Kehidupan tentang Guru Pelatih IPG dan seorang remaja perempuan.
Pages
▼
19 Jan 2016
Pergi Hospital Awal Pagi
Pergi Hospital Awal Pagi |
18 Januari 2016
0000 am - Wardah duk mencuit cuit mak yang sedang tidur sebab dah tak tahan sakit perut. Wardah dah ke tandas lebih 5 kali. Sakit yang teramat sampai tak rasa apa dah yang boleh dibuang. Pedih sangat perut. Sampai berguling guling kat lantai. Tengok mak macam penat sangat, Wardah gagahkan diri kata kat diri sendiri, jangan layankan sangat perut tu. Dan masuk bilik Wardah balik, sarung selimut dan tidur meringkuk cam tu.
0100 am - Ada kol dari luar ke telefon rumah. Guess what?? Abang telefon cakap isteri dia dah masuk hospital. Wardah cam blurr rupanya kakak ipar nak bersalin dahhh. Tak dapat nak pikir banyak, sambung tidur. Tak nak rasa sakit perut lagi.
0430 am - Kali ni mak kejut Wardah sebab cerita yang adik duk nangis-nangis kata sakit perut jugak. Mak kata adik kata kat dia yang dia gastrik. Guess what, janganla sakit pun nak sama-sama. Sweet sangat.
0500 - Dah tak tahu nak buat apa lagi. Bila Wardah bangun pun rasa nak buang lagi. Alhamdulillah bila tak fikirkan sangat sakit tu dia kurang rasa sakit. Gigih pimpin adek pergi ke kereta. Serius dia nangis. Biasa kalau lelaki ni dah nangis means sakit sangat tuuu. Kiteorang pergi ke klinik kesihatan terdekat. Nak pergi hospital jauh sangat.
Mak tanya pak guard situ macam mana ye nak pergi bahagian kecemasan ni. Pak guard kata pergi telefon no yang ada kat dinding tu. Wardah pun telefonla. Sekali kol. Tak dapat. Kali kedua. Tak dapat. Kali ketiga baru dapat. Alhamdulillah. Bagi mak cakap. Sebab Wardah cakap kang kalut kalut je.
Wardah tak tahu tu doktor ke pembantu yang MA tu ke. Dia keluar dan buka pintu bahagian kecemasan. Wardah pun bawa adik masuk dalam. Pimpin dia. Wardah tu pun rasa nak buang lagi. Pergila toilet lagi. Adik kene enjet ubat tahan sakit dengan minum ubat gastrik tu. Satu cup kecil dia minum. Kene enjet kat tgn dia tu.
Kiteorang duk risaula sebab dia tengah practikal kat Petronas tu. Huhu. Kang kene pape plak kang. Kang payah. Lepas tu, MA tu cakap kalau tak baik lagi kene pergi pagi nanti. Kat klinik kesihatan ni. Lepas tu kiteorang pun balik.
0600 - Adik duk sambung tidur, bergolek dalam bilik, tahan sakit. Wardah biarkan aje dia. Wardah plak pernah teringat mak ade pesan kalau sakit perut macam tu buat teh pekat. Wardah pun buatla teh pekat tanpa gula. Huuu kelat rasa. Sebab tak tahan sakit dan rasa nak cepat baik perut tu tu yang buat tu.
Wardah duk lepak-lepak dengan mak dekat depan rumah. Duk wasap abang tanya pasal baby. 6.30 dah masuk labour room, kul 7.10 pagi macam tu dah bersalin.. Alhamdulillah. Baby boyyyy.. Wahh memang excited gilerrr jadi mak ngah. Dapat anak buahhh. Hilang sekejap rasa sakit perut. Baby berat 2.44 kg. Kecik je baby dia. Alhamdulillah semua selamat.
1000 - Siap-siap nak pergi klinik kesihatan. Alhamdulillah Wardah boleh drive dan dah makin pulih. Tapi mak ajak pergi sarapan dulu. Adik tetap macam tu, duk dengar dia muntah-muntah dengan tengok dia duk beeguling tahan sakit. Tak pergi praktikal la hari ni. Pergi sarapan. Mak aje makan. Wardah dengan adik minum air je sebab tak ada selera kowt. Wardah minum air milo adik teh o ais.
1100 - Dekat je klinik kesihatan dengan warung tadi tu. So, lepas makan semua, pergi klinik kesihatan. Kerajaan je wak. Hee. Bagi ic tunggu nama kene panggil. Wardah dengan adik. Kene bayar RM1. Dah dapat nombor, menunggulah kita kene panggil dengan doktor. Tunggu dan tunggu. Nombor adik 3190, Wardah 3191. Haha. Duk melihat ragam orang-orang dalam hospital, duk tunggu dan tunggu nombor kene panggil. Biasalah tuuuu. Sebelum kene panggil dengan doktor, kad rawatan kita tu kene bagi kat kaunter perjanjian asenya. Ada nurse yang akan check blood pressure dengan suhu badan kita.
1220 - Nama kene panggil untuk check blood pressure dengan suhu badan. Adik lepas dah sebelum Wardah. Tungguuu. Hhaha. Duk main dengan baby humairak aje.
1310 - Nama adik kene panggil lepas dia Wardah pula. Wardah cakapla kes sama macam adik cuma saya c**** dan ase pedih selepas tu. Doktor pun terang sikit pasal gastrik, tak boleh makan pedas, kalau tengah c****, tak boleh minum susu. Kalau gastrik ye, tapi bukan susu panas kene susu sejuk. Kalau c**** juga awak buat teh pekat awak minum. Wardah pun dengar je penjelasan doktor tu.
Dan Wardah pun ambil kesempatan tanya pasal pipi yang ada ketulan kecil tu. Dia kata nanti dia akan kecut sendiri. Sebab Wardah risau juga sebab dah lama. Adakah dia cyst tu doktor, doktor cakap kalau ye awak kene buat operation nanti. Gitulah yang Wardah faham. Dia kata biarkan aje dia mengecut. Nanti nak tanya doktor lain plak la.
Lepas tu kiteorang ambil ubat kat bahagian farmasi dan mak pula rasa nak cabut gigi sebab gigi dia rasa sakit lepas tu berdenyut-denyut. So ada masa lagi. Ada bahagian pergigian mak kata bukak lepas pukul 2 petang. Kami pun pakat nak pergi bahagian pergigian kat tingkat atas. Adalaa dalam setengah jam lagi.... Kami pun naik dan saja nak lepak situ. Masa tu cerah la lagi. Memang tak ada orang lain pun kiteorang je. Last-last tiba-tiba gelap. Mak stil sengih je la. Tabah betul mak Wardah ni. Huhu. Wardah pun tahan je sabar. Ehhh. Tak nampak ke orang ada kat situ. Ade 4 ketul manusia duk ada kat situ. Huhu. Last-last mak kata tak jadilah nak, jom balik.
Lantak ko lah wahai doktor, kalau nak kami pergi pun boleh cakap proper kowt. Dahla mak Wardah kowt, orang tua, hormatlah sikit. Haisyhhhh. Geram. Ingat saje je ke nak lepak situ. Nak bagi ko kerja juga. Huhuhu. Biarlah. Lepas tu keluar dengan rasa macam tulah..
Wardah dapat ubat ni. Adek dapat ubat gastrik yang botol putih untuk gastrik. Alhamdulillah hari ni bertambah baik sikit. Minum yang paket oren tu kene bancuh laa sebab rasa perut pedih dan bisa lagi. Sekali tengok cepat betul kesan dia. Huhu
Kene jaga makan dah lepas ni. Memang kami adik beradik ada makan masak asam pedas sehari sebelum tu. Memang pedassssss sangat-sangat tapi siyes SEDAP.
Lagi pulak mak yang buat. Tu yang bertambah-tambah bila makan. Wardah makan dalam 3 ke 4 kali jugakla. Adek makan tengahari dengan malam lauk tu. Tu yang dia lambat sikit tu terkesan. Wardah makan tengahari, petang dengan malam. Huuu. Tu yang meletop letop tuu perut. Mak pun dah pesan dah lepas ni tak boleh makan pedas dah. ==" huhu. Kadang-kadang tu je yang selera pun macam tom yam, asam pedas, sambal ayam, huhum kena buat tak pedas sangat dengan manis. Hahah.
Tu je dapat cite. Hari ni pun ada kisah. Kisah apa? Nanti Wardah update. Insya allah.
Get well soon wardah dan adik. Tahniah dah jd makngah.
ReplyDeleteTenkiu sis.. Alhamdulillah ^_^
DeleteGet well sooon :(
ReplyDeletehihi. Amboi. Kemain ye mkn asampedas hiks.
Tahniah jd makngah!! aaa jeles nyaaa aaaa hahaha
Tenkiu qilahhh. Alhamdulillah duk makan ubat je. Hihi isnya allah makin baikk.
DeleteSedap sangat qilahhh tula pasal.. Heee
Terima kasih qilahhh. Nanti giliran qilah plakk ke hihi
semoga cepat sembuh nessa... teruk tu gastrik... kak ekin pun ada minggu makan pedas byk terasa tak sedap perut dah ni...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh dua-duanya...mmg kalau dah sakit banyak betul nikmat Allah tarik
ReplyDeleteOhhh gastrik rupanya. Kita dok la memula tu syak food poisoning hahaha. Hmm get well soon both of you =)
ReplyDelete