Pages

26 Jan 2015

Istimewanya Kelantan Part 1 : Wakaf Che Yeh

Semalam punya cerita.. basi ke. huhu. cerita basi sikit. uuuuuww. Macam biasalah, tengah tak ada homework yang banyak, masa pula banyak yang terluang, kawan sekelas ajak pergi Wakaf Che Yeh. Jiran bilik yang sudah ade zauj :) Senang nak keluar bila  dah ada laki. hoho. Laki dia jadi driver. 
Wakaf Che Yeh ini ialah satu destinasi yang antara wajib pergi bila ada di Kelantan selain Rantau Panjang, Pasar Siti Khadijah, Pengkalan Kubo, dan mungkin Golok. hoho.

Hasil pertanyaan pada kawan-kawan, jika bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kota Bharu ni, dari asramanya, lebih kurang setengah jam baru sampai di Wakaf Che Yeh. Ikut pemanduan jugak kowt. Menurut bacaan Wardah pulak, dekat wikipedia mengatakan dalam 7km, ada pulak blogger yang kata 4 km jika dari Kota Bharu. 

Jom kita tengok gambar, 

Tudung bawal bidang 60
Design latest.. Bidang 60

Tudung bawal biasa bidang 45
Bawal biasa bidang 45

Pelbagai tudung di jual di wakaf che yeh
Pelbagai warna, dan koleksi tudung

pasar malam wakaf che yeh
Antara koleksi kain pasang batik

Barang-barang di pasar wakaf che yeh
Selimut, cadar yang banyak dijual. Murah-murah pulak tu

pasar malam wakaf che yeh
Macam-macam ada kan.... !!

Wardah kalau ade elaun ni, memang shopping-shopping jugakla.. hihi, memandangkan masih belum masuk, terpaksa window-window shopping dulu :) Hanya tengok aje rakan-rakan membeli, mereka ni banyak berniaga dekat dalam maktab. Tu yang dompet terisi tuuu. Terasa nak berniaga juga bila tengok sep2 saing sendiri berniaga. Join tu join sini, haha. Banyak income dorang ni. Hihi. 

Kiteorang jalan kat Wakaf Che Yeh sampai pukul 11.00 malam jugakla. Orang pun belum terasa ramai lagi. Mungkin jugak belum ada jugak yang dapat bukak kedai lagi sebabnya masih baru dalam keadaan lepas banjir. Thanks kepada rakan-rakan yang sudi bawa jalan-jalan. Dah nampak dah port mana yang murah-murah. Hoho.

p/s : Nak beli tudung!! Aishh, sabar jela belum kuar income sendiri. hho

19 comments:

  1. akak kalau g sini bawa 150 habis... hahhahaha... shopping kain tudung la n mcm2 lgi... masa tu belum kahwin g dgn abang sulung akak balik bercuti dia mesti g sana wife abf sulung suka shopping tdung.... wardah cikgu maktab penguruan kota bharu ke.... bulan 4 ni akak balik kelantan inshaAllah... boleh jmpa hihihi... kenal2...

    ReplyDelete
  2. cantiklah tudung bidang 60 tuu. berkenan lak kita tengok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. awakkkk. kita tag awak untuk segmen ni ^_^
      http://cikmanissweet.blogspot.com/2015/01/segmen-berkenalan-by-dr-shikin.html

      Delete
  3. bestnya wakaf che yeh.. memang seronok sopping..
    takpa nanti ade la tu.. hehe positif positif

    ReplyDelete
  4. Rambang mata... Syurga shopping kata org..

    ReplyDelete
  5. sy tak leh lama2 kt che yeh ni...mau kering kontang wallet kang...tp mmg seronok shopping situ...heheheheh

    ReplyDelete
  6. ahhh.. rindunyanya nak gi Kelantan lagi..
    mudah-mudahan ada rezeki..

    Salam kenal... singgah sini.. nice blog... :)

    ReplyDelete
  7. Few years ago ada datang sini.
    Masa tu anak sorang lagi rasenye.

    ReplyDelete
  8. sakan shopping.... Elaun tu untuk sara hidup..bukan utk tudung jer tau.. hehehe

    ReplyDelete
  9. dulu masa praktikel kat HUSM kelantan, selalu jugak ke wakaf che yeh ni.. tp skadar pi window shopping je, saja jalan2.. sbb kalau nk shopping, selalunya pi kawasan bebas cukai rantau panjang terus. lagi murah..

    ReplyDelete
  10. Pernah ke Kelantan sekali je. Tu pun dah lama.. Geramnya tengok kain pasang batik tu

    ReplyDelete
  11. waaupun asal dari kelatan tapi sekali je pernah datang tempat ni

    ReplyDelete
  12. salam kenal dik.. tpt akak membesar kat situ... ms kecik dl2 jalan kaki jer p pasar borong tu, dl lum lg da pasar borong cuma ada pasar tani jer...

    ReplyDelete
  13. Belum pernah sampai lagi tempat ni..teringin nak pergi shopping kat sini :)

    ReplyDelete
  14. cantiknya batik..nak batik kelate

    ReplyDelete
  15. kalau balik kelantan mmg suke jalan kat sini padahal xde la nk beli barang pon..
    pagi2 mmg cr siti khadijah jee,,
    mcm2 kuih yang boleh jmp

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)