Pages

21 Dec 2015

Bawa Saga Pergi Proton Servis Centre

Hai. Hari ni duk siap awal mandi wangi-wangi nak pergi keluar. Siap dalam kul 9 pagi. Last-last terlelap sekejap atas katil. Pukul 10 terjaga dan pergi sidai baju, buang najis Mimi terus pergi ke pekan. Sebenarnya lama dah nak bawa Saga Wardah pergi servis tapi duk fikir dan risau bila dengar macam-macam pasal Proton Servis Centre. Wardah sebagai pengguna  memanglah risau sangat lagi-lagi pulak Wardah ni perempuan kan. Bab-bab kereta ni kurang pengetahuan sikit. Ini servis kedua dengan 15 000 km.
Setelah ambil masa seminggu tempoh research kat internet, search dan ada juga tanya dengan kawan-kawan tentang pusat servis Proton mana yang bagus dan ok dekat Melaka ni, akhirnya Wardah decide nak pergi dekat pekan Masjid Tanah dekatlah sikit dengan rumah Wardah. Memang ada yang cakap Pusat Servis Proton kat Peringgit, Cheng, dan Jalan Hang Tuah ok. Tapi siyesly malas nak pergi jauh-jauh. Macamla sebelum ni tak pernah servis..hurmm sebelum ni ada orang yang tolong buatkan appointment dan aturkan macam mana nak servis kereta ni. Sekarang kene buat sendiri, memang kuranglah keberanian nak pergi sendiri. 
Wardah sampai aje kat kat Julung Jaguh Sdn. Bhd. ni, Wardah park je kat luar sebab ade kereta nak keluar masa tu. Pusat Servis Proton dekat Masjid Tanah ni kecil sahaja kalau nak bandingkan dengan Proton Servis Centre kat Peringgit tu. Masjid Tanah ni kawasan pekan-pekan aje. Peringgit tu kawasan bandar. Memanglah besar. Alhamdulillah masa datang tu.. kereta pun tak banyak. Masa Wardah datang ada 2 kereta tengah park dalam tu. Satu kereta nak keluar, satu tengah servis. Teringat pula pada apa yang kawan cerita..
"pergi kaunter, hantar kunci, tengok tv kat ruang menunggu, dah siap. BAYAR."
Kunter dan ruang menunggu proton servis centre masjid tanah
Haa dan Wardah pun pergi la tanya kat technician tu mana kaunter. Kaunter ada sekali dengan ruang menunggu. Jadi masuk je ada dua pekerja perempuan yang sambut. Cakapla nak buat servis, Wardah bagi booklet buku servis tu dan dia akan check buku tu. Apa yang tak lengkap dia suh lengkapkan. Dan tanya kali ke berapa servis. Oklah layanan dia tu. Hormat pelanggan tapi ade gak customer lagi dalam tu. Masam je Wardah tengok. Huhu. Bila dia dah check buku kita tu dia katalah kira tukar minyak hitam ajelah. Aah. Wardah angguk je. Lepas tu akak tu terus sebut harga. Oooo. Ternganga kejap tengok cara akak tu. Semangat. 
Pada penelitian Wardah kat pembacaan Wardah dia selalunya akan tukar minyak hitam, oil filter, plug tu je. Hurmmmm dan Proton akan bagi 3 kali servis percuma. Servis percuma barang tuuu kena bayar. 

Proton servis centre mahal

Saga flx servis di proton servis centre

Wardah sampai dalam pukul 1140 pagi camtu.. bila dah borak-borak dengan akak tu dalam 1145 dia dah masukkan kereta ke dalam. Tak sampai sejam pun lepas tu kereta siap. Kereta yang servis pun tak banyak. Mungkin juga sebab pagi-pagi tak ramai hantar kereta lagi. Muahahaha. Dalam 1215 Wardah dah ada kat taman dah. Dah sampai taman. 
Bila sampai waktu nak bayor tu. Wardah macam nak tanya apa tu labour charges. Hurmm.. sebab Wardah kene charge jugak. Lupa nak tanya. Kalau tanya tadi mesti boleh kurang lagi harga tu. Kenapa ntah mungkin sebab bila je akak tu sebut seratus bla bla bla.. Wardah dah macam exsaited dengar seratus lebih je kene. Macam kat awangan. Rupanya seratus sembilan sembilan. Hahahhaah. Ambik kooooo. Nasib baik duit cukup-cukup je ada. Sekarang rasa geram dengan diri sendiri. lepas ni kene take serius sikit okeyh. Tak payah nak awangan sangat. Uwaaaa.. uwaarghhhh. Ada lagi satu peluang ingat!!!! Labour charge lepas ni free yeeee. Satu lagi peluang taw Wardah. Yeee. 
Resit selepas servis di proton servis centre

Ni resitnya. Lepas ni kene servis 20 km plak. Ada yang kata servis 20 km ni lagi banyak pakai duit. Lepas servis ketiga ni Wardah tak nak pergi dah Servis Centre.. Bila Wardah share dan tanya minah-minah kereta katanya mahal pergi servis kat Centre. Lepas ni nak servis kat tempat lain pulak. 

Balik rumah tunjuk kat mak. Mak kata mahal. T.T Tak apa..jadikan pengajaran ye. Jangan careless lagi. Oklah. 

Ada pengalaman? Jom share sama-sama.

2 comments:

  1. kak sally punya mmg abang je yg uruskan...selalunya kena dengar bebel jela..kahkah...center selalu mmg agak mahal sikit tapi tuu la brg dia kualiti...

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum. Bagaimana dengan kereta Puan sekarang? Lepas servis ketiga tu, memang dah tak tak pergi Service Centre dah? Bagaimana Puan uruskan?

    Isteri saya tak berapa jaga bab servis kereta Saga dia sebelum kahwin. Sekarang saya nak ambil alih, jadi serba salah nak mula macam mana dan nak bawa kemana. Saya pun tak banyak pengalaman dengan kereta. Kereta isteri saya dah berumur sepuluh tahun.

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)