kene buat sendiri, memang kuranglah keberanian nak pergi sendiri. 
Wardah sampai aje kat kat Julung Jaguh Sdn. Bhd. ni, Wardah park je kat luar sebab ade kereta nak keluar masa tu. Pusat Servis Proton dekat Masjid Tanah ni kecil sahaja kalau nak bandingkan dengan Proton Servis Centre kat Peringgit tu. Masjid Tanah ni kawasan pekan-pekan aje. Peringgit tu kawasan bandar. Memanglah besar. Alhamdulillah masa datang tu.. kereta pun tak banyak. Masa Wardah datang ada 2 kereta tengah park dalam tu. Satu kereta nak keluar, satu tengah servis. Teringat pula pada apa yang kawan cerita..
"pergi kaunter, hantar kunci, tengok tv kat ruang menunggu, dah siap. BAYAR."
Kunter dan ruang menunggu proton servis centre masjid tanah
Haa dan Wardah pun pergi la tanya kat technician tu mana kaunter. Kaunter ada sekali dengan ruang menunggu. Jadi masuk je ada dua pekerja perempuan yang sambut. Cakapla nak buat servis, Wardah bagi booklet buku servis tu dan dia akan check buku tu. Apa yang tak lengkap dia suh lengkapkan. Dan tanya kali ke berapa servis. Oklah layanan dia tu. Hormat pelanggan tapi ade gak customer lagi dalam tu. Masam je Wardah tengok. Huhu. Bila dia dah check buku kita tu dia katalah kira tukar minyak hitam ajelah. Aah. Wardah angguk je. Lepas tu akak tu terus sebut harga. Oooo. Ternganga kejap tengok cara akak tu. Semangat. 
Pada penelitian Wardah kat pembacaan Wardah dia selalunya akan tukar minyak hitam, oil filter, plug tu je. Hurmmmm dan Proton akan bagi 3 kali servis percuma. Servis percuma barang tuuu kena bayar. 

Proton servis centre mahal

Saga flx servis di proton servis centre

Wardah sampai dalam pukul 1140 pagi camtu.. bila dah borak-borak dengan akak tu dalam 1145 dia dah masukkan kereta ke dalam. Tak sampai sejam pun lepas tu kereta siap. Kereta yang servis pun tak banyak. Mungkin juga sebab pagi-pagi tak ramai hantar kereta lagi. Muahahaha. Dalam 1215 Wardah dah ada kat taman dah. Dah sampai taman. 
Bila sampai waktu nak bayor tu. Wardah macam nak tanya apa tu labour charges. Hurmm.. sebab Wardah kene charge jugak. Lupa nak tanya. Kalau tanya tadi mesti boleh kurang lagi harga tu. Kenapa ntah mungkin sebab bila je akak tu sebut seratus bla bla bla.. Wardah dah macam exsaited dengar seratus lebih je kene. Macam kat awangan. Rupanya seratus sembilan sembilan. Hahahhaah. Ambik kooooo. Nasib baik duit cukup-cukup je ada. Sekarang rasa geram dengan diri sendiri. lepas ni kene take serius sikit okeyh. Tak payah nak awangan sangat. Uwaaaa.. uwaarghhhh. Ada lagi satu peluang ingat!!!! Labour charge lepas ni free yeeee. Satu lagi peluang taw Wardah. Yeee. 
Resit selepas servis di proton servis centre

Ni resitnya. Lepas ni kene servis 20 km plak. Ada yang kata servis 20 km ni lagi banyak pakai duit. Lepas servis ketiga ni Wardah tak nak pergi dah Servis Centre.. Bila Wardah share dan tanya minah-minah kereta katanya mahal pergi servis kat Centre. Lepas ni nak servis kat tempat lain pulak. 

Balik rumah tunjuk kat mak. Mak kata mahal. T.T Tak apa..jadikan pengajaran ye. Jangan careless lagi. Oklah. 

Ada pengalaman? Jom share sama-sama.

17 Dec 2015

Trying to tell you something

Selamat pagi semuaaaa...
Wahai lelaki, perempuan memang macam ni.. Sukar difahami.. Hihii :)

Faham fahamkanlah kami ni macam mane yerr.. 

Daaaa... (^^)/

16 Dec 2015

Majlis Kahwin Merah Gold

Majlis Kahwin Merah Gold | Siapa pulak yang guna tema warna ni? Hihi. Wardah ke? Hurmm.. Mungkin la kowt. Wardah memang minat sangat warna merah ni tapi tapi tapi macam terlalu striking pula buat Wardah. Jadi majlis siapa??

*************************************
Sebenarnya majlis sepupu Wardah.. 
Hihi. Merah gold tema warna bagi perkahwinan mereka. Alhamdulillah selesai majlis perkahwinan mereka pada sabtu dan ahad yang lepas. Mereka hanya buat satu majlis sahaja yang menggabungkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki (kzaen Wardah) dan pihak perempuan. Majlis ini diadakan di dewan. 


Memang meriah sangat majlis perkahwinan ni. Siap abang Wardah pun ada buat selawat yang memang sedap didengar masa majlis. Abang Wardah pun turut membaca doa untuk majlis perkahwinan ini. Tak pernah pernah tengok abang pakai jubah merah menyala hahahh. Wardah pun pakai jubah ke dress kowt namanya dari ig @exclusivebyhidayah. Sedap kainnya dan tak berpeluh pun. Mungkin sebab majlis pula dalam dewan yang berair condition. Jadi semua tu tak ada masalah. 


Wardah kena jaga bahagian doorgift dan hadiah, macam tu jugak dengan sepupu2 yang lain. Hahah. Sebenarnya kami memang banyak berkumpul kat bahagian doorgift ni sebab nanti pun pengantin akan masuk area situ jugak. Hihi. Candybooth adik2 kami yang umur belasan jaga kat bahagian belakang. Macam kembar dan seangkatan. Ada ais krim, ada strawberi campur cokelat, marshimallow dan banyak lagi. Tak sempat juga nak merasa hihi sebab duk duduk kat bahagian depan je. Hihi


Lagi pulak, bahagian dj yang menjaga aturan majlis pun perlu diberikan pujian sebab alert je dengan apa yang kami sekeluarga sedang buat. Contohnya kami sedara mara tengah mula ambil gambar dengan pengantin, jadinya dia pun menjemput keluraga belah laki untuk hadir ke hadapan untuk ambil gambar. Ada juga yang dia tolong coverkan suara orang yang nyanyi karok di situ. Tak adalah sumbang sangat kalau terkucil masa nyanyi. Hihi. Ehh sebenarnya suara dj ni pun sedap jugak. Hihi. Ehhh melambung puji dj ni. Hahaha. Saje je nak puji servis dia. Abang pun ada cerita dia pun ada buat untuk majlis artis2 tapi harga ber k k k lah. Hihi..
 
Ok.. Jom.kita layan gambar jom. 

Masa ni majlis akad nikah pada hari Sabtu pagi. Tema kelabu gold. Nak ambil gambar kat depan sana tu tapi tapi malu bila tak ada orang pun yang ambil gambar guna hp kat depan.. Uarghh. Yang ada abang dengan sepupu laki dan yang terlibat dengan akad nikah je ada. Memang kelibat laki je ramai kat depan. Ni pun dah paling depan Wardah duduk. Kahkahkah.
Masa ni majlis belum mula lagi. Jadi snap gambar dak dua orang ni. Yang lelaki nama Akil dan yang perempuan namanya Nurdina Suffiyah. Comel sangat! 
Masa ni gak lepas tu pergi susun barang doorgift kat meja depan pintu masuk. Tepat pukul 1 petang pengantin pun sampai. Mak lang dah pesan kat Wardah untuk renjiskan pengantin dengan bunga rampai. Abang pula minta rakamkan dia untuk selawat. Haha. Wardah lagi suka ambil gambar dan video. Hikhikhik. Jadi pergi kat abang untuk rakam dia selawat. Ramai lagi sepupu yang ada boleh tolong renjiskan bunga rampai. 
Tu diaaaaa. Pengantin dah sampai.


Abang pun ketaq lutut huiii. Btw, sedap bak ang abang Wardah selawat, bukan selawat biasa2 tapi siap tarik2 suara lagi. 

Ala ala mahligai bila tengok majlis ni kann.. Wardah berangan je mampu hikhikhik


Haa.. Encik dj tu haa yang pakai kot tu. 
Masa ni macam biasalah ada sedara mara, ibu bapa sedara yang akan naik atas pentas untuk berjumpa dengan pengantin. Haaa. Kalau perasan bunga telur tak ada lagi atas ni. Apa lagi..Wardah tak perasan pun sebab pagi2 lagi dah isi bunga rampai atas pentas tu. Tak perasan bunga telur tak ada. Apa lagi kazen Wardah ajak pergi ambil kat bilik simpanan doorgift. Haaa, berlari laaa pergi kat bilik tu dah la kat belakang. Ahaha. Berat huiii. Lepas tu naik kat pentas lagi. Ahaha. Naseb waktu hantorkan bunga telur tu Wardah tak terpijak kain sendiri ke ape ke. Ahha.. Lepas tu ada makan beradab. 


Lepas tu free sikit. Jaga doorgift. Pergi tengok orang karoke. Macam-macam suara ada lahaiii. Hihi. Lepas tu dah nak petang-petang sikit, bergambar ramai-ramai.

Ni keluarga Mak Uda

Ni keluarga Cik Ina

Ni keluarga Busu..

Ada lagi keluarga yang lain..gambar ramai-ramai satu famili besar cameraman ada ambil tapi lupa nak ambil gambar kami ramai-ramai tu guna handphone. Gambar tu yang paling best sebab semua ada. 

Lepas tu ada yang sambung pergi karoke balik.. Dah nak petang sikit kiteorang pergi bungkuskan lauk. Kemas-kemas barang dan balik. Wardah stay dekat rumah sepupu sampai keesokkannya.

Tahniah buat sepupu yang bernama Muhammad Fakhrudin dan pasangannya Kak Wanie.. Semoga ikatan perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat dan till jannah. Amin amin. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...