Pages

4 Jan 2015

Apakah itu PT 3

Menteri Pendidikan telah mengumumkan PMR akan ditukar kepada Pentaksiran Tingkatan 3 mulai tahun ini. PT3 ini akan dijalankan dan ditadbir di peringkat sekolah masing-masing. Maknanya tiada peperiksaan berpusat seperti sebelum ini akan dijalankan. Ringkasan perbandingan antara PMR dan PT3 adalah seperti berikut..



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Menuruf DidikMalaysia :

1. Apakah PT3?
PT3 adalah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid di peringkat menengah rendah.

2. Apakah mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3?
Mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3 adalah seperti berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Geografi
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
4 pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu:
KHB Kemahiran Teknikal
KHB Ekonomi Rumah Tangga
KHB Pertanian
KHB Perdagangan dan Keusahawanan
5 pilihan bahasa tambahan:
Bahasa Arab
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun

3. Apakah skop sukatan pelajaran yang ditaksir dalam PT3?
PT3 mentaksir skop sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan.

4. Apakah tanggungjawab Lembaga Peperiksaan dalam pelaksanaan PT3?
Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab menyediakan soalan (item), panduan penskoran dan garis panduan pelaksanaan dan panduan penjaminan kualiti PT3 serta melaksanakan penjaminan kualiti PT3.

5. Apakah peranan sekolah dalam pelaksanaan PT3?
Sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyediaan kertas soalan, pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, penggredan dan pelaporan PT3 berdasarkan soalan, panduan penskoran dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Di samping itu, sekolah perlu melaksanakan penjaminan kualiti PT3.

6. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris?
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditaksir menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Bertulis dan Ujian Lisan. Ujian Lisan terdiri daripada Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar.

7. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun?
Mata pelajaran tersebut akan menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Bertulis sahaja.

8. Apakah jenis instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi?
Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan Pelbagai Instrumen seperti Tugasan Bertulis (assignment), Projek, Kajian Lapangan (field study) atau Kajian Kes (case study). Bagi tahun 2014, Lembaga Peperiksaan telah menetapkan Kajian Kes sebagai instrumen pentaksiran bagi kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

9. Bagaimanakah pencapaian murid bagi PT3 ini dilaporkan?
Pelaporan Pencapaian Murid bagi PT3 adalah dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F dengan tafsiran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Gred dan tafsiran gred bagi PT3
GredTafsiran Gred
A Cemerlang
B Kepujian
C Baik
D Memuaskan
E Mencapai tahap minimum
F Belum mencapai tahap minimum

10. Bilakah pelaksanaan PT3 ini bermula?
Pelaksanaan PT3 dijalankan secara berperingkat seperti Jadual 2 berikut:

TarikhJenis InstrumenMata Pelajaran
1 – 18 Julai 2014 
Kajian Kes Sejarah
Geografi
6 – 29 Ogos 2014
 Ujian Lisan Bertutur Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
12 Ogos 2014 
Ujian Mendengar Bahasa Melayu
13 Ogos 2014 
Ujian Mendengar Bahasa Inggeris
12 – 17 Oktober 2014 
Ujian Bertulis Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Mathematics
Science
Pendidikan Islam
Kemahiran Hidup Bersepadu
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Bahasa Iban
Bahasa Kadazandusun


11. Bagaimanakah penjaminan kualiti PT3 ini dilaksanakan?
Penjaminan kualiti dilaksanakan melalui proses moderasi dan verifikasi. Moderasi ialah proses menyelaras markah berdasarkan peraturan penskoran yang disediakan oleh LP. Proses ini dilaksanakan bagi memastikan ketekalan (konsistensi) dalam pemberian markah antara guru-guru yang memeriksa.

Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

12. Adakah guru, murid dan ibu bapa bersedia untuk menghadapi pelaksanaan PT3?
Program penataran dan taklimat telah dan sedang dijalankan oleh LP dengan bantuan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Bahagian KPM, Pengetua, Guru Besar, School Improvement Partner Plus (SIP+), School Improvement Specialist Coach Plus (SISC+), guru sekolah rendah dan sekolah menengah serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru di seluruh negara.

p/s : Wardah baru ambil tahu sebab adik-adik kembar Wardah akan menghadapi PT3 tahun 2015 nanti.. Nak tak nak kene ambil tahu memandangkan Wardah pun bakal guru :) Isu Semasa kene ambil tahu walaupun malas nak ambil tahu. huhu. 

3 comments:

  1. goodluck untuk adik-adik kak wardah :) http://ijahoney.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mmg mencabar sikit PT3 ni.. dalam penatnya ada baiknya sebenarnya... tapi nk berubah tu mmg la amik masa... sbb org dah terbiasa dgn PMR kan...

    ReplyDelete
  3. adik k.ana pT3 candidates 2014. tah la tp ramai parents x setuju pon pt3 ni.

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)