Pages

25 Dec 2014

Hari Keluarga semasa Cuti Sekolah

Hai semua! Cuti sekolah ni asyik berjalan-jalan je. Huhu. Pergi kenduri kahwin sana sini, majlis pertunangan saudara sendiri, majlis perkahwinan batchmate, majlis perkahwinan rakan sekolah, sana sini bunyi kompang. Paling bestnya dapat jalan-jalan luang masa dengan yang tersayang. Cewah!
Inilah entri autopublish sebab Wardah sudah ada dekat Port Dickson ada Hari Keluarga bersama saudara-mara yang lain. Tempatnya di mana? Sebenarnya masa typing ni Wardah masih tak tahu lagi tempatnya sebab nanti gerak sama-sama dengan Mak Long, konvoi sekali jalan. Tanya mak, mak kata tempat yang biasa kami pergi ada nama Glory macam tu lah. haha. Lol, Wardah tak ingat sebab memang hampir setiap tahun pergi cuti Hari Keluarga ni tapi tempat lain-lain. Ada jugak tempat yang sama kami pergi. 
Jom cuci mata tengok gambar Hari Keluarga yang lepas. untuk yang baru belum ada lagi. Sebabnya Wardah memang tak ada internet luar kawasan rumah. So, nak tunggu entry Hari Keluarga yang 25 Dis ini kenelah tunggu Wardah balik nanti. Gambar-gambar yang lepas Wardah belanja dulu. ^_^
hari keluarga semasa cuti sekolah
Ceria-ceria sekeluarga
Dis is my big families. Ada anak mak long, mak ngah, adik saya, ada cik ina dan anaknya, dan anak mok uda. Sebelum main game, kita ambil gambar dulu. ^_^

hari keluarga ada sukaneka
ni adik wardah. yg pink muda tu
Antara permainan dalam sukaneka. Passkan gelang getah sayur menggunakan straw. nampak pinggan kat bawah tu? tengok gambar seterusnya..

hari keluarga dan sukaneka
Permainan yang ni pula cari gula-gula dalam pinggan yang berisi tepung. lol. Memang melepaklah muka kami lepas tu. Gambar tu tak dapat ditunjukkan. hoho. Malu. kekeke.
Hari Keluarga dan sukaneka bola tampar
Ada ruangan bermain bola tampar, apalagi Wardah pun join sekali. Wardah suka main bola tampar. tapi tak ada gambar segan. hihi  

Hari Keluarga dan mandi di kolam renang
Antara aktiviti wajib mesti ada mandi dalam kolam. hihi. 

Hari Keluarga dan Aktiviti Picnic
Malam-malam pulak ada aktiviti BBQ. barang semua bawak sendiri, port pun cari sendiri. Janji ada tempat lepak, barang semua ada, jadilah lepak-lepak BBQ. hihi

Inilah aktiviti-aktiviti keluarga saya semasa cuti sekolah. We have Hari Keluarga semasa cuti sekolah ni. Jadi macam mana cuti cuti sekolah anda semua? Mesti lagi best. Jom Kongsi!

2 comments:

  1. Wahh bestnya dpt spend time ngan family..huhu..selamat bercuti! Hehe ;-)

    ReplyDelete
  2. bestnya! lagi2 ada aktiviti BBQ. lama dah tak join aktiviti mcm ni.. :)

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)