Pages

17 Dec 2014

Bila Kucing Mimoku dibawa Berjalan, Apa yang JADI?

Hari tu ada bercerita tentang keadaan Mimo yang membimbangkan. Tak tahu? Boleh klik SINI kenapa Mimo jadi begitu. Kan Wardah ada cerita tentang Sabtu dan Ahad yang lepas di SINI . Masa pergi sana tu, Wardah dan family putuskan untuk bawa MIMO sekali. Sebab keadaan dia yang tidak mengizinkan. Takut tinggal kat rumah nanti tak ada orang yang nak tengok-tengok dia. Tu yang ajak bawak pergi sekali tu. Haaa, nielah first jalan dengan membawa kucing. Sebelum ni memang tak pernah bawa binatang apa-apa pun. 

Bila kita nak jalan jauh-jauh, kene bawa sangkar jalan-jalan dia. Wardah punya warna hijau putih. 
sangkar travel kucing

sangkar kucing dan anjing untuk jalan / travel
Masa pergi veterinar, masa nak bawa jenjalan gunakan sangkar warna hijau putih ni. cantikkan warna dia? hihi, Wardah yang pilih warna ni memandangkan Mimo ni jantan. Takkan nak pilih warna pink. hoho. Mimo diletakkan dalam sangkar inilah sebelum kami semua bergerak dalam kereta. Bawa sekali tempat najis sebagai emergency jika Mimo nak buang hajatnya. kikikiki. 

Pasir najis dia kali ni memang tak ada bau. Nanti Wardah review barang-barang yang digunakan untuk pelihara kucing. Dah sumbat ssemua barang dalam kereta, Mimo pun dah masuk sekali.Tapi letakkan dia kat belakang seat. Kalau nak letak dekat bonet takut dia tak bernafas pulak. Lol. Mai tengok kucing duduk dalam sangkar ni.

Kucing Parsi masuk sangkar
pandai Mimo berlakon eh. segala gambar baru diambil tadi. Gambar masa nak gerak tak sempat ambil. Masa pulak lepas subuh gerak hari tuh. 

Kucing landing dalam sangkar
inilah Mimo. kucing manja pujaanku. hihi. gambar masa letak kat dalam kereta tak ambil sebab bizi sangat nak gerak, angkat barang semua. Gud Job Mimo! pandai dia duk landing, macam taw kita nak ambil gambar dia. lol.

Kucing masa kita bawak letak dalam kereta ni, memang dia asyik mengiooowwww aje. Mungkin keadaan dia yang tak bebas, kejap brek sana, brek sini buatkan dia pening. Tu yang asyik mengiowww aje kijeenye. Tak lupa, makanan dia jangan lupa beri kat dia, tak adalah dia lapar tak makan. Masa bawa dalam kereta ni, Wardah tak dapat nak tengok-tengok sangat sebab Wardah drive. Adik-adik dengan mak pun tak dapat nak layan sebab atas riba dorunk setiap seorang ada barang special untuk kenduri tu. Jadinya bila ada masa, Wardah usik-usik kat pagar je la tangan kat belakang seat, kacau-kacau dia. Kadang-kadang mengantuk, mengiowww sekalilah. hahaha. lol.

Kami singgah kat perhentian RnR Seremban. Bukakan sikit ruang kat tingkap, biarkan untuk Mimo bernafas sikit. Ni mak yang suruh, Wardah buat aje. Naseb dia senyap je masa tinggalkan dalam kereta tu. Tak adalah mengamuk ke, berak banyak-banyak ke, memang bijak Mimo ni, faham manusia. *puji kucing sendirilaaa* haha. Tinggal dia dengan makanan dia mana tawu dia lapar kan. 

Sampai aje key-el, key-el lah sangat, bawa semua barang naik rumah sedara Wardah, bawa sekali Mimo ni. Sampai kat rumah tu, risau jugak kat Mimo ni, kucing tengah tak sihat takut dia tercirit ke terkencing ke. Alhamdulillah, dia tak buat semua tu, tapi tetap risau, takut dia sembelit ke, ape ke kan. Alhamdulillah, dia pun tak banyak buat perangai. Jumaat dengan Sabtu memang tak buat perangai sangat. Dia memang ada mengiow, bila mengiow je kami keluarkan bawa jenjalan sekeliling rumah. Tapi as tetamu kami takut jugak kalau-kalau tuan rumah tak suka sebab kami menumpang. Jadi bawa jalan tu pun sekejap je. Sian Mimo. Bosan dan sunyi je dia. 

Kucing Parsi sunyi
pandai Mimo menunjukkan rasa sunyinye. 

Kucing Nak Bebas
pandai Mimo berlakon. hahahaha. Gambar ni baru ambil tadi. Gambar kat rumah sana semua tak ambil, sebab tak menyempat sebab sibuk dengan kenduri. Balik penat tidur. hhu.

Bila masuk hari Ahad je. Mula buat perangai. Sabtu malam tu dia asyik mengiow je. Kesian sangat kat dia masa tu, nak bawak keluar dia dah kencing dalam sangkar masa kami tak sedar tapi dah lap-lap badan dia dengan air bersih. Takut orang rumah terganggu je bila bawa keluar. Huhu. Orang rumah ada budak kecil seorang. Takut mamanya marah nanti sebab kebersihan ke alergic ke, kita mana tawu. huhu. T.T Mimo mengiow dan mengiow. Tak dapat nak buat ape, terpaksa kurungkan dia. Sebenarnya dia nak lepas dan bebas. Bila buka lubang atas sangkar tu asyik-asyik keluar kepala dia. huhu. Kesian dia. Macam terseksa je bila tengok dia. Rasa macam jahat sangat. 

Hari Ahad pun dia asyik mengiow aje. Kami tak kurung 24jam. Kadang-kadang adik kembar saya tu ada bawa keluar ada bagi makan, Wardah memang tak larat nak layan kucing sangat masa tu. Lepas manghrib kami gerak balik. Sabarlah Mimo, kejap je nak sampai rumah. Bila sampai je kat rumah, bila masukkan dalam sangkar rumah dia semula, senyap dia. Jalan ke sana, ke mari, macam nak bau balik rumah kesayangan dia tu. Dia minum air sampai suku air dalam bekas minuman dia. Wardah rasa mungkin sebab penat mengiow tu yang dahaga sangat tu. Dia pun dah makin sihat. tak sakit-sakit. Lincah je lepas tu. Alhamdulillah. Nanti Wardah cerita macama mana Mimo makan ubat. 

Itu sahaja ceritanya tentang Mimo atau kucing bila dibawa berjalan. 

5 comments:

  1. kucing sis klu ikut balik kg , dok atas dashboard . bkn seekor tau tapi berekor2 . anak2 buah lah yg dok menjaganya ... setakat ni blm jumpa pak polisi lagi ...

    ReplyDelete
  2. Walaupun akak takut kucing tapi kucing ni adalah comel...

    ReplyDelete
  3. Hehe. Warna Mimo nmpk mcm warna bulu Nikki je. Comel Mimo

    ReplyDelete
  4. tetibe rindunyaa my cat kat rumah mertua skrg ni.. =( selalu memg bawak dia pegi mana2..balik kg pon die ikut.. since ada anak, x dpt nak bela kucing sebab rumah xde tanah.. kang bulus2 melekat kat rumah, takut anak allergic..

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)