Kehidupan tentang Guru Pelatih IPG dan seorang remaja perempuan.
Pages
▼
30 Dec 2014
Takziah buat Semua Mangsa Banjir
Hati ini makin hiba bila melihatkan tiap-tiap hari pelbagai kemusnahan yang dapat dilihat, di televisyen, di facebook terutamanya. Bahkan ada jua rakan-rakan seipg yang turut terlibat dengan banjir. Allahu. Betapa kuatnya hati mereka, betapa tabahnya hati mereka.
Wardah wassap seorang sahabat bertanyakan tentang keputusan IVnya, kemudian hari ini baru dia membalas.. Sedih hati Wardah..
W : Y, Lulus x??
(mesej ni dah lama)
************
seketika tadi..30hb Dis Y reply..
Y : Allahuakhbar
Sy bru blk rumah
Msh x dpt nk check result
Mangsa banjir
Rumah kereta smua habis
Lebih smgu berada d pusat pemindahan
dan Wardah pun bertanyakan psl brg letrik, nak forward kat dia kalau jumpa, and Wardah offer kat dia if nak Wardah checkkan keputusan IV dia.Wardah pun cari-cari mesej tentang barang letrik tu dah jumpa, tapi tak jumpa yang wasap punya. Wardah taipkan untuk dia. Dia ucap tenkiu kat Wardah.
sambung tanya tentang keadaan rumah dia
W : Umah mcm mana?
Y : Umah habis...
W : Brg2 sume?
Y : Kereta 3 buah habis
Xde brg blh selamat
W : Mak Y ok x?
ayah
adik beradik?
Y : Mak ayah nenek adk beradik ok
W : Alhamdulillah
Y : Cuma ramai demam.. cirit birit..badan sakit..
Y sendiri pun jatuh tangga pagi semalam lepas amek wudhu
W : Yeke, Allah...
kuat ye Y..
Kalau W ada kat tempat Y xtawula W buat ape..
Y : Redha
Tp Y mmg sakit sebab jatuh longkang n tangga
************
perbualan terhenti seketika, mungkin Y masih trauma, semoga Y kuat dan tabah.. Wardah rapat dengan Y ni.. Kesiannya ya Allah.. Wardah tahu dia kuat, tapi Wardah serba salah bila tak dapat nak berbuat apa sebab Wardah tak dapat nak jadi sukarelawan sebab Wardah akan sambung belajar nanti.. Bulan Januari nanti. Wardah sedih sangat-sangat bila tengok gambar-gambar kemusnahan rumah, kereta, lori bantuan yang terbalik tu..
Pelbagai bantuan dan pertolongan telah beliau usahakan. Maklumat lanjut boleh rujuk page.
Takziah buat semua mangsa banjir. Semoga tabah dan kuat atas segalanya. Bagi yang mempunyai rasa dermawan dan ingin menyumbang sangat-sangatlah dialu-alukan kerana saudara mara kita sudah kehilangan harta benda, rumah pula musnah..
Allah...sedih nya...moga kuat semangat dan dipermudahkan urusan....
ReplyDeleteharap semua yang terlibat dengan musibah banjir ini tabah dalam untuk mengharungi dugaan hidup...mari lah kita membantu ape yang terdaya
ReplyDeletesedihkan...semoga diorg tabah dan kita doakan yang terbaik untuk diorang
ReplyDelete