Pages

31 Dec 2012

SETIA ;)

kadangkala, menjadi wanita setia itu satu risiko.. tapi, itulah aku...
sejak sekolah lagi aku seorang yang setia.. setia pada kawan-kawan juga digelar setiakan? bukan hanya perlu setia pada kakasih dan sebagainya. aku pernah dikhianati dalam persahabatan,, apatah lagi ketika itu menjelang peperiksaan besar, iaitu SPM.. sungguh, bukan mudah aku melupakan kisah hitam itu,, hingga kini aku sukar mempercayai seseorang.. hinggalah tiba di maktab,, aku bertemu dengan seorang classmate.. aku fikirkan dia seorang yang setia,, setia dan sejati.. dan rupanya, hanya tinggalkan aku kala kesusahan..
aku biarkan je.. sehingga kini, dia dah ada kawan2 yang mampu bergelak tawa ngan dia..

aku tak kisah, sebab aku sayangkan dia..
sebab tue aku biarkan dia pergi dengan kawan-kawan dia..
kadangkala, ada juga dia mendekati,, merapati diri aku,, tapi aku tak boleh.. aku terasa lain..
mungkin malas untuk merasa dekat dengan dia,, mungkin juga malas untuk berkorban semangat setiakawan ini? yee,, kadang-kadang kite beriyee,, kadang-kadang kite yang berusaha untuk memberi semangat, di kala dia sedih, di kala kesuraman,, tapi yang kita dapat hanyalah tawar.. *itulah asam garam kehidupan*
ataupun, saat itu ase keikhlasan mula meninggalkan diri aku? *speechless.T.T*

setia,, apa lagi dalam berkasih.. perempuan atau lelaki yang setia ini lurus, selalu dipermainkan? tak dinafikan ada yang mengakui kebenarannya.. tapi sejujurnya, lelaki/ perempuan itulah yang tak bersyukur, mempunyai kasih hati yang menjaga hatinya hanya untuk sang arjuna atau sang puteri.... *pernahkan kamu fikir,,betapa susahnya seorang wanita atau seorang jejaka menjaga hatinya hanya untuk seorang bintang dalan hatinya?*

memang nilai kasih itu tak begitu tinggi, ia ibarat special sikit dari kawan biasa.. melainkan kasih itu diangkat dengan ikatan perkahwinan atau pertunangan.. nilai kasih yang diikat dalam diam/hati atau tanpa ikatan zahir ini,, merupakan janji setia dua kekasih untuk saling setia, menerima dengan seadanya,, percaya pada hubungan tersebut.. yakni pada cinta hatinya.. sebenarnya, tanpa kita sedari rupanya,, dalam menagih kesetiaan,, keterbukaan,, akan melahirkan sefahaman yang bermutu..apatah lagi kepercayaan.. kepercayaan seorang kekasih kepada pasangannya,, dengan terjaganya hubungan tersebut,, juga tidak disedari,, kita belajar menjaga kesetiaan, menjaga kepercayaan, menjaga hati dalam tempoh perkenalan hingga termeterainya satu ikatan yang kukuh,,

ikatan hati,, sudah bertunang tapi belum pada zahirnya, ape perlu buat? sedarlah pasangan2 sekalian,, belajarlah untuk setia, dan gapailah kemanisan dengan setia berkasih,, jadikan pasangan anda kawan rapat anda,, bila hati kita sentiasa ada untuk si dia,, segalanya tentang dia.. kadang-kala timbul masalah,, dalam hubungan,, saya sarankan pada anda untuk menyelesaikan dengan baik,, di kala emosi yang stabil dan tenang.. fahami si dia,, dengan memahami apa yang dia rasa,, apa yang si dia perlu tahu apa yang terbungkam dalam hati.. kadangkala sukar untuk berterus terang,, mungkin kerana ingin jaga hati si dia? di saat akhir, akhirnya pasangan anda rasa tertipu kerana pada awalnya anda ingin menjaga hatinya.. tetapi anda tidak cuba untuk berterus terang langsung.. carilah masa yang sesuai, dan cuba berkongsi dengannya..

lastly,, hati-hatilah dalam berkawan.. kadangkala seronok berkongsi segalanya dalam persahabatan,, tetapi jagalah hati anda jika persahabatan anda dengan berlainan jantina,, kemungkinan anda akan terjebak untuk lebih menyayangi kawan apabila sudah terlalu rapat,, kekasih hati dipinggirkan.. *semoga tak berlaku*

dan seandainya,, anda ase sesuatu dengan kawan-kawan anda *bagi yang berlainan jantina* jauhilah dengan segera,, sibukkan dengan perkara yang lebih baik,, ataupun luangkan masa lebih lagi kepada pasangan anda,,,,ingatlah segala pahit manis anda bersama yang tersayang-pasangan anda..:) jadilah pasangan yang membahagiakan =)

p/s : Andai ada yang tak bersetuju, ini hanyalah pandangan aku,, =) jum nilai diri kita sama-sama =)

1 comment:

  1. Insya Allah,kalau kita setia,balasannya juga setia..Setiap perkara baik yg kita lakukan,pasti dibalas dengan kebaikkan..cuma kejb ataupun lmbt jer perkara tu datang..:)

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)