Pages

22 Nov 2014

Cara Install Font Baru Dalam Laptop / Komputer

Hai semua. Tanpa membuang masa, mari kita belajar cara install font baru dalam laptop anda. Kenapakah kita perlu berbuat begitu? Sebenarnya, membuat header, footer, banner atau sesuatu yang memerlukan tulisan, mestilah mahukan yang cantik, dan menarik. Betul tak? Pengiklanan, pempromosian sesuatu seperti pengumuman tentang hari raya di banner, kad raya, pemberitahuan puasa di pengiklanan, back drop acara berbuka puasa, sebarang pengiklanan tentangnya pasti mahukan sesuatu yang menarik. Salah satu elemen yang mesti tampak menarik ialah tulisan. Contoh sebagai blogger, anda mestilah mahukan header atau footer atau sebarang yang berkaitan tulisan yang menarik perhatian bukan? Jadi amatlah perlu kita install tulisan baru di dalam laptop. Ini kerana pelbagai tulisan yang menarik dapat dihasilkan nanti :D
Jadi, di manakah kita boleh dapatkan tulisan ini?  Anda boleh dapatkan di laman web ini dafont.com dan 1001freefonts.com . Pelbagai jenis tulisan bakal menjadi pilihan. Tak percaya? Bukalah kedua laman web ini. Anda pasti teruja. 
Selepas selesai mendownload, buka FILE DOWNLOAD anda dan copy semua font yang anda download tadi. 
****************************
Jom kita mulakan !!
cara install font baru dalam laptop (1)
JENIS-JENIS TULISAN YG BELUM DI EXTRACT
1. COPY SEMUA FONT YANG BELUM DI EXTRACT
cara install font baru dalam laptop (2)
COPY FONT YANG PERLU DIEXTRACT
2. TEKAN RIGHT CLICK DAN PILIH, EXTRACT HERE. 
SELESAI EXTRACT IA AKAN KELUAR FONT-FONT YANG SUDAH DI EXTRACT DI FILE YANG SAMA. 



cara install font baru dalam laptop (3)
BAHAGIAN FOLDER FONTS DI HALAMAN INI
BIARKAN SEKETIKA BAHAGIAN FOLDER DOWNLOAD ITU TADI.

3. SILA BUKA CONTROL PANEL - APPEARANCE AND PERSONALIZATION - FONTS.
PILIH FOLDER FONTS YANG DIBAWAH SEKALI. KLIK DUA KALI.




cara install font baru dalam laptop (4)
INILAH RUPA FILE YANG SUDAH DIEXTRACT.
4. KEMUDIAN, COPY SEMUA FONT YANG SUDAH DIEXTRACT TADI. 



cara install font baru dalam laptop (5)
INILAH BAHAGIAN DALAM FOLDER FONTS
5. PASTEKAN / CONTROL + V DI TANDA MERAH TERSEBUT. KEMUDIAN, SEMUA FONT BARU YANG DIDOWNLOAD TADI AKAN DI INSTALL DI BAHAGIAN SINI. SIAP!!

Sekarang, mudah sahaja. Apabila anda buka photoscape, photoshop, windows microsoft office dan sebagainya, sudah sedia ada tulisan yang anda nakkan tadi. Alhamdulillah, selesai sudah kita belajar tadi. Mudah kan? Jadinya, anda bolehlah cuba membuat header, footer, freebies sendiri lepas ini. Harap ini membantu buat semua. Jika ada masalah, boleh komen untuk bertanya atau  message di facebook saya jika malu komen di sini. Boleh klik pada float button FB kat sebelah kiri blog saya untuk message. 

Terima kasih. 

Assalamualaikum. :D

1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)