Pages

24 Jun 2015

Puasa Dan Perantauan

Puasa Dan Perantauan | Hai semua. Lama tak sharing diari diri sendiri. Sedang maraton join Giveaway dan Contest. Nak cerita pengalaman sendiri, berpuasa dan perantauan tak asing bagi dunia seorang pelajar atau pekerja atau siapa-siapa sahaja. Nak balik raya nanti pun kene puasa dalam musafir juga kan? Betul?

Hari tu Wardah balik Kelantan dalam puasa yang ke dua. Wardah memang dah set minda nak balik naik bas. Sebab tiket bas murah berbanding flight. Hoho. Berapa berapa yang murah tu?? Haaa,ini kerana stesen bus yang dekat dengan rumah Wardah, berbanding dengan stesen airport yang agak jauh dengan rumah Wardah. Wardah kene naik bas kalau turun dari airport ataupun teksi untuk pergi ke Melaka Sentral. Kene balik sendiri pula ke rumah. Better Wardah ambil yang dekat dengan rumah. Ye dak??

Puasa dan perantauan. Masa Wardah kecil-kecil dulu zaman sekolah menengah rasanya selalu sahaja tengok surat khabar yang beraya di perantauan. Sebak betul rasanya tidak dapat beraya dengan keluarga kan. Berpuasa pun sama. Lain rasanya berpuasa, bersahur tanpa keluarga di sisi. Bangun sahur dan kejutkan adik beradik yang lain. Tolong mak sediakan juadah untuk keluarga. Dah namanya tangungjawab lain rasanya kalau tak buat. T.T

Puasa dan perantauan. Pernah merasa sahur dalam bas? Mungkin kamu semua lebih berpengalaman. Wardah first time hari tu bersahur dalam bas. Mungkin takkan lupakan sampai bila-bila. Hihi. Kejap-kejap terjaga, kejap-kejap tengok jam. Hoho. Mak Wardah bekalkan lauk dan nasi untuk sahur. Buka aje dalam bas satu bas bau! haha. Nasiblah semua turun masa tu sebab ade singgah restoran kat Cherating. 

Puasa dalam perantauan ni bagi Wardah penat sikit berbanding hari biasa walaupun sekadar duduk sahaja dalam bas. Tak percaya? Cubalah! Haha. Sampai sahaja kat asrama. Memang terlentang golek tidur sahaja. Badan yang letih. Itu je yang boleh diungkapkan. 

2 comments:

  1. Zumal belum pernah puasa di perantauan walaupun pernah kerja luar Perlis tapi sebelum puasa dah berhenti kerja dan balik kampung... Hehe...

    ReplyDelete
  2. Kami yang bekerja juga keletihan. Tapi guna teknik kawalan minda dan dengan tidak memikir lapar dan dahaga


    Jangan lupa Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)