Pages

23 Nov 2014

Pengalaman Part Time Cashier

hai. Wardah nak cerita lagi pengalaman best masa jadi cashier. Walaupun selalu kita dikaitkan dengan kenangan buruk masa kerja partime, tapi ada juga kenangan manisnya. Tak dinafikan, bila kita partime bekerja, kita akan bertemu dengan rakan-rakan baru. Well, kawan-kawan baru yang pastinya tidak kira umur tua atau muda. Contohnya, Wardah bekerja cashier di sebuah supermarket Econsave, Sungai Udang. Pelbagai latar belakang umur yang kita akan jumpa. Walaupun kita kerja bahagian cashier je, tak semestinya kita akan jumpa dengan sekutu-sekutu kita aje. haa. Kenelah kenal-kenal dengan bahagian-bahagian lain juga. Macam supermarket ada bahagian department frozen, department sundry, department non-food, dan department can-food. So , dapat kenal dengan rakan-rakan baru tak kira umur dan bangsa. Malah kat sini Wardah siap dapat gelaran lagi. Semua kenal Wardah dengan nama ustazah. Bila cakap nisa tak kenal, bila sebut ustazah baru dorang kenal. 
haaa. inilah kawan-kawan cashier.

kerja cashier
ada yang baru lepasan SPM/STPM, ada yang dah jadi ibu orang pun ada
Apalagi yang best tentang kerja partime ni? Woooohooo, yang penting sekali mestilah gaji. Kebiasaanya kerja partime basically gaji RM900. Cashier biasnaya ada elaun tambahan. Macam sini dapat RM150. RM50 pulak akan dapat bila kedatangan penuh. Total semua RM1200. Kalau kita buat overtime (OT) mungkinlah akan dapat sampai RM1k. Tak percaya? Wardah kerja partime cashier ni gaji paling banyak pernah dapat sampai RM1, 300. Masa ni waktu perayaan cina. Family store tutup jadinya ramai yang datang econsave ni dan hampir setiap hari kene buat OT memandangkan kami pula yang tak cukup bilangan cashier. Penat tak penat. Hari hari taw kene OT. Letih badan. Jangan lupa claim OT. If kita tak claim, memang tak dapatlah merasa gaji banyak tu. Kalau dah kerja partime, cubalah jadi gila OT. Berdesup banyak nanti gaji masuk. ngeee. *penat memang penatla*

Cashier, apa lagi yang best? Macam Wardah kerja kat econsave sini, hari-hari biasa memang tak ramai. Hari minggu, cuti sekolah, perayaan, hari gaji, hari Brim ke masa tulah yang ramai. Tak menang tangan dibuatnya. Hari-hari biasa tu bolehlah relax sikit. Customer belum ramai. Masa tak ramai tu yang best, boleh mengulau sana sini. Haaa. Masa bos tak ada bolehla. Borak sana, borak sini. Ngehngehngeh. Haaa, yang ni pun best, bila dah jadi cashier yang bestnya kita dapat tahu harga promosi barang-barang kat tempat kerja kita. Haaaaa. Tapi masa ni mulalah ramai yang beli berkotak-kotak, berbundle-bundle, dan bertroli-troli. Lenguh tangan nak angkat nuh. Masa tue lah kita boleh perasan sesuatu barang tu tengah murah. Jadinya, kita pun dapat advantage sekali tahu pasal barang tersebut.
partime cashier
cashier lumrah jumpa troli.
Bestkan jadi cashier? Lagi-lagi tang gaji tu. Kalau nak taw pengalaman Wardah bekerja partime lagi, boleh godek sini ok? Pasal cashier juga. ^^ Nanti Wardah cenghita lagi best pasal cashier. Oklah, adios. Assalamualaikum ^^,

5 comments:

  1. assalam c anne, aunty zim balas follow sini yea, tq follow aunty zim yea

    ReplyDelete
  2. boleh jimat sebab dapat tahu harga murah.. good :D

    ReplyDelete
  3. tapi yang bestnya kalau short kan huhu

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  4. best nye dapat kje..kte ni nk kje pon xdpat.. kne dok rumah jee T-T

    ReplyDelete
  5. Part time boleh amik ot ke?

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)