Pages

24 Sept 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha  | Hai, di sini Wardah nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat muslim di dunia. Cehh. Macam le ramai duk baca blog ko seantero dunia. kihkihkih. Eh, mana lah tahu kan, seantero dunia duk baca. Doakanlah. Heee.

Semoga hidup kita bertambah berkat dunia dan akhirat.

Maafkan kesalahan saya daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

Andai terkasar bahasa, andai tersalah bicara, andai ter ter yang lain juga. Hoho. 

Setiap kali raya Qorban pelbagai cerita pahit manis menjadi episod buat diri ini. 

Tapi selalunya pahit. Hoho. Itu bermaksud banyak lagi pengorbanan yang perlu Wardah lakukan dalam diri ini. Ye dak?? Banyak sangat dosa ni Wardah ni. Astaghfirullahalazim.. Ampunkan dosa-dosa dalam diri ini ya Allah.

Malam ni gathering bersama keluarga besar Wardah. Tak sabar rasanya nak gather. Tapi teringat pula dekat arwah nenek. Semoga arwah tenang dan damai di sana. Rindu nenek. Rindu masak asam pedas nenek. 

Harap ramai sedara mara yang akan datang malam ni. Hihi. Insya allah. 

Wardah akan jadi pengapit bff Wardah. Hoho. Siapalahhh tu yang nak kawen. K lah, 

Selamat bercuti cuti dan selamat Hari Raya Aidiladha. 

Semakin banyak kita berkorban untuk diri kita semata-mata mendapatkan redha Allah, semakin dekatlah kita kepadanya. Memang pahit dan payah, berusahalah. (Nasihat untuk diri sendiri, biiznillah, insyaallah)

4 comments:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)