Pages

6 Aug 2013

hati bermadah

kadangkala, tak semena,
air mata mengalir..
lubuk hati yang membeku dengan kisah silam,
masih merobek pendarahan..
parut jua menjadi lembam,,
dek pendarahan yang terungkit..

mengapa masih kau ingati kisah silam?
apakah payah mendamaikan hati dengan kegembiraan?
terasa sepi sunyi dunia..
tatkala pahitnya ubat untuk ku selami,,
untuk menguatkan hati..
dan yakin diri
maju ke masa depan..

duhai hati,,
ingatilah kenangan-kenangan manis,,
kegembiraan.. kasih sayang..
malah bersyukurlahh
kerana dengan rasa syukur..
menjadikan kita bahagia..

jadikan pendampingmu Al-Quran,,
hiburkanlah hatimu dengan merdu dan kelunakan suaramu..
mengalunkan ayat-ayat kasih yang dikirim oleh DIA..
jadikanlah sepertiga malam sebagai dating harianmu..
alunan Al-Quran menjadi halwa penyejuk telingamu..

andai diri ini mampu,,
telah lama ku lakukann..
tapi ternyata payahh..
nafsu membelengguu..
jiwa memberontak...

Allah, permudahkanlah langkah ini..
meniti titian kasihMU..

No comments:

Post a Comment

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)