Kehidupan tentang Guru Pelatih IPG dan seorang remaja perempuan.
Pages
▼
24 Jul 2018
Kisah Cinta Part 1
Kisah Cinta Part 1| Hai semua. Rajin plak hari ni nak mengupdate tentang kisah cinta Wardah. Kisah cinta ku ini sajanku coretkan agar kenangan ini dapat dikongsi bersama dengan blogger yang lain.
Humm , malu pulak nak bercerita. Moga ikatan ini kekal hingga ke jannah. Moga kekal hingga ke akhirnya. We are stil learning dalam mengenali diri kami masing masing. Moga tabah dikau mengenali diri ini.
Kat mana nak mula ya. Bermulanya titik titik bibit bibit kasih kami melalui whats app sahaja. Huuu. Percayalah. Sebenarnya kami satu kampus, sama satu persatuan, tapi masing masing tak kenal secara mendalam pun. Kenal nama. Kenal gitu gitu je. Macam mana plak boleh whatsap dengan si dia?
Dulu satu persatuan dengan dia, dan Wardah penolong. Haa sejujurnya kami jarang nak berkomunikasi pun masa tu dan Wardah rasa Wardah tak aktif masa tu dalam persatuan. So Wardah memang tak up la nama masa tu. Nama dia yelah, orang yang pakar bab2 it ni.
Start dari persatuan tu kami kenal. Tapi kenal gitu gitu, tak lebih dari seorang kawan. Dia adalah senior Wardah yang salu Wardah tanya dia kalau ade pape masalah tentang sekolah ke, resume ke, dokumen ke, dan salu gak sharing tapi tak ada pun pasal perasaan pun. Banyak bual pasal benda selain perasaan, macam pasal sekolah, pasal praktikal, pasal kerja. Dia pulak suka bercerita pasal sekolah dia. Share pengalaman dia. Even pukul 2 ke 3 pagi ade juga wasap tapi dia tak lah ke laut cakap yang bukan bukan. Itu salah satu yang Wardah suka pada dia.
Ermm. Kami pernah menjadi kawan, mengadu domba masalah, sharing pasal gf dan bf kami yang dahulu jika ade masalah. Masa tu kami belum lagi sama2 lah. And tak pernah nak ambil tahu dia single ke tak. Duk mencarikan jodoh untuk kazen dan kawan je masa dia duk mengorat ni. Tak terpikir pun pasal diri sendiri. Haha.
Kami pun lama lama berkawan dan jadi lebih dari seorang kawan. Rupanya dia dah menaruh hati pada Wardah. And guess what, Wardah pun juga merasakan perasaan tu. Yes, jatuh cinta tu memang Wardah sangat takut. Yelaahh, Wardah pernah bercinta hampir 6 tahun dan pelbagai masalah suka duka lalui masa tu tapi putus kerana laki tu yang curang. Kononnya Wardah deserve sumone yang lagi baik daripada dia. Alhamdulillah, memang ku temui seseorang yang lebih baik daripada dia. Mudah mudahan dialah orangnya.. permudahkanlah urusan kami ya Allah.
Setelah berkawan dan mula mengenali diri masing2 dengan lebih rapat, si dia berhajat nak berjumpa dengan mak Wardah. Pada tarikh kami pun set satu pertemuan. Dan buat pertama kalinya dia datang ke rumah. Dan memang sangat sangatlah berdebar. Dia pun tak menyangka yang dia seberani itu untuk berjumpa dengan mak Wardah untuk ajak Wardah keluar.
ok, entry ni dah lama di simpan.. dah kahwin dengan si dia dah pun.. ok nanti nak continue..
Kak wardah dah kawen!! Taaaahniaaaaaaaah. Moga mendapat keluarga yang bahagia sampai sorga :D
ReplyDelete