Pages

28 Apr 2015

Merdeka I | Kisah Cadangan Kajian Tindakanku

Merdeka I | Kisah Cadangan Kajian Tindakanku | Tarikh keramat ni Wardah takkan lupakan sampai bila-bila. 26 April 2015, Tarikh yang yang....... membuatkan Wardah rasa sedikit MERDEKA! alhamdulillah dah selesai observe atau di panggil penyeliaan bersama oleh guru pembimbing dan pensyarah. Tak boleh nak kata MERDEKA sangat. Harapnya pointer maintain.. Amin
Final observe Wardah buat tajuk subjek Ibadah : Rukun Solat dengan subjek Tilawah Al-Quran. Dua subjek taw, Major dan Minor. Pergh. letih anak tekak sebab berperang dengan suara nak bercakap kan.. Alhamdulillah selesai, 26 April ni juga merupakan tarikh last menghantar cadangan kajian tindakan. Uwaaaa. Letih sangatlah terasa sebabnya, Wardah kene observe pada hari Ahad, hantar cadangan Kajian Tindakan pun pada hari yang sama. Bayangkan Wardah tak tidur Sabtu tu, buat cadangan kajian tindakan sampailah ke pagi. Adik-adik semua jangan ikut ya? 
Cadangan Kajian Tindakan

Janganlah kata Wardah buat kerja last minute, sebenarnya ade kisah di sebaliknya. Cadangan kajian tindakan ni memang dah kene mula buat daripada masuk praktikal lagi. Tolak 3 bulan permulaan praktikal daripada 30 April. Tue lah tarikh permulaan. Cadangan kajian tindakan ni kene buat seiring dengan format yang betul. Kalau salah format, payahlaaa. T.T Dan siapa yang kene checkkan untuk format ni? Dah tentulah pensyarah pembimbing ni... tapi, pensyarah ni tak tanyakan pun hal cadangan KT ni. Wardah memang buat, tapi tak ada panduan. Memang kami ada belajar sebelum praktikal tapi tak sempat belajar sampai habis. Nanes. T.T
Sampai ke penghujung dia tak semak apa yang Wardah dan partner buat. Laahaaaiiii, memang takutlah bena. Takut silap, dengan ayat-ayat cintan kami. Kan cadangan KT kene guna bahasa dan ayat-ayat ilmiah. So, Wardah ni orangnya puitis, memang keluar ayat novel. Erk? Tu lah pentingnya pensyarah bagi panduan untuk buat cadangan KT ni. Kami pun ade tunjuk juga pada dia, tapi dia tak kisah mana pun... uhuk uhuk *nanes lagi dalam hati*
Mujurlah, ade orang offer nak checkkan proposal Wardah. Thanks to rakan di IPG PERLIS. Wardah pula tak balik rumah sewa . Tu cerita lain pula. T.T Memang sadis betul life Wardah. Sob sob sob. Tapi bagus juga, sebab ade sumber internet yang Wardah nak guna iaitu Wifi Maktab. keh3. Lau duk umah sewa takdelah orang nak chekkan proposal kita. Hihik. Alhamdulillah.
Akhirnya, tepat pukul 5 pagi Wardah siapkan proposal tu. Siap print. Binding dekat sekolah. Pagi tu pulak, kene observe bersama dengan pensyarah dan guru pembimbing. Alamak, panjang pulakkk. Tunggu kita sambung lepas ni pula. Merdeka I | Kisah Cadangan Kajian Tindakanku selesai sudah. Kita akan sambung nanti. 
p/s : Tunggukan sambungannyaaaaa!

2 comments:

  1. Good luck wardah... tak.sabar menanti siri 2 hihihi

    ReplyDelete
  2. Bila dah siap observe memang rasa lega sangat kan. Heheh :D

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)