Pages

11 May 2014

cerita #ES1

sedih dengan dunia sekarang
lelaki dan perempuan bertepuk tampar dah jadi perkara biasa
bersentuhan kulit dah tak rasa ape-ape
main sep sep antara lelaki dan perempuan tue fenomena
hermm

mungkin jua kerna kurangnya ilmu agama, mungkin jua kurang pendedahan.
diri ini turut rasa bertgungjawab untuk menegurnya, tapi aku tak mampu
apakan dayaku mampu menjauhi dengan hati sahaja.. T.T
sebab aku terasa jua yang diri ini hina
tidak dan masih belum layak untuk menasihati orang lain

alhamdulillah, ade jua rakan yang sekepala dengan diri ini
sudi menerima teguranku walaupun aku tidaklah perfect yang sempurna akhlaknya
hanya kerna geram dalam benak sanubari
kerna tak mampu tertahankan lagi
terhadap perbuatannya yang kurang bertanggungjawab pada tugasnya
akhirnya aku luahkan rasa yang terpendam pada sahabat ini..
dengan luahan itu, semoga dapat memperbaiki diri ini dan dirinya..
alhamdulillah, dia juga menerima kesilapannya dan berterima kasih jua pada diri ini
alhamdulillah jua, eratan ukhwah makin kukuh dan diperlebatkan rahmat dalam hubungan ini

di mana aku sekarang
ke mana aku pergi
aku dalam dunia yang di sebutkan rentetatan di atas.
maaf sahabat andai menyepi
mungkin itu langkah terbaik untuk ku gagahi
untuk membina diri ini kembali

ku doakan selalu untuk sahabat-sahabat
walaupun kita tiada berhubung kerap
doakan aku, ku akan doakan mu jua

aku sedih jua,, sedih yang teramatnya
kerna aku jua alpa
Allah, ingatkan aku tentang azab neraka
dan manisnya syurga
jadikan aku muslimah indah
dengan akhlak yang solehah dan menjadi penyejuk mata buat orang lain
jadikan aku
benih yang dibalingkan ke mana
mampu memberi makan saat ia berbuah
mampu memberi teduh saat kepanasan
mampu memberi kemanisan walaupun sudah kering dan tua
hanya padaMU Allah, tempat aku berserah
berikan kekuatan pada hambaMu ini..
insya allah..

#nukilan #ES

No comments:

Post a Comment

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)