Pages

15 Dec 2014

Kenduri dan Pemanduan yang Meletihkan

Alhamdulillah, kenduri sudah selesai. Kenduri berlangsung dekat Kuala Lumpur, jadinya memang terasa sangat penat. Semalam baru sahaja sampai dalam pukul 11 malam. Mengantuk tambahan dengan penatnya memandu kereta pada waktu malam memang sangat Wardah takuti. Penangan kemalangan atas kecuaian diri sebelum ini buatkan Wardah lebih berhati-hati. Sebelum ini Wardah pernah kemalangan dengan kereta Viva. Mengantuk yang menjadi puncanya. 
Kenduri cousin pada hari Sabtu dan Ahad pula ada kenduri lain pula. Masing-masing tempat yang berbeza, jadinya memang Wardah sahaha pemandu keluarga memandangkan tiada driver yang lain lagi. Wardah, keluarga Wardah dan saudara-mara yang lain konvoi bersama-sama. Jadi minta maaf untuk dua hari ini tak sempat blogwalking di blog-blog yang lain, tetapi terima kasih sebab mengunjungi blog Wardah ya? :) Jutaan dan ribuan syukran syukran ^^
Pagi selepas Subuh kami bertolak pada hari Sabtu, alhamdulillah selamat tiba pada pukul 10 ke 11 pagi. Konvoi juga dengan cousin Wardah. Sampai sana, petang tu siap-siap pukul 1.30 semua dah siap-siap, pukul 2 petang gerak pergi kenduri. Petang balik rumah terus tertidur atas sofa. hahaha. Malam tu siapkan apa yang patut untuk esok dan esok pagi gerak pukul 12.30 tengahari kerana takut jam. Alhamdulillah sampai awal dan kami pun pergi kenduri makan semua. Balik rumah sampai dalam lepas Asar. Wardah tinggal sementara di rumah saudara Mak Ngah Wardah di KL. Jadinya dua hari memang tinggal di rumah cousin sahaja. Tak sempat nak jalan-jalan mana,sebab mereka pun sibuk dengan hal mereka, nak layan kita sebagai tetamu lagi, dan kita pun perlulah jaga adab sebab kita pun duduk di rumah orang, jadinya segan jugak nak bersenang aje dirumah orangkan. 
Semalam, gerak balik lepas maghrib. Wardah memang takut sikit gerak malam-malam. Memang rasa takut sangat nak memandu malam-malam. Satu mengantuk, dua, takut tiada teman bual, ketiga, bila malam memang set nak tutup mata, keempat, badan agak letih, kelima, memang Wardah payah nak lawan mata bila sudah mengantuk. Huhu. Semalam yang duduk sebelah Wardah, adik lelaki yang kuat gaduh ngan Wardah. Hilangla sikit mengantuk asyik gaduh mulut dengan dia. Bergaduh saja-saja, bukan betul-betul pun. Dia jugak yang layan Wardah bila Wardah mengantuk. Huhuhu. Layan Wardah bagi air masak, keropok, dan if Wardah nak minta apa-apa pertologan, Wardah minta tolong ngan dia.
Yang tak best semalam, lagu kat radio tiada lagu feveret. Lagu yang melalut-lalut keluar. Tu yang buat Wardah stress tu. Huhu. Bilalaaa lagu best nak kuar, penat asyik-asyik tukar siaran.
Tips elakkan pemanduan yang mengantuk dan letih :

1 - Pilih seseorang yang boleh diajak berbual ataupun bergaduh mulut di seat sebelah anda. hihi. Ataupun, anda bawalah co-driver duduk di sebelah seat anda, bila mengantuk, boleh tukar driver.
2. Buka radio kuat-kuat, supaya anda boleh berkaraoke sendirian. Masa ni sangat sesuai jika semua orang dah tidur. 
3. Sediakan makan yang rangup-rangup supaya anda boleh melatih mulut anda bersenam kunyahan. Sekurang-kurangnya bila makan makanan yang rangup anda sendiri tak bosan. 
4. Sediakan juga air masak, bila mengantuk, minumlah air masak. 
5. Kalau tak hilang semua kat atas, singgahlah mana-mana perhentian. Tidurlah untuk seketika. Biar lambat sampai, asalkan selamat tiba. 
Sini adalah satu dua gambar sepanjang kenduri untuk dikongsikan ^^
Gambar kenduri hari Sabtu dahulu.. 
Kembar seiras
mak dan kembarnya. Mak Wardah yang tudung peach. Kembarnya ialah mak lang Wardah :D
  

gadis comel
Ini ialah saudara saya. Tudung Wardah herot berot masa ini. Baru lepas makan. Nyum Nyumm..

yang ini gambar pada hari Ahad. :)
baby face
masa dalam kereta. ^^

Anak buah saudara. Comel sangat ! Nurdina Sufiyah. :D

Wardah Aneesa senyum
it's me. Official me ^^


setakat itu sahaja tentang dua hari yang lepas. Nak Wardah blogwalking ke blog anda-anda-anda? 
Mai bagi link, Wardah singgah petang-petang nanti.. :D

2 comments:

  1. cutenya anak sedara wardah, geram tgk pipinya rase nak cium kuat2 =)

    ReplyDelete
  2. drive malam memang menakutkan.. lelagi kalo mengantuk tkt bende yang tak hingin jadi jer.. tapi syukur semua selamt.. tips adik yang kuat gado dok sebelah tu memang terbaikk... ehhehehee

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)