Pages

17 Feb 2014

Pengalaman Bekerja II

Hai,jom sambung pengalaman bekerja II, yang pertama leh baca kat pengalaman bekerja I . Bekerja partime, keje separuh masa aje. antara kerja-kerja yang pernah aku buat, 

ambil upah bersih umah pensyarah, ade dua orang. sorang aku ambil upah sebab due to her condition yang tidak boleh buat kerja berat2. Second, iaitu pensyarah yang lain ini pula, sebabnya dia nak sambung master ke Phd, Dia kata sebab dia kesuntukan masa nak buat kerja2 rumah..

Hasil upah yang dapat bolehla buat belanja tiap-tiap minggu. Walaupun sikit tapi berbaloi jugak, kira duit upah itu sebagai duit emergency masa kat tempat belajar. Penat pun penat jugakla, disebabkan nak duit punya pasal masa tu, terpaksalah buat ^^,

Pengalaman bekerja yang seterusnya ialah :

CASHIER


Cashier


aku bekerja partime CASHIER nie, masa cuti sekolah hari itu. 

Pada mulanya aku agak lembap dan slow sebagai cashier. Jujur aku katakan aku agak lambat berbanding trainer2 yang lain. Aku masuk dengan ramai bebudak baru yang lain. Nak dijadikan cerita, bila budak-budak lain dah boleh buka kaunter, aku masih kene train. Huuuu. Ada cerita disebaliknya. 

Ni yang nak ngadu ni, Aku dapat senior cashier yang baik dan ok je. Cuma dia ajar secara overall. Dia cerita everything but tak try aku step by step. Mungkin bagi yang mudah faham, cepatla dia belajar. Macam aku, aku perlukan train banyak sikit. hihi. First day dia dah ajar macam-macam. Kepala aku macam boleh terima, atau tak boleh terima. 50-50. Aku pun fikir, esok insya allah train lagi. 

Hari kedua, pada pemikiran aku, aku akan kene train lagi memandangkan aku masih keawang-awangan bila duduk kaunter. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Aku kene masuk kat bahagian department. Department ialah bahagian barang-barang. Bukan bahagian cashier. Hmmm. Aku dah agak, mesti kene buli. Sah-sah aku tak belajar ape pun pasal cashier hari kedua ni. Aku kene wat shelftag yang banyak. Shelftag ialah tanda harga pada barang-barang. Barang tiada tanda harga, aku kene buat dengan kawan aku yang juga ialah trainer cashier. Mula-mula agak susahla nak buat shelftag sebab tidak tahu. Lama-lama senang. Kerja shelftag ini kerja bahagian budak-budak department. 

Hari ketiga,  kawan-kawan aku dah terer buka kaunter dah. Walhal aku nak disuruh buka kaunter memang tak dapekla. Hari kedua tu, kejap-kejap je masuk kaunter. Tu pun tolong packing barang je. Shelftag tak siap mana boleh masuk kaunter. wuhuuu. T.T

dan disebabkan aku masih tak boleh buka kaunter lagi. hemmm. aku kene train balik dengan seorang senior lain pulak. Aku terima sebab akak ni train aku betul-betul. Step by step taw. Alhamdulillah, belajar ngan dia, aku kasi A+ untuk cara dia mngajar aku. Complete and details sangat. :D Dia kata, akak pun jenis lambat macam awak, jadi akak faham perasaan awak. hiho. Semangat aku datang bila dia cakap macam tu. Alhamdulillah, lama-lama aku mahir dan dia pun kata wat slow-slow je kalau takut salah. Lama-lama nanti kita mahir baru dapat buat laju-laju. 

First bila jadi cashier paling banyak kene bersabar dengan kerenah customer, macam-mcam ragam. Pastikan alert dengan barang yang dia nak, dengan barang yang dia tak nak, sebab ada customer yang tak jadi ambil barang dia akan bagitahu, "dik, barang ni akak tak jadi ambil, maaf ye." Pastikan juga barang dia sampai mana, dan ringan-ringankan tangan letak NEXT CUSTOMER agar ade pembahagian antara barang-barang customer yang sedang bayar, dengan customer lain. BIL LAIN-LAIN pun kene alert !! ;)

Cashier kene laju kira duit. Pastikan duit yang kita kira kene kira betul-betul. Jangan pandang sebelah mata aje, sebab kemungkinan kita short atau over adalah tinggi bila pandang sebelah mata. *Haa, aku dah pernah kene* Kira duit kertas dahulu, baru kira duit syiling. Pastikan duit kertas tu tak melekat especially duit seringgit. 

Cashier jugak kene sentiasa senyum dan semangat buat kerja. Baru customer pun mesra dengan kita. Tak kekok dengan kita. Biarpun masa tu, hari tanpa plastik. haa. yang ni yang pening. kihkihkih. Macam-macam ragam customer masa ni kita dapat lihat. nantikan entrynya. :D

Cashier kene amanah sebab kita bermain dengan duit. Selain itu, kerja pun hendaklah pantas dan berfokus. Penat jangan fikir sangat. hihi. Rehat nanti tidur la sepuas-puasnya. haha. Apabila ada masalah dengan kaunter, jangan malu-malu panggil supervisor kita. Kalau kita duk tercengang habislah customer beratur panjang dengan macam-macam muka tak ke gerun kita? haha. Ingat tu.

Lastly, sila ada buku nota untuk salin apa-apa barcode atau sku barang. Penting sangat-sangat. Itu sahaja buat masa sekarang. Kalau ada cerita lagi, nanti aku update. Aku pun taklah mahir sangat pun jadi cashier. Pengalaman selama 8 hingga ke 10 bulan tu ada la jugak. ^^,

haa, lupa. dalam masa 3 hari, dapat baju, dan dah kene bukak kaunter kalau dah yakin laa.

Gaji cashier? Basic RM900. Elaun tambahan biasanya ada . If ada dapat dalam 1k sebulan. ^^

cashier


siapa ada pengalaman lagi? jom cengita. ^^

jom baca sini cerita yang best pasal cashier ^^

5 comments:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)