Pages

18 Feb 2016

Resepi Strawberry Smoothie

Resepi Strawberry Smoothie  | Hai semua, hari ni Wardah nak share satu resepi. Haha. Jarang nak share pasal resepi ni. Huk3. Tak apa, slow-slow kita belajar. Keh keh keh. Insya allah. Ni balik dari teman mak, terus buat..

Hari ni pergi teman mak ke family store, shopping barang-barang dapur dan ni lah yang paling dekat dengan rumah, jauh sikit adalah econsave dalam 20 minit. Family store ni 5 minit je boleh sampai.Akhirnya, gatal tangan juga ambil buah-buahan sebab teringat doktor pesan ritu supaya ambil banyak serat dalam makanan. Kene makan banyak sayur, buah-buahan. Haa, saya dengar cakap doktor ni. Hihi. Cerita pasal doktor tu nanti kita cerita lain. Hahahaha. 
Jom. Panjang sangat plak nak masuk resepi strawberry smoothie ni. 
Ni bahan-bahan utama 
15 biji strawberry
Setengah cawan yogurt
Setengah cawan susu cair
Kiub ais
2 sb gula

1 sd esen vanilla..(yang ni Wardah tak letak pun)

Susu cair tu susu minum Wardah buat, susu tepung, mungkin korang boleh buat guna susu pekat tu..Wardah dah kurangkan guna susu pekat dalam minuman..Tak taw kenapa. Bolehh plak annn. 

Cara buat: 
1- Letakkan semua bahan-bahan dalam blender.
2- Blend sampai sebati.
3- Siap untuk diminumm.. 

Boleh letak strawberry sebagai hiasan, ataupun whipping cream kat belah atas minuman.. 

Taraaa!! 

Haaa, Wardah tak rajin nak hias dan guna cawan cantik. Sebab masa tu fikir  nak minum jee... hihi

Alhamdulillah suka sangat, perut rasa kenyang je dan lawas jee. Takla sembelit..tapi memang betul pon..maaflah cerita kat sini, siapa ada masalah sembelit boleyh minum, nak cantik ke. Ceyh. 

Itu sahaja. Jom minummm. 

7 comments:

  1. lebih kurang macam aisblend la kiranya kan..beza dia cuma ini pakai buah strawberry kan.. mesti lagi sedap kan :)

    ReplyDelete
  2. lagi elok buat sndiri..sbb kita tau kandungan nya apa...sgt healthy.. i bagi 10 bintang

    ReplyDelete
  3. ok thank u so so so much imma do this this weekend hihihi

    ReplyDelete
  4. tapi tak mnat sgt strawberi ni. huhu

    ReplyDelete
  5. best minum ni sambil layan movie. hahaha

    ReplyDelete
  6. Weheyyy sedapnyaaa. Teringin pulak nak mium sejuk memalam ni hahaha silap baca entry gini memalam TT_TT

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)