Pages

20 Mar 2015

Pergi Seorang Insan DIsayangi. Al-Fatihah.


Semalam, arwah Milah hinti Hashim selamat dikebumi.

Al-Fatihah buat nenda kesayangan (belah emak) yang baru sahaja meninggalkan kami.

Pengalaman melihat detik-detik kematian di hadapan mata. Arwah rapat dengan cucu-cucunya. 

Wardah sangat sayang kat nenek Milah. 

Baru sahaja minggu lepas berjumpa arwah menanyakan khabar berita Wardah "ok ke duduk Kelantan?" Minggu ini ternyata dia pergi menghadap Illahi. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Arwah ada bela seekor kucing. Putih namanya. Semalam bila ziarah rumah nenek tu, Putih senyap je. Duduk je. Selalu dia akan ikut je arwah ke mana-mana. Arwah yang salu bagi kucing makan. sebab Putih ni kucing jantan tua yang garang. Wardah salu juga main-main dengan Putih tapi dengan arwah ,Putih lagi rapat. 

Lepas ni tak dapat nak merasa air tangan masak asam pedas nenek. Wardah memang faveret asam pedas daging nenek. Memang pekat sedap. 

Teringat bercakap dengan arwah semasa di hospital, dua hari sebelum... Ada juga dua sedara yang berada di sekitar. (Mengikut waktu melawat hanya tiga orang sahaja boleh melawat) 

Hanya mampu berkata "Nenek, nurul ni.. Nurul sayang nenek,"

Nenek koma. Nenek tak dapat cakap pape. Kami boleh tengok susur alur pernafasan nenek di mesin tu..

Masa tu kami berempat, Wardah minta adik teman, Wardah perasan nenek berlinangan air mata. Wardah nampak kat kelopak mata nenek. Ada takungan kecil air mata nenek. 

Wardah akan merindukan nenek..

Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

surah al-fatihah

7 comments:

  1. Ad kt kelantan yer skrng? Tbahlah. Yg hdup psti prgi kan. Yang pnting,doakan untuk arwah. :)

    ReplyDelete
  2. semoga nenek awak tenang di sn..selalulah doakan untuk kebahagiaan beliau ye

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah :-)

    ReplyDelete
  4. Takziah wardah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
  5. Salam takziah wardah maaf akak jarang masuk blog ni masa utk blogwalking terhad sejak laptop masuk wad dah dekat sebulan masuk wad huhuhu.. ni on9 kecik jah

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah. Salam takziah buat Wardah...

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)