Pages

30 Sept 2015

Kalau Dia.Tak Baik


Walaupun sedemikian...tak pernah terfikir nak tinggalkan walaupun orang tu jahat ke. 

Pesona Pengantin's photo.
 Muhasabah diri sesama jom! Bye~

27 Sept 2015

Esok Kami Sekolah

Esok Kami Sekolah | Baru sahaja balik daripada menghantar adik-adik ke SMAP, Labu. Rasanya betullah kowt cakap mak Wardah. Wardah ni degil sikit tak nak dengar cakap mak yang jalan lalu dari Masjid Tanah-Lendu-Alor Gajah ke Seremban tu jauh. Huh. Egolah katekan. Mak cadangkan supaya lalu kat Pedas Linggi ke laluan highway Port Dickson. Hari tu ade lalu dengan mak tapi tak jumpa laluan Pedas Linggi tapi lalu Port Dicksonlah. Rasa macam tak banyak kereta. Rasa macam senang je sampai. Rasa macam cepat. Tapi Wardah? Tetap ego lalu juga tadi laluan Rembau. Erk.


Sebenarnya, tak ingat juga nak jalan kat laluan Port Dickson tu, hahaha. tu yang lalu dekat tempat yang dah biasa.Tadi Wardah lalu dekat Simpang Empat dan lalu highway ke Kuala Lumpur tapi Wardah Exit dekat Labu. Jauh jugak perjalanan tu. Haha. Tulah degil sangat tak nak dengar cakap mak. Heee. Lepas ni nak guna laluan yang mak cakapkan tulah. Sebab sekejap je dah sampai sekolah adik masa guna laluan ke Port Dickson tu. Tadi sampai dalam pukul 5.30 petang. Biasa dah gerak balik rumah dah masa tu. Huhu.


Wardah ambil kawan Wardah juga kat Terminal 1 tadi. Dia akan tumpang rumah Wardah sampailah habis sekolah bulan 11 nanti. Namanya Syida. Kecil molek aje orangnya. Memang serba salah juga tadi terlambat. Erkk. Malu sangat dengan keluarga dia. Lama kowt tunggu. Puncanya kenapa? Angaplah Wardah yang lambat. Sepatutnya nak gerak pukul 2.30 petang. Tapi lambat pula adik-adik ni siap. Pukul 3 petang jugak gerak. Adehh. 


Sebenarnya Wardah tak kenal lagi Syida ni. Dia daripada IPG Tuanku Bainun, Pulau Pinang. Dia tinggal kat Kuala Pilah. Jadinya dia nak buat intership sekali dengan Wardah. Wardah terima aje.. Ade geng juga nak buat nanti! Heeee. Tapi tapi Wardah tengah kekok dengan dia. Maluuuu. Huhu. Esok kami ke sekolah. Kene ke sekolah. sebab Melaka punya sekolah tak cuti. hahaha. Oklah, nak urus diri, lepas tu tidur. Gementar jugaaaa nak pergi sekolah esok ni. Moga semua baik-baik aje. Pentadbiran baik, cikgu-cikgu sekolah pun baik. Insya allah. 

Kbyee. Gudnite!! Esok Kami Sekolah

Terancam Katanya


Terancam Katanya | Semalam, pabila balik dengan mengeluarkan sangkar yang free to bawa ke mana-mana tu, there's Putih in the sangkar. Ramailah rakyat jelata di rumah mula proses hidung masing-masing menghidu bau Putih. Si anak-anak kucing yang bertiga mulalah menghidu kucing 'baru' yang BARU je sampai rumah kami. 

Putih, kucing arwah nenek. Berbekalkan kasihan sangat kat Putih yang tiada orang jaga secara seharian, Wardah nekad nak bawa putih balik. Dalam masa yang sama, risaukan sesuatu. Bolehkah rakyat jelata dekat rumah ni menerima Putih? Putih ni kucing tua jantan yang dikira otailah antara rakyat jelata kat rumah ni. Haha. Rakyat jelata yang dimaksudkan tu ialah Kelabu, Celak, Mimo, Si ibu dan anak-anak kucing yang baru lahir ada 3. Putih hanya ada orang berikan makanan dalam mingguan macam tu. Minggu tu ade sedara singgah rumah arwah nenek, ade yang tolong bekalkan Putih makanan. Macam tu ajelah. Putih ni comot sikit. Rasenye tak ramai yang berani nak mandikan dia. 

Wardah pernah mandikan dia. Erkkk. Takut juga memula tuuu. Badan dia kan besar. Jantan plak tu, kuku tajam lagi. Memanglah gerun juga nak mandikan dia. Masa tu arwah nenek ade. Tengok dia comot sangat, ajak sepupu perempuan mandikan dia. Sebab takutlah Wardah ajak sepupu. Hahaha. Bila nak mandikan dia, biasalah kene cakar tu. Dia tak cakar sangat, tapi dia akan duduk kat sudut pintuu. Macam nak keluar. Arwah kata dia mandikan guna berus sabut tu. Badan Putih kan Putih, bulu dia jenis kembang juga. 

Fisrt sekali bawa Putih tu, letak dalam sangkar hitam *bekas tempat MIMO* dan siapkanlah dengan makanan, minuman dan tempat berak dia. Putih dalam kereta memang mengiow ajelah dia. Mujurlah suara dia tak lantang mana pun. Kecil halus je suara dia. Masa tu Mimo tak munculkan diri lagi. Wardah rasa dia duk bersembunyi perhati spesis dia yang baru datang tu. 

Masa duk dekat dapur rumah, sembang ngan mak ngan adik, tetiba dengar bunyi "Rrrrr" dan Wardah, daripada nak makan, terus letak pinggan. Ehh Wardah terus keluar. Memang sah, Mimo rasa terancam niii. Putih dalam sangkar, Mimo kat luar sangkar. "RRRRrrr'' Mimo dah kembangkan bulu, Betul-betul depan sangkar depan Putih. Putih pulak betul-betul berhadapan dengan dia. Alamakkkk, habislah kalau macam ni. Amek Mimo, belai-belai dia. Pujuk-pujuk dia. Lepas tu lepaskan dia alek, Mimo stil nak rapat dengan sangkar yang ada Putih tuuu. Walaupun dah tak dekat sangat macam tadi. Mimo stil kembangkan bulu dia. Erkk. Mesti Mimo rasa terancam dengan kehadiran Putih ni. Habislahhh

Terasa takut pula nak mandikan Putih. Takut kene cakar. kih3. Harap-harap Putih dengan Mimo boleh berbaik. Be friends. 

Hari ni misi menghantar adik-adik. Hihi. Bai semua!

26 Sept 2015

Motor Berhenti Tiba-tiba


Motor Berhenti Tiba-tiba | Hai semua, hari ni teman mak lagi pergi jenjalan. Kali ini naik motor tapi mak yang bawa sebab Wardah tak pandai nak bawa motor. Hoho. Petang Wardah kene hantar sedara Wardah ke hospital Melaka sebab family dia pergi ke Perak. Jadi Wardah antara yang boleh hantar ke hospital. Pagi tadi pergi kenduri kahwin dekat Pokok Mangga.

Tetiba, dalam perjalanan.. motor berhenti dengan mengejut. Memang secara tiba-tiba. Kami berbaju kurung kowt. Hoho. Terasa ayu jeeee motor tetiba mati kami pula berbaju kurung. sopan gitu.. Hihi. Press punya press motor tak boleh start. Telefon pula adik yang selalu guna motor tu, dia kata press aje banyak-banyak kali. Last-last tak hidup jugakkk. Uuwuwuw. 

Duduklah kami menunggu dan menunggu. Tunggu apa tu. Kami pun tak tawu ape nak buat. Kedai motor pun tak tahu kat mana. Masa tu kami dah sampai dekat Tanjung Kling. Tetiba....
Ada satu motor datang kat motor kami. Ade seorang lelaki, iras macam cina-cina sikit tapi orang Melayu.. dia tanya kenapa, dan dia checkkan motor tu. Rupanya....

Minyak dah habis!!! Kih3. Mak kata ade sikit lagi. Tu yang tak berhenti isi dulu. 

Lelaki tadi pergi stesen minyak dan pergi isikan minyak petrol dalam botol. 

Sesampai aje dia, dia isikan minyak dalam tangki motor, dan alhamdulillah boleh gerak. 

Mak nak bagi duit minyak sebab dia belikan minyak tuuu, tapi dia tak terima. Terus lari naik atas motor dia dan jalan.Terus tinggalkan kami. 

Ya Allah, baiknya. Semoga dia dirahmati Allah dan sentiasa dipermudahkan urusan sebab dia pun sudah permudahkan urusan orang lain. 

Lepas tu kami pun pergi kenduri kahwin, singgah di Kuih Keria Antarabangsa. Rupanya kuih keria ni jadi tempat yang hangat juga masa cuti ni. Ramai giler orang beratur beli kuih keria dia. Sedap wooo. Selepas beli kuih keria ni, pergi singgah rumah nenek, makan-makan, dan balik. Petang siap-siap dalam pukul 5.30 petang bergerak pergi rumah saudara nak hantar dia kat tempat kerja. Balik singgah solat dekat rumah nenek, dan bawa si Putih balik ke rumah. Sekarang ni ade dalam sangkar kat rumah. Nak tahu ape reaksi Mimo bila Putih ada kat rumah? Esok Wardah cerita ya.. 

Nak sambung tengok televisyen. Tata!

Malam BBQ


Alhamdulillah, hari Khamis yang lepas, selamat buat tahlil untuk arwah nenek di rumah nenek Wardah kat Klebang. Great to hear ramai juga sedara mara yang hadir walaupun tak semua yang ada. Macam-macam juadah yang ada. Keluarga kami bawa yang sampingan aje means tak berat . Wardah buat cheesekut dengan kek batik, hajatkan hati nak buat puding jugak. Tapi macam banyak sangat pula. 

Bila semuanya dah ada, lepas isyak kami pun buat tahlil. Tunang sepupu yang tolong handlekan. Sebabnya, biasanya abang Wardah yang handle, abang tak dapat nak balik, jadinya minta orang lain yang uruskan. Lepas tahlil u ade buat BBQ. Sedara lelaki yang tolong bakarkan ikan, ayam, udang, sotong, and ade jugak daging kambing. Mulalah my sepupu ni tersipu-sipu nak makan kat luar sebab tunang dia ada sama.  Hoho. Macam tu rasanya bertunang, masih ada lagi rasa malu-malu. Memang daebak. Wardah doakan mereka ini bahagia hingga ke syurga. ^^

Mak pula buat kuah rojak, rojak yang disediakan untuk makan buah-buahan tu. Famili mak ngah pula buat sup daging, famili mak long buat nasi beriani, famili cik ina pula buat spageti dan kuih karipap dengan popia, famili mak lang pula buat nasi lemak. Macam-macam ada.. sampai tak larat nak makan. Hoho. 

Wardah tak berapa nak ceria sangat malam tu, sekali mulalah sedara mara nak mengusik pasal kahwinlah, kene belajar jaga baby lah. Hermm hermm. Mulalah dorang ni duk berkumpul. Mulalah bergosip, baik aku cabut dulu. Hahaha. Memang Wardah lari pun, duk masuk bilik, tengok laptop sedara yang Wardah amek movie dengan dia. Opss dan mulalah cerita pasal Wardah. Wardah buat tak dengar aje. Ade sedara yang bawa baby dia, umur dalam sebulan lebih la, ade kakak dia nama Nur Dina Suffiyah. Nama baby tu Marlisa Zazira, comel aje nama anak-anak dia ni. Wardah suka layan budak-budak. Nur dina ni dah pandai cakap sebutir-sebutir dah dan dia suka meniru cakap orang lain. Perkataan-perkataan yang dia sebut macam "Takut" "Sakit" "Kucing" dan macam -macam lagi. Wardah rasa Wardah update cerita pun macam mendatar je cerita. hahahaha. Mood dah ade, tapi lebih kepada tiada mood. wakakakaka. Apa bahasalah ko pakai ni kan. 

Lepas ni mula masuk sekolah semula. Nasiblah ade geng nak buat sekali, Ahad ni ambil dia kat Terminal 1, Seremban, Tu pun masa nak hantar adik ke SMAP, Labu nanti. K lah, nak sambung mengemas rumah lagi. Babai!

24 Sept 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha  | Hai, di sini Wardah nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat muslim di dunia. Cehh. Macam le ramai duk baca blog ko seantero dunia. kihkihkih. Eh, mana lah tahu kan, seantero dunia duk baca. Doakanlah. Heee.

Semoga hidup kita bertambah berkat dunia dan akhirat.

Maafkan kesalahan saya daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

Andai terkasar bahasa, andai tersalah bicara, andai ter ter yang lain juga. Hoho. 

Setiap kali raya Qorban pelbagai cerita pahit manis menjadi episod buat diri ini. 

Tapi selalunya pahit. Hoho. Itu bermaksud banyak lagi pengorbanan yang perlu Wardah lakukan dalam diri ini. Ye dak?? Banyak sangat dosa ni Wardah ni. Astaghfirullahalazim.. Ampunkan dosa-dosa dalam diri ini ya Allah.

Malam ni gathering bersama keluarga besar Wardah. Tak sabar rasanya nak gather. Tapi teringat pula dekat arwah nenek. Semoga arwah tenang dan damai di sana. Rindu nenek. Rindu masak asam pedas nenek. 

Harap ramai sedara mara yang akan datang malam ni. Hihi. Insya allah. 

Wardah akan jadi pengapit bff Wardah. Hoho. Siapalahhh tu yang nak kawen. K lah, 

Selamat bercuti cuti dan selamat Hari Raya Aidiladha. 

Semakin banyak kita berkorban untuk diri kita semata-mata mendapatkan redha Allah, semakin dekatlah kita kepadanya. Memang pahit dan payah, berusahalah. (Nasihat untuk diri sendiri, biiznillah, insyaallah)

22 Sept 2015

Cerita Cuti Raya Aidiladha


Cuti Cuti Raya Aidiladha | Selepas sampai ke Jumaat pagi dari Kelantan, tidak putus-putus berjalan di Melaka ni. hahaha. Penat tak penat mana, tapi puaslah jugak berjalan. Insya allah esok pula akan mengambil adik di Uitm Jasin. Ramai yang balik cuti ni. Cuti sekolah kan. Kembar balik. Abang cik balik, Esok pula ambil Boboy. Cuma abang sulung Wardah aje yang tak balik sebab dia terpaksa uruskan Qorban di kem askar dia. 

Balik dari 17hb, sebenarnya malam Khamis tu ada dinner. Tapi Wardah tak dapat pergi sebab perancangan dinner tu last minute. Wardah pula dah beli tiket bas sebulan awal. Hoho. Punyela semangat nak balik rumah. Hahaha. Sebagai hadiah, Wardah hanya create video within 6 minutes macam tu untuk dipaparkan malam dinner Pendidikan Agama Islam Sem 8 tuu. Buat kat hotell kowtttt..  Sobs Sobs. Sedih sangat-sangat tak dapat nak pergi. Uwaaaa. Malam tu Wardah dah atas bas. Tengok aje kawan-kawan update gambar dalam grup kelas. Btw, video yang dah disiapkan tu harapnya jadi buah tangan atas ketidakhadiran Wardah dalam dinner tu. Ada hikmah jugala Wardah balik 17hb, sebabnya, adik-adik Wardah balik pula sebab dah mula cuti sekolah kan. Dalam pukul 9 pagi,18hb, ma Wardah ambil dekat stesen bus Alor Gajah. And guess what, Humairak ade dalam tu!! Sape HUMAIRAK?? hehe, Anak angkat Wardah. cett. bukanlah, anak yang mak Wardah jaga. dan memang sangat kiut miut. Putih dan mata hitam yang besar, bibir pink dia yang buat Wardah tertarik sangat2 kat dia. 

Haha, and sebab for the last month Wardah tinggal kat sana, tak tahulah bila langi Wardah akan datang lagi ke Kelantan. Jadi disebabkan itu, Wardah banyak beli barang sebab mostly barang-barang kat sana memang murah berbanding dengan harga kat sini yang memang standard. Contoh, macam skirt, jubah, tudung, shawl dan macam-macam lagi. Haha. Bukan untuk Wardah aje, untuk ma Wardah juga yang nakkan jubah kat sini. hihi. Memang ada rumate bawa jenjalan kat kedai area Pasir Puteh, ade kedai yang jual murah-murah. Macam Zaleha Textile dengan Shuhada Shoppe. Erk, kedai Shuhada Shoppe kawan-kawan boleh search kat fb. Dia ada page. Kedai tu la. Lepas ni beli online ajelah. Kat kedai Shuhada Shoppe tu. Siapalah nak bawa jenjalan shopping nanty kan..lagi-lagi kat Kelantan..Harapkan diri sendiri jela nak bawa jenjalan sebab adik-adik semua kecik-kecik lagi. Heee. Wardah kan kuat dan berdikari.  Cett. Dah ada handphone idaman nanti bolehlaa jenjalan, jenjalan guna waze nanti. Insya allah. 

Hari Jumaat pagi, rehat sekejap, then, dalam pukul 11 pagi bergerak pergi ambil adik kat Seremban. Lepas tu balik, sampai dalam Asar, hantar adik ke Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Rupanya diorang ada program Easy Math selama dua hari. Hantar sampai homestay dia aje. Ahad ambil diorang balik. Lepas tu, mak ajak jenjalan shopping kat Tesco. Mak pun dah jadi ahli, lepas ni bolehlah kumpul mata banyak-banyak. Hoho. Lepas ambil adik-adik hari Ahad, malam tu pergi funfair. Sekarang ada lagi rasanya, kat Dataran 1 Malaysia tu. Kali ni memang besar sikit daripada kebiasaan. Wardah pergi dengan keluarga Wardah dengan keluarga kembar mak. Memang lepas tension betul. Naik buaian yang boleh duduk berdua tu. Naseblah Wardah tak muntah-muntah macam adik dengan mak. Semua mabuk lepas tu. Ingat nak naik permainan buaian yang duduk sensorang tu, tapi belum ada keberanian plak. Kus semangat tengok buaian single tu hayun sampai bape degree tak boleh cakap laa. Ngeri uiiiiii!! Parking plak jangan cakaplaaa, memang penuh. hah. 

Hari keesokannya pulak, pergi Melaka Sentral, pergi ambil printer yang Wardah tumpangkan hari tu. Dia janji pukul 5 petang, tapi Wardah terlebih dahulu dah datang awal. haha. Excited terlebih. Kih3. Tunggu punya tunggu, sampailah rakan Wardah ni. Nasib ada rakan macam ni. Dahlah tak kenal sangat, duk bagi menumpang barang pula. Memang gentle laaa. Sampai printer pun dia angkatkan pergi kat kereta Wardah. Haha. Dah leee berat. Sian pulak tengok, sebab hari tu pun masa nak bagi printer pun dia yang angkatkan. Nak angkat dia tak bagi. Hoho. Terima kasih banyakk-banyaakkk la yeee. 

Nak setoriii pasal exam, exam nak kata mudah taklah mudah sangat. Sederhanalah boleh Wardah kata. Harap-harap keputusan pekse baik-baik aje. Aminnn. Sekarang ni, lepas cuti kami akan mula intership. Intership Wardah buat dekat dengan rumah aje. Insya allah ada rakan dari IPG lain yang buat sekali dengan Wardah. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan. Sekarang duk kemas-kemas bilik lagi. Tinggal bahagian baju nak setelkan lepas ni. 

Esok, kita digalakkan puasa Arafah. Insya allah kalau tak ada halangan Wardah pun nak puasa. Jom jom! K lah, panjang bebenorrr dah ni. 

Taataa~


13 Sept 2015

Final Exam Wow


Final Exam Wow | Wardah memang sangat terharu buat rakan-rakan yang drop komen kat blog Wardah. Wardah baru dapat balas sikit-sikit je ni. Final exam start esok. Esok selasa dan Khamis. Lepas tu Wardah MERDEKA!! yeyayyyyyy!!

Doakan kemudahan nak jawab periksa esok pagi . Badan rasa macam nak demam dah. Kifarah dosa agaknya. ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. 

Esok peperiksaan last and the last sem. Seminggu je lagi nak habis. Seminggu je lagi nak balik Melaka. Seminggu je lagi. Wahahaha. Thanks bagi respon dekat entry sebelum ni yang tak boleh nak upload gambar tu. Cuti nanti Wardah akan follow step by step nasihat blogger2 yang komen tu. 

Insya allah.

Tak sabar nak jumpa kawan-kawan lama. Eh, ada yang nak dekat kawen taw. Seronoknya dengar! 

Lagi satu, memang macam seronok sebabnya, kawan Wardah yang nak kahwin tu jugak, dia kata tak kenal bakal pengantinnya tuuuu. Wahhh tak sabar rasanya nak share cerita pengalaman kawan Wardah ni. Moga bahagia hingga ke syurga! 

Hujung tahun ni, ada tiga kawan yang kahwin. Moga sentiasa diberkati Allah hendaknya, 1 lelaki orang Kelantan. 2 sahabat perempuan dari Selatan. kikikiki. Tak sabar tak sabar jumpa girlfriends. Boyfriend ada. 1 kat Bangi, satu kat Uitm Jasin. Satu lagi kat Sungai Besi. Tu la boyfriends Wardah. Ramai kan. 3 bodyguard yang selalu menceriakan hati Wardah walaupun jauh. Love u my boyfriends. Wardah tak tipu taw, sebab Wardah bukan jenis PENTIPU. Heeee. 

k lah guys. have to study. Esok esok exammm. Tata!

Kalendar 2016 dan Kalendar Cuti Umum 2016 Malaysia


Kalendar 2016 dan Kalendar Cuti Umum 2016 Malaysia |

kalender-cuti-umum-2016



Kalendar Cuti Umum 2016 Malaysia

1 Jan (Fri) New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

14 Jan (Thu) Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday Negeri Sembilan only

18 Jan (Mon) Sultan of Kedah’s Birthday Kedah only

1 Feb (Mon) Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
TBC Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only

8 Feb (Mon) Chinese New Year National

9 Feb (Tue) Chinese New Year (2nd Day) National

4 Mar (Fri) Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu Terengganu only

25 Mar (Fri) Good Friday Sabah & Sarawak only

15 Apr (Fri) Declaration of Malacca as
a Historical City Malacca only

26 Apr (Tue) Sultan of Terengganu’s Birthday Terengganu only
1 May (Sun) Labour Day National

5 May (Thu) Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 May (Sat) Hari Hol Pahang Pahang only

17 May (Tue) Raja Perlis’ Birthday Perlis only

21 May (Sat) Vesak Day National

30 May (Mon) Harvest Festival Sabah & Labuan only

31 May (Tue) Harvest Festival Sabah & Labuan only

1 Jun (Wed) Hari Gawai Sarawak only

2 Jun (Thu) Hari Gawai Sarawak only

4 Jun (Sat) Agong’s Birthday National

6 Jun (Mon) Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only

22 Jun (Wed) Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor ,Terengganu and Federal Territories (Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan) only

6 Jul (Wed) Hari Raya Puasa * National

7 Jul (Thu) Hari Raya Puasa * National

7 Jul (Thu) Georgetown World Heritage City Day Penang only

9 Jul (Sat) Penang Governor’s Birthday Penang only

31 Aug (Wed) National Day National
TBC Sarawak Governor’s Birthday Sarawak only

12 Sep (Mon) Hari Raya Haji * National

13 Sep (Tue) Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only

16 Sep (Fri) Malaysia Day National

TBC Sabah Governor’s Birthday Sabah only

TBC Malacca Governor’s Birthday Malacca only

2 Oct (Sun) Awal Muharram (Maal Hijrah) National

24 Oct (Mon) Sultan of Pahang’s Birthday Pahang only

30 Oct (Sun) Deepavali * National except Sarawak

11 Nov (Fri) Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only

12 Nov (Sat) Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only

TBC Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only

TBC Sultan of Johor’s Birthday Johor only

TBC Sultan of Perak’s Birthday Perak only

11 Dec (Sun) Sultan of Selangor’s Birthday Selangor only

12 Dec (Mon) Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul) National

25 Dec (Sun) Christmas National

TBC: To Be Confirmed

Kalendar Takwim Cuti Sekolah Malaysia 2016

Nota Penting: Takwim cuti sekolah 2016 akan dikemaskini sebaik sahaja pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan takwim rasmi dijangka pada bulan September 2015.

12 Sept 2015

Tak Boleh Upload Gambar

Tak Boleh Upload Gambar | Siapa tahu jalan penyelesaianya bagi blog eh. Tak boleh upload gambar. Uwaa waaa waaa T.T Sadis betul. Bila nak upload gambar. Tekan je button image tu. Keluar BAD REQUEST ERROR 400. 



SIAPA TAHU?? 

CARA NAK ATASINYA??

PLISSSS PLISSSS!!

5 Sept 2015

Cheesekut Mudah


Cheesekut Mudah | Petang-petang lajak macam ni rasa nak buat sumthing dengan rumate. Berbekalkan biskut cracker yang banyak sangat, pakat pakat pergi ke Pantai Timur beli barang tambahan macam Cream Cheese dan Biskut Cream O. Bahan-bahan lain semua dah ada. 

Bahan-bahan untuk Cheesekut :

Biskut Crackers 1 pack :
Cream Cheese *Wardah beli yang TATURA 250 gram
Susu dutch lady yang kotak kecil*tapi Wardah guna susu tepung sebab Wardah ada lagi susu tu
1/2 Susu Pekat Manis
Oligo / Milo 
Biskut Cream o

Cara-cara :

Toping :

1. Asingkan krim biskut Cream O dalam bekas lain. Hancurkan biskut tersebut. Guna yang tidak ada krim biskut. 
2. Taburkan milo ke oligo ke nestum ke atas layer yang atas sekali. Nak sedap selang seli kan dengan lapisan biskut. 

Buatnya :

1. Kacau cream cheese dengan 1/2 susu pekat manis. Bagi jangan berketul dan nampak berkilat. Guna mixer boleh, kalau nak guna tangan pun boleh, tapi lenguh-lenguh sikit. Hihi
2. Susu dutch lady tadi di masukkan dalam mangkuk . 
3. Setelah siap bahan-bahan ini, sediakan bekas berbentuk segi tiga sama ke segi tiga panjang ke asalkan bentuk petak supaya senang nak letakkan biskut tu. 

4. Celurkan biskut cracker dengan susu dutch lady beberapa saat dan susun di dalam bekas tupperware tu. Susun comey-comey ye.
5. Selepas itu, dan duduk dalam barisan yang kemas dan rapi, sapukan cream cheese atas susunan biskut tu tadi. Buh nipis-nipis aje. Layer paling atas buh tebal sikit cream cheese tu.
6. Selepas itu, ulang langkah 4 dan 5 hingga 4 layer. 
7. Kalau rajin, topingkan biskut hancur tadi dalam layer-layer sebelum sampai atas. Ikut kita nak buat cemana pun. asal cantiklah rupanya sikit. 
8. Sampai layer ke empat tu, buh cream cheese tebal sikit. Then, bubuh toping biskut ke, nestum ke, biskut cream O tadi tu. 
9. Masukkan dalam peti sejuk selama 4 hingga 5 jam. 

Kemudian siap untuk di makan!

Simpan dalam peti sejuk kat dalam satu bilik ni. 

Malam ni jumpa Aiman Banna. Lepas malam tu boleh ambil kat bilik tu dan makan.

Tak sabar nak makan! Nanti Wardah nak cerita gak siapa Aiman Banna tu. Tata semua.

Kelas Hari Sabtu


Kelas Hari Sabtu | Hari ni sekolah ganti kat sini. IPKB, tak pasti tentang Ipg yang lain. Hari ade kelas 3 jam kelas Usul Fiqh. 3 Jam sebab lepas ni dah masuk study week bagi kami pelajar sem 8. Hoho. Nampaknya kene fokus sebab subjek ni susah sikit, kene faham hukum-hukum agama, kaedah-kaedahnya dan macam-macam lagi. 

Kelas hari sabtu, lumrah la tu kalau masa kita tengah pelajar. Kat mana-mana pun, ipg ke universiti ke, sama tak? keeee tak sama eh? 

Nak siapkan diri. Kelas pukul 9 pagi sampai 11 pagi.

Bai semua. 

Jom dhuha kejap ^^

4 Sept 2015

Biodata Beto Kusyairy


Biodata Beto Kusyairy | Pada malam tadi, Wardah dengan kembar duk melayan cerita Aku, Dia dan Tong Sampah lakonan Beto Khusyairy ni. haha. Cerita kisah percintaan jugak. Ada value yang tersendiri.Kelakar sangat cerita dia.  Yang penting nak katakan dekat sini minat sangat dengan lakonan beliau ni. Suka dengan gaya dia as pelakon. Dia ada gaya dia yang tersendiri. Kualiti lakonan dia original. Memang superb. Lima bintang Wardah bagi. 

Di sini Wardah nak selitkan biodata bintang filem ini yang Wardah mula-mula kenal dengan cerita Istanbul Aku Datang. Not bad juga. I love tat movie too. 

Nama penuh : Norkusyairy Zakuan bin Osman.
Tarikh lahir : 19 February 1980
Asal : Kuala Lumpur
Status : Berkahwin

Erk, tak dapat nak upload gambar. Kalau ada ni dah lama letak gambar Beto. Rupanya isteri Beto ni merupakan seorang blogger jugak. Boleh klik SINI untuk tengok life update dengan Beto. Apa-apapun, gudluck in your life Beto! 

Thats all. Tata~

Biodata Beto Kusyairy |




Allah Bukakan Satu Persatu Pintu Kebenaran


Allah Bukakan Satu Persatu Pintu Kebenaran | Wardah takut pula asyik post pasal putus cinta ni. Takut kengkawan blogger lain menyampah. Huhu. Alhamdulillah dah semakin baik dan semakin pulih. Biarlah dia dengan kebahagiaan dia. Dia dah pun ketemu kebahagiaan dia. Semoga selamat dengan ikatan perkahwinan. Semoga bahagia hingga ke syurga. Telah ku buka ruang dia bersama orang yang ku tuju, rupanya orang lain yang menjadi pengganti. Buat dirimu yang bernama R, Wardah ingat dia bersama R, rupanya dengan orang lain pula. Sabar duhai hati. Sabar. Allah ajar untuk menjadi sabar juga tu. 

Tapi, tersimpul juga dalam hati.

Mudahnya mencari ganti.

Rupanya sudah dari bulan Mei lagi menyulam kasih baru.

Allah jua yang memegang hati ini, DIA tunjukkan real life of he. Terkejut juga.

Tersentak jua dijadikan begini.

Sabar sahaja dengan dugaan MU.

Hemm, rasa nak kongsi pula Tanda-tanda Bila Lelaki Beralih Arah. Perlu ke tak eh? Agar hati wanita boleh buat persediaan, agar hati wanita lebih terbela. Insya allah.

Akan difikir-fikirkan semula. 

Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Allah Maha Mendengar Setiap Sesuatu. Allah Maha Mengetahui Setiap apa yang belaku. Allah sayang aku, Allah sayang hati aku. Allah sayang diri aku. 

Move on. 

Pesan ma yang menusuk jiwa ini, Janganlah kita menilai seseorang jahat ke baik... Moga aku dapat mengaplikasikan apa yang mak pesan pada diri ini. :')

Rakan-rakan yang lain pun rasa geram dengan apa yang berlaku kat diri aku ni. Tapi aku boleh fikir lagi yang baik-baik pasal dia? Haha. Lawak jugak aku ni kengkadang. Aku memang kuat sekarang. Insya allah. 

Allah Bukakan Satu Persatu Pintu Kebenaran | May Allah bless our life.

3 Sept 2015

Tumpang Barang


Tumpang Barang | Alhamdulillah, setelah mencari dan mencari akhirnya Wardah dapat juga mengetahui siapa pemilik kereta MCE yang salu Wardah perhatikan tu. Hoho. Begini, Wardah akan berintership nanti di sebuah sekolah dekat Melaka, jadinya barang-barang semua akan dibawa balik. 

Dah sah-sah banyak barang yang kene bawak balik. Lagi-lagi pakaian dan segala perkara alat tulis fail printer bagai. Selalu dah perhati dua kereta satu MBN, satu MCE. Kereta yang Wardah harap sangat Wardah boleh tumpang satu barang pun jadilah. Sekali, masa majlis penutupan Seminar Kajian Tindakan II tadi, terperasan satu kereta, that's it! Kereta MCE tu betul-betul lalu belakang Wardah dengan kengkawan tadi. Perhati punya perhati, tara! dapatlah Wardah cam budak tu. 

Alamak, cam malu la plak. Then, kembar kata dia budak sains. Carilah Wardah sep-sep budak sains minta tanyakan Wardah nak tumpang barang iaitu printer. Hhi. alhamdulillah. Dia bagi nak tumpangkan. Yeyahhhh!! BEstnya rasa lega sikit. Pelajar tu tinggal dekat Melaka jugak area Jasin. Lepas ni nak berbincang nak ambil kat mana, bila nak bagi barang dan sebagainya.

Alhamdulillah.

Sekarang tinggal nak finalise AR je. Lepas tu study week :)

2 Sept 2015

Santai-santai di Pondok Moden Jeli


Santai-santai di Pondok Moden Jeli | Hai semua. hujung minggu yang lepas pada hari ahad dan hari Isnin, Wardah dan rakan-rakan kelas Pendidikan Islam 1 dan kelas Pendidikan Islam 2 telah berprogram di Pondok Moden , Jeli. 

Selain dapat berukhwah, berceramah menambah input-input tentang kehidupan selepas bergelar seorang guru lebih-lebih lagi seorang ustaz dan ustazah Wardah dapat merasai pengalaman tinggal di Pondok Moden, di Jeli ini. Program yang agak santai-santai dan tidak terlalu berat memandangkan kami baru sahaja selesai membentangkan VIVA yang sangat menakutkan itu. Tak menakutkan sangat pun. Huhuk. 

Pada hari pertama sampai sahaja, terus diberi taklimat. Ada pembahagian kumpulan, kene buat persembahan jugak At last tak buat pun persembahan kumpulan tu,melainkan kene buat refleksi berkumpulan sahaja. Pembentangan kat depan macam tu je. Hihi. Mudah dan sangat santai.

Alhamdulillah, dapat mengenali sahabat-sahabat dengan lebih rapat lagi. Malah dapat mengenali pensyarah-pensyarah dengan labih lagi. Banyak kenangan semasa di Pondok Moden, Jeli ni. Hihi. Banyak juga gambar yang telah diambil sebagai kenangan. Sempat jugak buat video klip nasyid bersama seorang sahabat ni. Hoho. Rasa macam artis pun ada.

Malam pertama di sana kami buat bbq. Sedapnya. Rasa macam nak lagi. Nak lagi nak lagi. Lepas ni tak jumpa dah sahabat-sahabat ni. Bila lagi boleh jumpa melainkan Wardah pergi jenjalan di Kelantan ni. Malam tu juga ada penceramah tersohor dan kami dapat kain sarung / kain batik percuma je. Comey sangat warnanya. Wardah dapat warna pink. :)

Hari kedua, tazkirah Subuh, sarapan, taklimat pengurusan kewangan, refleksi kumpulan dan individu, penyampaian hadiah, ucapan perpisahan dan bergambar bersama-sama. Ada yang menujukan satu lagu buat pensyarah-pensyarah sini. Yela, mereka sudah lama bersama selama 5 tahun. Walaupun sedemikian, tersentuh juga di hati tentang keakraban ukhwah sahabat-sahabat ini. 

Penginapan di Pondok Moden ni siap dengan katil dua tingkat di dalam satu bilik. Ada dalam 12 katil yang diletakkan di dalam satu bilik. Ada 6 ke 5 buah bilik di situ. Pemandangan juga cantik dan sesuai nak buat program di situ. 

Setakat itu sahaja. babai~