Pages

16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016

Selamat Hari Guru 2016 | Pada hari ini ialah tanggal 16 mei 2016 adalah tarikh yang dinantikan buat rakan-rakan guru. Walaupun disekolah ternyata guru yang membuat persediaan untuk menyambut Hari Guru ini, sebagai seorang guru mereka tidak kisah berkorban. Demi karier dan demi anak murid yang ingin menyambuttnya bersama. 

Selamat Hari Guru 2016
Sebagaimana biasa paling tidak pun para pendidik akan mendapat hadiah daripada anak murid mereka, tidak kiralah ucapan  pun sudah cukup memadai. Ucapan daripada anak-anak murid sudah menunjukkan ingatan mereka tentang jasa guru dan seorang guru pasti sangat menghargainya. Sebagai seorang guru, apa yang menjadi perhatian utama ialah keberhasilan didikan yang telah diajar kepada semua anak-anak didiknya. 

Jika berjaya itulah dirasakan saat yang paling manis dan indah jika peningkatan yang berlaku kepada anak-anak murid yang diajar pasti membuahkan senyuman dalam diri seorang guru. Alhamdulillah.  Andai tidak berjaya, seorang guru pasti tidak berputus asa memberi galakan kepada anak murid supaya sentiasa berusaha, berusaha dan berusaha dengan gigih kerana itu sahaja jalannya untuk kekal berjaya. 
jasa guru
Dengan ini, saya bakal pendidik mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua para pendidik di dunia.. jasa guru tidak ternilai lebih-lebih lagi kepada insan yang menjadi pendidik sejak lahir lagi iaitu Puan Rohani binti Abdullah, dan Encik Md Shah bin Samat. Kehadiran ibu bapa sebagai pendidik yang paling besar jasanya dihati ini.. terima kasih emak dan ayah. 


Setulus ingatan Wardah menujukan Selamat Hari Guru kepada semua guru, pensyarah, bakal-bakal pendidik, rakan-rakan yang sudah bergelar guru di:  

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMUNTING, PERAK
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, MELAKA
SEKOLAH AGAMA SUNGAI UDANG MELAKA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHARIFAH RODZIAH, TELOK MAS,MELAKA
KOLEJ MATRIKULASI GOPENG
IIUM, PJ
IPG KRM, IPKB 
RAKAN-RAKAN GURU 
SK BUKIT BERINGIN, MASJID TANAH 
SK WAWASAN, SEREMBAN 2
SK BONGEK, REMBAU 
SK BUKIT ABAL
BAKAL PENDIDIK YANG MENGENALI DIRI INI . 
Selamat Hari Guru Tahun 2016
Terima kasih kepada semuanya yang memberikan tunjuk ajar tanpa jemu kepada diri ini secara langsung ataupun tidak langsung. Dari kecil hingga dewasa, dari gagal hingga berjaya. Maafkan diri ini andai pernah membuatkan cikgu-cikgu kecewa dengan sikap nakal diri ini. Sesungguhnya jasa guru-guru amat bermakna dalam diri ini. Buat rakan-rakan pendidik ataupun bakal pendidik, Selamat Hari Guru, moga kita ikhlas menjadi seorang guru. Mudah-mudahan kita menjadi inspirasi buat anak murid untuk terus berjaya.. !! 

Selamat  Hari Guru!! 
Pastinya hari ni adalah hari sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing.  Pelbagai tema yang dapat dilihat yang diupload oleh rakan-rakan di fb mahupun instagram dan laman-laman sosial yang lain. Gud job all teachers! For the special one.. happy teachers day. I wish sudah malam tadi. Heee. K bye! 

6 comments:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)