Pages

29 Jun 2015

#Cabaran20hariPuasa | Resepi Paling Simple Sahur

#Cabaran20hariPuasa | Resepi Paling Simple Sahur | Agak-agak resepi paling simple buat Wardah ape ye untuk sahur? Haha. Masak sambal telur goreng jah, dan makan dengan nasi. 
Resepinya ialah :
3 atau 4 biji telur (semuanya digorengkan menjadi telur mata kerbau)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan cili boh
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara memasak :

Pertama, tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih. Hiris bawang besar. 
Tumis bahan yang telah ditumbukkan tadi. 
Bila sudah kekuningan dan naik bau masukkan cili boh.
Goreng sampai wangi.
Masukkan air asam jawa dan bawang besar. 
Tumis sehingga pecah minyak. 
Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Selepas itu siaplah sambal goreng telur ini. Tuangkan sambal pada telur-telur goreng tadi. Dan SIAP!

p/s : Tak leyh nak pos gambar. tak tahu kenapa. :(


1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)