Main pun main menggunakan tangan dia je. Dia tak lincah dan asyik duduk aje. T.T Main dengan keadaan baring sebegitu. Badan pun dah makin kurus sikit. T.T Selera makan pun dah berkurang.
Lepas main-mainkan Mimo dengan bola pinpong tadi dia macam tak ada mood lagi nak main. Mimo pergi depan pintu tandas. Mula baring dan termenung ke depan. Menapakla macam tu.
Kami sefamili pun dah mula risau, tak pernah tengok dia tak lincah dan asyik menapak kaki macam tue aje. So, petang tadi Wardah dengan abang bawa pergi veterinar / klinik haiwan. Ada member Wardah pernah kata, nak tahu kucing tu sakit ke tak tengoklah najis dia. If cirit birit tu maknya tak sihatlah dia. Memang seminggu ni Mimo asyik buang najis cirit birit.
Tadi dah bawakan dia jumpa doktor haiwan. Doktor bagikan dia vitamin dan ubat cirit-birit
Esok baru boleh bagi dia ubat. Huuu. Sebenarnya Wardah terfikir macam mana nak bagi dia makan ubat ni esok. UWaaa. takut dia gigit dan nak lepaskan diri dengan tolak guna kaki dan tangan dia. Tak pela, esok punya cerita nanti kita setorii.. okey?
Faktor Kucing Cirit Birit :
Jika sediakan makanan basah untuk kucing, jangan biarkan makanan dia terdedah. Bila terdedah akan membahayakan pemakannya sebab kita tak tau apa yang akan hinggap kat makanan yang terdedah tadi.
Perubahan makanan kering ke basah. Mungkin makanan tu tak sesuai dengan kucing ataupun dia mungkin ada alergic.
Kebiasaan kucing akan cari ubatnya di kawasan yang berumput, jadinya biasakan kucing anda bebas waktu pagi ke petang ke di halaman rumah supaya dia dapat mencari penawar pada diri dia dengan makanan ubatnya di luar rumah iaitu sejenis rumput. Hanya kucing yang tahu penawar buat diri dia. Nanti Wardah dah ada maklumat tentang rumput ni, Wardah akan update entry ya. Insya allah.
Mimo memang pada mulanya makan makanan yang kering. Bila stok sudah kekeringan jadinya terpaksa belikan makanan basah yang jual berpack-pack kecil tu. Sebabnya keadaan yang emergency. Bila Mimo dah selalu makan makanan basah, Wardah rasa dia dah ketagih yang basah maksudnya dah suka pada yang basah. Jadinya makanan kering dia tak berselera sangat. Wardah lebih sukakan makanan dia yang kering sebab kering tak terlalu terdedah dengan lalat sangat dan kurang bau. Bau yang kuat kadang-kadang menyebabkan lalat senang nak datang. Huhu. Tu yang Wardah rasa dia sakit cirit birit ni. Harap-harap lepas makan ubat nanti keadaan dia akan kembali lincah dan aktif seperti biasa. DOakan ya?
Sekarang terpaksalah letak dia dalam sangkar dia, sebab keadaan dia yang lemah. If asyik angkat-angkat dia pun Wardah risau dia akan jadi lebih kurus. Buat masa ni Wardah memang tak galakkan dia diangkat masuk diangkat keluar sebab keadaan dia yang lemah. Just keluar dan masukkan dia balik bila keadaan memerlukan.
Hope Mimo will be sihat dan keadaan bertambah pulih. Amin.
bai semua. Adios~
Hopefully, Mimo sihat. Btw, nak bagi ubat dekat kucing memang payah. Tapi bila dah sekali dua buat tu, okay laa :)
ReplyDeleteSiannya... Moga dia cepat sembuh...
ReplyDeleteKesiannya dia. Patut la akak selalu tengok kucing dok gigit rumput. Sakit perut rupanya.
ReplyDelete