Pages

19 Feb 2015

Demam Rindukah? Demam Cintakah? Demam Kasihkah? :(


Hai peepppps semua. Untuk makluman, cuti IPG je seminggu, cuti kat sekolah-sekolah yang berpraktikal hanya empat hari sahaja. uwaaaaaa. GB oh GB nape tak ambil cuti lebihhhh. Wardah nak balik...! Wardah nak balik...! *simpan dalam hati je mampu.wakakaka*

Cuti empat hari dan ko tak balik ke Wardah??? huhu. Wardah tak balik ye TAK BALIK... :( Kenapalah tak balik lepas tu meroyan cakap sakit demam homesick semua. Hmmm. Sebab yang pertama. Kos. Elaun Wardah belum masuk lagi. Lambat betul proses kewangan ni nak siap. Nasib baiklah ade terniat nak kol bahagian kewangan ipg haritu.. Rupanya masa kol tu baru nak mula proses. I mean dia tak proses lagi. OMG! *panas sangat hati ini deh*

Yang kedua. Tiket tak beli sebabnya ongkosnya tiada. Hahahaha. Tiket pergi balik naik bus sahaja dan RM100++ manakala kalau naik fligt tiket pergi je dah RM193. Katanya kalau nak tiket flight murah kenelah confirm date nak balik, then tengok masa promosi dan nampak aje tiket murah kene book terus dan bayar on the spot. *Tips tiket flight murah* Wahhh, naik flight tuuuu. Belum pernah lagi terfikir-fikir nak balik guna belonnnn. Hihihi. Macam best je naik belon, ehhh duit pun terbang maaa. hihikkk.

Sebab ketiga cuti hanya sehari sahaja di rumah kalau balik pun. Bayangkan, Wardah mula cuti Rabu, jadinya Selasa malam sudah boleh balik, Rabu pagi sampai sah-sah Wardah penat. Rabu tu mesti half day je bangun. Muehehe. Khamis baru free seharian, Jumaat half day je boleh lepak-lepak, malam Jumaat tu dah kene gerak balik. Sebabnya Wardah dah mula sekolah hari Ahad. Sabtu sudah semestinya kene ada di ipg sebab Wardah kene balik rumah sewa dah petang Sabtu tu. Huhu. 

Sebab keempat yang memberatkan lagi hati ini untuk tidak balik ialah aseimen dan keje yang berlambak. T.T Sobs sobs sobs. Banyak lagi deh belum buat. Naik cuti ni dah mula bizi observe dengan pensyarah dan guru pembimbing. Hurmmm. Sabar jela kan hidup student final year. Haha. 

Wehhh, dan trang tang tang skang Wardah demam. Batuk-batuk, selesema sok sek sok sek je ni. Dah hampir 4 hari jugak ni demam. Tak pastilah sebab ape demam, cuaca ke demam rindu ke, demam cinta ke, demam kasih ke. Lalalalala. Tak tahu pulak ade jenis demam ekkk. haha. Mungkin kowt demam rindu kat famili nun di Melaka.... Dapat tahu pulak, adik-adik kembar Wardah balik, adik yang ketiga dan keempat pula ada kat rumah. T.T Terasa teringin nak berada kat dalam rumahhhh. Sobs sobs sobs. T.T Dia pun balik sebab cuti panjang. Ehmmm. yang pada dia, demam CINTA lah kowt. Muehehehe. 


sejuk dan demam


As sekarang ni tekak asyik nak batuk-batuk aje. Hidung pun sok sek sok sek. Memalam nangis sebab teringat kat famili, pastu bila nak sihatnyeeee Wardahhh uiiiiii! Ish Ish Ish. Nasib baiklah ade adek-adek yang duduk kat perantauan, lepak-lepak je la dengan diorang kejenye. Semalam pulak ade junior belanja KFC gedebukkkk hihi. Ade orang belanja. Makan sahajalah kita.... Wiwiwiw. Seronok tawwww! Tapi stil minum air ais . Setrooowwberiii lagi tuuuu. Bila nak kebahnye demam lahaii. Bangun-bangun dari tidur, muka mulalah macam kat bawah ni.. 

sick dan homesick

gaya macam homesick gila-gila!! LOL

oklah guys, selamat bercuti buat semua! Wardah nak sambung blogwalking dan menyerang-nyerang blog orang lain ni. Hihi. Cumanya, Wardah baru perasan, header dengan footer hilang. Nape eh. Masa korang terjah sini, ade lagi tak nampak header ngan footer Wardah? cer komen ye.. 

p/s : doakan Wardah cepat sembuh ya ! :)

8 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih, insya allah will come back to ur blog ^^

      Delete
  2. amboi haa ha aiyok demam apakah~~~

    ReplyDelete
  3. jaga kesihatan tau. klu homesick balik la.
    kalau demam rindu n cinta rehat banyak :D

    ReplyDelete
  4. Semoga Wardah cepat sembuh..takmo sedey2 tau :)

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)