Pages

27 Nov 2014

Zaman UPSRku!

Berita bekas anak-anak murid Wardah update status pasal Result masing-masing buat Wardah nak ceghita tentang result UPSR masa zaman kecik-kecik dulu. Pergh. Sangat hingusan dan sangat comot masa kecik-kecik dulu. Wardah ni sekolah rendah pindah randah. Apesal pindah-pindah? Ko wat masalah ea?

Haha, tak ada maknanya wat masalah, orang rindu Wardah adelah. bluwerkkkk :P Biasalah mak ayah kerja tentera, adat sangat berpindah randah. haaa. dah tahukan reason dia sebab ape Wardah pindah pindah? jangan cakap Wardah wat masalh lagi. teheee. Wardah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kamunting, Taiping, Perak dari Tahun 1 hingga Tahun 4, pertengahan tahun empat tu, Wardah pindah ke sekolah baru. 
Sekolah baru Wardah masa tu ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Udang. Wahh. budak baru memang femes kat sekolah ni. Ramai peminat. Selalu kene kacau. Selalu kene buli gaklah. Bebudak laki suka gak buat sumthing yang Wardah suka. kekekeke. Perasan betol! Contoh mane contoh??? 

Jeleslah tueee. Contohnya,masa ustazah mengajar kat depan suruh baca ayat Al-Quran, murid-murid lain akan ikut bacaan kita. Waa, jadi gamat kelas dengan suara budak-budak laki ni. Masa time Wardah baca, semua baca kuat-kuat. ngehngehngeh. sengih kejap.perasannnnn~  hahaha. Memula memang tak perasan, tapi bila kawan Wardah yang cakap, "weyh tengokla, bukan main kuat lagi dorunk baca masa ko baca," pada Wardah, baru perasannn. 
 Yang penting Wardah dah lepas dah zaman sekolah rendah ni. haisyh. menggamit memori betul. Wardah pun ada crush jugak masa tue. Tak tahu dia suka sapa. Tapi dia pemalas. Lepas tu jadi tak suka. Haih, sekolah rendah betul. Wardah ramai gak peminat. jap jap kira. 1 2 3 eh eh tak terkiralah. siap balas-balas surat cinta. Kantoi kalau mak ayah taw ni. Surat-surat cinta Wardah tak ekstrem macam budak-budak sekarang. tak ingat apa isi kandungan tapi ada pantun gaklah. 
Pecah kaca, 
Pecah gelas, 
Sudah baca, 
Harap balas,
haha, nostalgia sangat! Yang tu je ingat, lain dah tak ingat. Surat pun dah tak ada. Maklumlah pindah randah. Maklumla juga Wardah dah tua. Lupa aje selalu. Nanes nanes.
Masa zaman UPSR, kami kat sekolah beli paper DIDIK tak silap. Tiap-tiap hari Isnin ada paper tu, dan kami akan buat soalan dalam tu. So, pelajar sekolah rendah pun pakat baca paper. Biar ada penguasaan bahasa dan pemahaman. Kira tingkatkan vocabulary jugaklah. Zaman sekarang tak pasti ada lagi atau tak. Pergi sekolah awal pagi, sebab ada kelas tambahan pagi-pagi. Bagi memudahkan kami ingat apa yang telah diajar guru. Tahun enam je pergi sekolah awal, lain tak ada pun. 
Masa exam UPSR, Wardah memang takut sangat dengan paper pemahaman. Esok sebelum Paper pemahaman, tak tahu nak baca apa sebab dah gementar sangat. Ambil keputusan duk kat meja belajar, ligat tengok sekeliling. Tetiba ! Mentol keluar! Jeng Jeng Jeng! HIPERBOLA BETUL KO. Tangan ligat bila nampak kamus, then main buka je. Wardah tak ingat ape yang Wardah baca, tapikan esok tu keluar pasal perkataan tu. Siyes! Tak tipu. 


best pulak cerita zaman UPSR ni. macam zaman kegemilangan. kehkehkehkeh. Lepas habis peperiksaan pemahaman, cikgu BM, Cikgu Rozilah dia jumpa ngan Wardah tanya boleh jawab ke tak soalan. Sungguh dia memang care. Aih, ape khabar cikgu ya. Harap sihat-sihat aje. Teringat jumpa cikgu Matematik kat shopping compleks hari tu, tak sangka dia ingat lagi muka Wardah ni. Dia kata Wardah ni tak berubah, badan kecik je. wahaha. I admit it cikgu. Cikgu pun sama tak berubah, tak habis dengan lawak cikgu. hihi.

Masa dapat result UPSR tu, sebenarnya Wardah tak ingat sangat masa ambil keputusan ni, mungkin Wardah kecewa dapat 4A 1B, sebab tu tak ingat sangat sebab ianya memori yang tak indah. Wardah pun tak ingat sebab Wardah terlepas isi borang untuk ke MRSM. huhu. sobsobsobsss. Wardah isi borang ke sekolah menengah agama je kowt. haaa. speechless tak hengat. T.T Wardah ingatkan English yang dapat B, rupanya sains. huhu. nanes nanes lagi.

Alhamdulillah, dah lepas memori zaman UPSR ni. hihi. Wardah stil contact lagi kawan-kawan sekolah rendah ni, ramai yang dah kahwin, siap dah ada baby lagi. Ya Allah, omeynye jangan cakaplaaa. memang omey sangat-sangat. Wardah bila???  Ada masanya nanti tiba, kita tunggu sajalah. oklah merapu.

adios!

2 comments:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)