Pages

4 Feb 2017

Terpaksa Private Instagram

Terpaksa Private Instagram |  Hai semua, perasan tak yang instagram Wardah dah diprivatekan. Haha acah-acah hot gitu. Sebenarnya, ada sebab buat macam tu.. Bila mula bertunang ni, anak-anak murid tunang Wardah jenis yang ada instagram juga. Jadi mereka ada yang follow tunang dan saya. Kami ni pulak selalu juga lah berbalas-balas komen diinstagramm. Faham-fahamlah bila bercinta ni, adalah ayat-ayat jiwang yang diungkapkan oleh kami masa komen-komen tu. 

Ermmmm, nak dijadikan cerita, suatu hari anak-anak murid tunang Wardah siap berborak sembang pasal instagram kami. Siap hafal dialog tunang saya komen di instagram saya, ke komen di instagram tunang ke, ni masa kat sekolah. Hohoiii. Segannn nokkk. Dan ada jugaklah gambar kami yang diambil dan dishare di moment wechat mereka nii. Untung sangat anak murid Wardah bukan macam tu. 

Tapi lama-lama, follower Wardah ni anak-anak murid dia juga follow.. 

Ermmm..jadinya setelah berbincang, kami decide nak privatelah instagram kami. Sebabnya anak-anak ni hebah di sekolah tunang Wardah ni, dia jadi macam tak sedap jugaklah kan. Heeeee. 

Itu sahajalah sebabnya, tak ada kontroversi lain dah. 

Sayang semua. xox. 

3 Feb 2017

Kisah Pertunangan Saya di Melaka

Kisah Pertunangan Saya di Melaka | Dah lama miss saya punya story kan? Insya allah saya akan ceritakan kisah pertunangan saya di Melaka. Hummm. Pertama sekali, dulu saya ada ceritakan kisah linang air mata saya kerana putus cinta. Tapi nanti panjang pula. Hat tu ketepi dulu, nak cerita pasal majlis pertunangan saya. Alhamdulillah, berharap kalian dapat doakan urusan walimahtul urus saya berjalan dengan baik dan lancar. 
Saya tinggal di kawasan yang memang tegas akan adat. Kawasan yang saya duduk ini memanglah penuh dengan adatnya. Jika ikutkan saya, saya tak nak pun buat sebab macam menyusahkan pihak lelaki. Jika hendak bertunang di kawasan Londang, Melaka ni, carilah satu tarikh untuk merisik, tarikh untuk bertunang. Tarikh untuk bertunang hendaklah diberitahu kepada Tok Sidang. Ini kerana Tok Sidang ni ada senarai tarikh dan andai kosong barulah boleh diteruskan majlisnya. 
Ingatan saya, memang ingin melakukan majlis risik dan tunang sekaligus. Akan tetapi mematuhi kata-kata ibu yang inginkan asing. Tak nak sekalikan, kerna menurut kata TS ni majlis risik wat sendiri sendiri je. Then majlis tunang ni memang kene panggil 10 orang kariah masjid, TS, imam masjid huhu. Macam abang wardah cakap, dah macam majlis kahwin dah. erm =="

Antara adat di Londang ni :
1. Bawa wang hantaran separuh..masa bertunang, contohnya hantaran 3 ribu kan, bawalah turun RM1500 masa bertunang.
2. Cincin risik ialah cincin belah rotan
3. Cincin bertunang ialah cincin yang ade butir permata kat cincin tu.
Macam ade sedara Wardah dia buat cincin risik dan bertunang tu sekali, bila masa majlis dipersoalkan oleh jkk tu lah. Mana cincin tunang? Lepas tu jenuhlah mak saudara Wardah menjawab, 
4. Hantaran perempuan lebih daripada lelaki dengan kiraan ganjil. Contoh Wardah hari tu, 7, lelaki 5 jah. 
5. Masa majlis bertunang tu, digalakkan bawa duit tunai sebabnya konco-konco yang datang tadi akan kira wang tersebut, uhm. (this part i hate much) Nak ikutkan cerita my brothers yang masa tu disuruh oleh mereka-mereka ini untuk kirakan duit hantaran tu. Abang Wardah cakap, "Aku kira olok-olok je," adik lelaki Wardah pun buat macam tu. Dia kata bila TS suruh kira, dia pusing belakang, dan tak kira sangat pun. 
6. Ikut adat sini akan dibuat tahlil sikit sebelum majlis bertunang tu. 
7. Kene bayar ape ntah kat kariah yang 10 oranng tu. My mom siap bagi goodieskat deme ni, dalam tu adelah tu bayaran which is bagi Wardah tak perlu pun. Ntah. and 10% daripada duit hantaran tu kene bagi kat imam ke kat TS. Wardah pun tak ingat. 
Memang ramaiiii weyh yang datang. Wardah nak keluar masa tu punnnn aishhh ya Allah segan. Mak ni jemput ramaiii sangat watpa. Walaupun Wardah tahu adat ini ada baiknya... tapi bagi pandangan Wardah kalau dipermudahkan apa salahnya. Selepas bertunang tu macam ada surat perjanjian yang tunang saya kene tandatangan. Hoho. Dah macam apa dah..

Haaa lupa bagitahu.. For anyone yang  nak tempah doorgift yang UNIK dan sangat sangat SUPER AWESOME bolehlah singgah di 

REEM DOOGIFT

Rasanya memang semua affordable dan cantik cantik SESUAI sangat untuk hari BAHAGIA korang untuk diingati nantiii.. 
Nak tepek ke gambar masa majlis pertunangan Wardah? huhu Malu plak rasanya. 
Pelamin tunang Wardah ambil dari @zunairal_zainal di instagramnya. Sangat teliti, sangat kemas dan affordable uolls. Bagitahu kat Bridal lain, tak dapat pelamin murah macam sis ni. 
Makeup by kawan sekolah rendah Wardah sendiri boleh search @muabymiraqila barang makeup dia semua dari Mary Kay. 
Senarai hantaran ada di bawah ni.
Kasut dan stokin
Kek Tunang dan Harijadi(untung sangat)
Replika Kaabah(dalamnya ada mini Al-Quran)
Dompet dan tali pinggang
Jam Tangan (tak sangka boleh sama jenis dengan hantaran tunang, tanpa perancangan)
Buah-buahan
Kemeja Merun dan Hitam

Senarai hantaran lelaki :
Kain pasang sutera
Telekung
Jam tangan
Buah-buahan
Bijiran (Kismis, pelbagai jenis kacang, buah tin)


Nilah Wardah masa bertunang..ini mama tunang Wardah. Muka Wardah bulat gila masa ni.  
Doakan majlis walimatulurusWardah ye syg semuaaaa. :)