Pages

20 Jan 2015

First Time Jogging, Pancit??


hai dah lama pulak tak bercerita tentang diri sendiri dalam bloggie ni. Hihi. Ade yang merindukan tulisan tangan Wardah Aneesa tak? kohkohkoh. Nampak tak perasannye Wardah duk kembang semangkuk ni. Hahahahaha. Letihnya baru lepas jogging! Haaaa, padahal baru 1 round padang sahaja. Hahahaha. Badan ni memang jarang turun padang. Tetiba pula ada rakan sekelas yang ada iras-iras muka Wardah ajak turun. Waaaa, semangat jugak memulanya. 

Hari ini memang tak ada kelas dari pagi, apa lagi, Wardah memanfaatkan diri menyibukkan diri untuk berjumpa Ketua Jabatan PA atas urusan praktikum. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan penempatan praktikum ini. Wardah akan berpraktikal di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal. Alhamdulillah, alhamdulillah. Thanks kepada Ustaz Afandi, Ketua Jabatan JAPIM yang telah bersusah payah mencari penempatan. Selepas Zohor pula ada Taklimat tentang Praktikum. Gementar pulak hati ini nak berpraktikal. Al-maklumlah dah lama tidak memegang pen menulis jawi apatah lagi sekarang RPH KSSR sudah sampai Tahun 5 pada tahun ini, tahun 2015. 

Tepat 5.26 petang, cik Ima (kembar Wardah dekat sini) dioranglah yang kata, muka kami lebih kurang serupa, dia datang mengetuk pintu. Alamak, dia dah siap! Hihi, Wardah baru je buat air nak minum. Hoho, tapi silap Wardah sebab masa tak tepat nak minum air tu. Haa. Lepas minum sedikit, memandangkan dia dah siap Wardah pun cepat-cepat pakai stokin dan pakai kasut. Sebelum buat air tu memang dah siapkan diri dengan pakai tudung semua. Jadinya taklah lama Ima nak tunggu Wardah siap. Apalagi! Jom kita ke padang IPKB! 

First time datang ke padang IPKB ni, ternyata padang ini lebih luas yang Wardah bayangkan.  

padang hijau IPGKKB

Kawasan padang ini masih belum ramai turun lagi masa sekitar 530 petang, Dalam pukul 6 petang macam tu mula ramai. Ramai yang turun jogging petang-petang dan nampak ada juga yang training untuk permainan ragbi. Ketika sedang snap gambar ini, Wardah kepenatan dan pancit nak lari lagi. Huhu. Besar padang ni, luas dan ada track jogging tepi-tepi dan sekeliling padang. Tak lah risau seluar naik kemuncup. HaaaHa. 

Kembar Wardah ni dah kahwin, suaminya budak IPG jugak tapi bukan IPG sini. Dia dah kahwin hampir 4 tahun katanya. Wahh, daebak!! Pelajar maktab ni memang ramai yang dah berkahwin, memang tabiclah. Dalam kelas Wardah je, ade dalam 6 orang yang dah berkahwin. ALamak, tercerita panjang pulak tentang kahwin ni. Heee. Selingan.. 

Padang IPKB ni memang luas. Gambar yang di atas tu merupakan sebahagian daripadanya ataupun mungkin lebih besar lagi. Padangnya dijaga dengan elok dan tak adalah nampak semak samun tingi-tingii. Kemaslah, macam baru lepas dimesin rumputkan. Aik, apakah? Dimesin rumputkan? hahaha. Bantai. Sambil jogging-jogging, sambil tulah kami berborak-borak tentang banyak perkara. Hal perkahwinan, tentang pelajar yang dulu gemuk sekarang sudah kurus hasil jogging, dan macam-macamlah. Teruja jugak bila dengar cerita pasal perkahwinan. Kekeke. 

Oklah, setakat itu sahaja buat hari ini. 

p/s : Maaf sebab tak dapat update kerapkali. Huhu, Rindu tak kat Wardah?? tekan lah nuffnang kalau rindu. Hihi.  

13 comments:

  1. rajin dia update n bercerita.... hihihi....

    ReplyDelete
  2. kita pun baru start petang tadi jogging memang pancit. hahah. amboii bercerita pasal kawen. ehemmm :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan, lama tak jogging niiiii. hahaha, kawen kawen. xabis-abis. hihi XD

      Delete
  3. Wah bestnya berjoging..Kak wana dah lama x bt aktiviti ni..huhu..asyik bz baking ja di dapur.. :D

    ReplyDelete
  4. Sy pun suka jog ni. Tapi kalau lama stop..nak mula balik confirm malas gila..lepastu cepat pancit. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. samalaa. suka joggingg tapi dah lama xbuatt.. kekeke. tu yg pancittt hihi

      Delete
  5. jogging ni nak kena buat selalu , klu tak mmg camtu ... klu dgr cerita pasal kahwin , adakalanya gerun nak kahwin dan ada masa juga teringin nak kahwin ... heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, yeppp setuju ngan @Qaseh Vee.. hihi, teringin jugakkk koh3

      Delete
  6. jarang jogging hahaha. alhamdulillah dah dapat tempat praktikum. . :)
    kwn BV pun ade yg dh kawen. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, wahh. mudah tu...! BV bila pulak? ngehngehngeh XD

      Delete
  7. lama dah tak jogging ni.. gerrenti pancit ;)

    BLOG OH! BLOG

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)