Pages

21 Feb 2014

Magnet Jodoh

dari hari tue lagi nak menaip tentang Magnet Jodoh ni

tapi tak menyempat pulak.

sementara masih ada waktu di pagi hari yang indah ni,

di sini, ingin saya berkongsi tentang Magnet Jodoh yang diberitahu oleh Ustazah NurBahyah di Tv9

MAGNET JODOH :
  • Perbaiki perhubungan dengan Allah
    chek semula amalan wajib kita, aurat dsb, berbaik sangka atas segala dugaan dan ujian yang menimpa diri kita, Jika banyak ujian yang menimpa diri kita, Allah rindu pada rintihan kita, selalu tak kita mengadu pada Allah? #Muhasabah

  • Perbaiki hubungan dengan kedua ibu bapa
    berbaktilah pada kedua ibu bapa, berkasih sayang selalu dengan kedua ibu bapa, andai ada salah dan silap, mohon maaflah kepada kedua ibu bapa, sentiasa menggembirakan mereka dan sentiasa taat kepada mereka. :)

  • perbaiki diri sendiri 
 bermulalah daripada apa yang kita mampu, kalau tak mampu paksalah diri kita untuk selalu muhasabah diri, dan perbaiki diri, 
  • Sentiasa Mendoakan kedua ibu bapa
 setiap kali lepas solat, doakanlah kesejateraan kepada kedua ibu bapa, andai kita tidak mendoakan mereka setiap kali solat, kita dikira menderhaka kepada kedua ibu bapa, wa iyanauuzubillah
  • Amalkan sikap suka membantu orang lain
 pernahkah kita mendengar, Apabila kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita? ikhlaskan hati membantu orang lain tanpa balasan, semoga dengan membantu orang lain, doanya terhadap kita termakbul, hubungan juga bertambah erat dan padu.
  • Sucikan diri daripada sifat-sifat Mazmumah
 perhatikan diri kita, adakah sifat2 dengki, kurang amanah, malas berada sebahagian dalam diri kita? sucikan diri kita dengan berubah ke arah lebih baik, perbanyakkanlah sifat-sifat mahmudah dalam diri, sentiasa tersenyum dan bersemangat, letakkan amanah dalam diri, bertanggungjawab dan sebagainya.
  • Puasa Hajat, Solat Sunat Hajat
 Puasa Hajat bermakna kita puasa kerna kita inginkan sesuatu hajat tercapai. 

  • Banyakkan berdoa untuk diri sendiri 
    banyakkan berdoa untuk kesejateraan diri sendiri, mudahkan melangkah ke arah kebaikan, mudahkan hati melakukan kebaikan, mudahkan aku melakukan amalan-amalan kebaikan, murahkan rezeki aku di dunia dan di akhirat, mudahkanlah segala urusan kehidupanku..dan sebagainya ;)
  • Selalu melakukan Solat Istikharah 
solat istikharah akan membimbing diri kita dalam menentukan keputusan dan gerak hati kita dalam kehidupan, tidak semestinya melakukan solat istikharah hanya kerna ingin petunjuk tentang jodoh, Istikharah membimbing manusia untuk berjalan menuju jalan yang benar.
  • Banyakkan bersedekah
 anta petua yang diberi oleh beliau lagi, perbanyakkan sedekah. mohon doa orang-orang yang menerima sedekah ini supaya jodoh didekatkan ;)

Antara ayat-ayat Al-Quran yang diberi di dalam Magnet Jodoh (Tanyalah Ustazah) untuk di amalkan bersama ialah :

Surah Al-Anbiya' ayat 89
Surah Al-Qasas ayat 24 (Ayat yang diamalkan supaya Hajat Tercapai)
Surah Toha ayat 39 *ayat yang diamalkan lebih2 lagi kepada suami isteri untuk melahirkan bunga-bunga cinta antara mereka*
surat Yusuf ayat 4

itu sahaja perkongsian daripada saya ;)

Maaf sebab tak begitu lengkap notanya. huhu..
semoga dapat manfaat!

1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)