Pages

10 Jan 2015

Kenapa No Tracking Penting?


(ini adalah entry autopublish)

Dulu-dulu Wardah pandang no tracking ni tak penting. Asal dah bank in pada penjual/supplier dan tunjuk resit kita atau details pada dia kemudian tunggulah barang yang dinantikan di rumah. Huh. A bit careless isn't it? Sepatutnya tak sepatut pun fikir macam tu. BAHAYA taw! Bahaya sebab bayangkan kalau supplier atau penjual tu menipu, sampai berbulan barang tak sampai kat rumah, lepas dua bulan baru sampai, APAKEHAL? Nampak tak permainannya? 

Bila kita dah buat pembelian online ni, kene pastikan kita dapat no tracking. Dengan adanya no tracking ni kita boleh trace barang kita sudah sampai kat mana. Dah sampai Melaka ke, dah sampai on delivery ke atau apa-apa pun status asalkan kita tahu perkembangan barang yang sudah kita beli. Itulah pentingnya ada no tracking ini. Penting supaya kita dapat tahu perkembangan barangan yang sama ada dipos jika anda sebagai penjual, ataupun barang yang kita beli dan sampai kat mana. 

Macam mana nak guna no tracking ni dan macam mana nak trace??

Fisrt pergi ke laman web Pos Malaysia dan akan keluar macam ni. Boleh klik gambar untuk tengok dengan lebih besar ye.Lihat ruangan tepi kanan bawah tu, yang Wardah dah gariskan dengan warna kuning tu. Macam mana kita boleh trace dengan no tracking yang kita ada. Okeyh, fokus pada ruangan itu ye.
page pos malaysia

**********************************

cara trace barang dengan mudah
Kemudian, tekan Track & Trace  seperti yang ada pada no 1, selepas itu pergi ke Track yang berbutton merah itu. 

*******************************


trace barangan yang sudah dipos
Akan keluar macam ni pula ye, bolehlah anda masukkan no tracking anda! Masukkan no tracking anda di ruangan yang bertanda no 1 . Apabila selesai menaip no tracking anda, tekan button Track (bewarna merah) yang ada pada nombor 2 itu. 

****************************

check barangan yang sudah dipos
Taraaaaa! Selepas itu, paparan begini yang akan keluar. Anda dapat tahu perkembangan barang anda. Hihi. Ini adalah barang Wardah sendiri, Wardah menang Vitamin Shaklee daripada Blogger Norazah.  Baru sahaja sampai barangnya. Hoho. 

Semoga dapat membantu anda!

Adios!

2 comments:

  1. kalau beli online memang kena ambik tahu pasal tracking number ni.

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)