Pages

26 Jan 2015

Istimewanya Kelantan Part 1 : Wakaf Che Yeh

Semalam punya cerita.. basi ke. huhu. cerita basi sikit. uuuuuww. Macam biasalah, tengah tak ada homework yang banyak, masa pula banyak yang terluang, kawan sekelas ajak pergi Wakaf Che Yeh. Jiran bilik yang sudah ade zauj :) Senang nak keluar bila  dah ada laki. hoho. Laki dia jadi driver. 
Wakaf Che Yeh ini ialah satu destinasi yang antara wajib pergi bila ada di Kelantan selain Rantau Panjang, Pasar Siti Khadijah, Pengkalan Kubo, dan mungkin Golok. hoho.

Hasil pertanyaan pada kawan-kawan, jika bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kota Bharu ni, dari asramanya, lebih kurang setengah jam baru sampai di Wakaf Che Yeh. Ikut pemanduan jugak kowt. Menurut bacaan Wardah pulak, dekat wikipedia mengatakan dalam 7km, ada pulak blogger yang kata 4 km jika dari Kota Bharu. 

Jom kita tengok gambar, 

Tudung bawal bidang 60
Design latest.. Bidang 60

Tudung bawal biasa bidang 45
Bawal biasa bidang 45

Pelbagai tudung di jual di wakaf che yeh
Pelbagai warna, dan koleksi tudung

pasar malam wakaf che yeh
Antara koleksi kain pasang batik

Barang-barang di pasar wakaf che yeh
Selimut, cadar yang banyak dijual. Murah-murah pulak tu

pasar malam wakaf che yeh
Macam-macam ada kan.... !!

Wardah kalau ade elaun ni, memang shopping-shopping jugakla.. hihi, memandangkan masih belum masuk, terpaksa window-window shopping dulu :) Hanya tengok aje rakan-rakan membeli, mereka ni banyak berniaga dekat dalam maktab. Tu yang dompet terisi tuuu. Terasa nak berniaga juga bila tengok sep2 saing sendiri berniaga. Join tu join sini, haha. Banyak income dorang ni. Hihi. 

Kiteorang jalan kat Wakaf Che Yeh sampai pukul 11.00 malam jugakla. Orang pun belum terasa ramai lagi. Mungkin jugak belum ada jugak yang dapat bukak kedai lagi sebabnya masih baru dalam keadaan lepas banjir. Thanks kepada rakan-rakan yang sudi bawa jalan-jalan. Dah nampak dah port mana yang murah-murah. Hoho.

p/s : Nak beli tudung!! Aishh, sabar jela belum kuar income sendiri. hho

25 Jan 2015

Berita Buat Guru & Bakal Guru : Isu Rotan


Apakah pandangan anda??

isu guru rotan murid

isu rotan kanak-kanak tidak boleh

didik anak dulu dan sekarang

hmmmmmm.... adios!

24 Jan 2015

Jom ke Pasar Malam, Jom Jom!!


Haha, teringat pulak tajuk lagu rap tu. Jom ke Pasar Malam, jom ke Pasar Malam. Haha. Petang tadi, kedai printer telefon yang printer kene buat catridge baru memandangkan catridge tu dah rosak. Patutlah tak keluar dah dakwat warna merah kuning. Kene charga RM80 sebab nak ambil yang catridge ori.Wardah takut nak ambil yang recylce punya. Kembar dan zaujnya dah hantarkan, memandangkan printer ade dalam kereta meke, jadinya tak keluar dengan meke. Hihi. Biarlah hari ini dyeorang privasi sikit. Betul tak? ;)

Elaun oh elaun, bilakah kamu kan kunjung tiba......

Memandangkan kedai baiki printer dah kol, Wardah pun cakap hendak baiki kemudian.. maknanya printer akan dapat dibaiki bila tiba elaun. Duit tinggal cukup-cukup untuk makan memandangkan tak tahu bilakah ia akan masuk. Jadinya kene ambil printer dekat kedai sana. Infinity nama kedai tu. Hari ini pula ada pasar malam. Waktu tengah menaip ni, Wardah kekenyangan. Alhamdulillah. 

Pasar malam ni kat area bandar. Dalam 5 ke 10 minit dari maktab dengan menaiki kerete prebet sapu, sampailah. RM1 seorang untuk tambang ke bandar sini. Ke PT dyeorang panggil. PT tu kedai yang bernama Pantai Timur. Pasar malam ni area PT tu la. Kedai Infinity pun area situ-situ jugak. Kire nak beli barang ke makan ke, beli dekat area-area PT ni. Pasar malam sini besar la jugak. Ada bahagian baju-baju, ada bahagian makan-makan. Belah makanan, belah atas, belah baju-baju bahagian bawah. Tak ambil pula gambarnya. Memang ramai yang datang sini. Pelajar dari UMK pun datang. Mereka lagi dekat. 

Jom kita tengok-tengok gambar.
Maaf sebab tak banyak. 

jus murah di pasar malam
Banyak pilihan air. Milo, laicikang, cendol, nyor, nenas, macam-macam lahhh. RM1 sahaja guna bekas cawan tu, RM2 plastik yang bungkus tu. Ramai yang beli air masa ni, orang semua keliling kedai. 

Pasar Malam di PT Kelantan
Ni kedai lain pula, unik tengok cucuk-cucuk tu. Biasa kat Melaka yang simple-simple je, sosej, nudget, ketam, meatball, kat sini macam-macam ada.

Wardah teringin nak makan nasi kerabu. Tetapi, dalam masa yang sama, Wardah teringin nak makan kuew tiow goreng. Kuew tiow merupakan fave Wardah, tapi kecur air liur bila tengok kuew tiow, jadinya tak jadi beli nasi kerabu, beli kuew tiow je. Lain masa kite cuba nasi kerabu! Hihi

Kuew Tiow Goreng Faveret
haaa, nilah my faveret. Tengok orang yang goreng tu macam sedap je. Alhamdulillah sedapppp, kenyang sangat!

Hari ni tak banyak setoriii sangat. hihi. Wardah fikir macam-macam kowt. Minggu ni minggu terakhir kelas, Wardah praktikum mula 1hb Februari nanti dan akan berakhir 30 April nanti. Masa ni kami kene buat cadangan penyelidikan tindakan masa kat sekolah tu. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Doakan ya! :)

Adios!

p/s :  Nak setelkan kerja yang belum siap. Nak basuh baju. Lipat baju. dll. 

23 Jan 2015

Jumaat Outing's With Kembar!


Alhamdulillah, dalam pukul 7 lebih tadi, Wardah dah selamat tiba kembali kat IPKB ni. Banyak ke Wardah shopping? Amacam best tak keluar dengan kembar dan zaujnya? hihi .

 Dalam pukul 3 petang macam tu, dyeorang pun datang. Wardah dah siap-siap angkat printer bawa pergi kat Mak Guard. Tunggu mereka kat sana ajelah. Ingatkan boleh letak barang sementara tunggu dyeorang datang, nak letaklah kat Mak Guard tu, tapi tak boleh. Bukannya Wardah nak biarkan barang dekat situ, Wardah just nak tunggu kat Mak Guard dan letak kejap je barang. Huh. Tak boleh. Tak apalah, bawa diri kat tepi asrama jelah. 
Bila dyeorang sampai, Wardah pun pergilah dekat kereta dyeorang. Macam-macam perasaan ade. Yelaaaa, menumpang orang kan. Nak beli barang-barang, nak pergi sinilah, pergi situlah. Haishhh, segan deh. Dekat sini Wardah tak bawa pun kereta Wardah. Tinggalkan dekat Melaka. Sebabnya takut Wardah cuai masa bawa kereta ke sini. Takut mengantuk, takut Wardah accident teruk macam dulu.. Tak tahu? Boleh semak gambar kenderaan tu di SINI
Jalan ke kereta dyeorang, alamak, nampak dah bayang-bayang suami kembar. Malu--maluuu.. Nak menumpang ni.. Kembar keluar dan bukakan pintu dan Wardah pun masuk. Letak printer semua. Mula-mula Wardah banyak senyap jugakla. Tak tahu nak cakap ape. Tapi dyeorang berdua ni rancak berbual, just dengar-dengar ajelah. Kembar Wardah ni, memang banyak cakap, tapi sopan aje bahasa dia. Wardah suka dengar. Bayangkan orang Sabah yang fasih cakap longat Kelantan. Kahwin pula dengan orang Terengganu. Selalunya, suami dia datang hujung minggu untuk jumpa dengan dia. Sweetkan? 
Hari ini pergi ke Tesco, pergi ke KB Mall dan pergi ke IPKB semula. Wardah shopping barang-barang keperluan aje. Maggi, Kuew Tiow Pama, fail, pembalut hadiah, Mee Sedap, Biskut Cracker Sandwich. Buat bekalan sementara elaun belum keluar. Bayangkan nak berpraktikum tapi duit tengah kering?? Hurmm, sabar ajelah, kekalkan minda positif sahaja insya allah semuanya baik-baik aje.. 
Kad Manila, Pembalut hadiah, fail, pen warna warni - nak jadi cikgu kan

Makanan bekalan cukupla kowt sementara tunggu elaun masuk. kekekeke. Alhamdulillah ada bekal.

Kembar dan suami dia sangatlah sesuai bersama, tapi biasalah suami isteri muda ni, ramai orang ingat diaorang ni kapel kowt. Haha. Sebab muda sangat. Tak ambil pun gambar dengan dyeorang, segan. Hihi. Kembar ni ialah classmate Wardah ye, bukan kembar betul. Orang di sini yang katakan muka ada iras-iras. Wardah rasa biasa sahaja. Huhu. Sambung, masa dekat Tesco, ada jugalah beli sushi, sebagai alas perut pagi tadi tak makan, hoho dan kiteorang makan dekat KFC kat KB Mall. 
Makan dan makan. Kat bilik masih ada lagi seketul ayam dan cheezy wedges yang belum di makan. Hoho. Wardah ingatkan kembar beli snack plate untuk dia sorang sebab ade dengar kata asben dia nak makan beger. Haha. Ingat Wardah bolehlah makan sensorang jugak sampai habis. Rupanya kembar makan dengan asben dia. Laju je habis. Hahahaha. Last-last Wardah bungkus cheezy wedges tue. Hihi. Malam-malam kang laparrrr lah tu. Tak habis makan sebab dah kenyang.. Haha.
Esok pun keluar lagi dengan mereka. Pergi hantar printer. Repair. Haish. Baik betul mereka berdua ni. Rasa dah mula terhutang budi pula. Hanya Allah sahaja yang boleh balas budi baik mereka berdua ni. Lepas tu masa nak hantar Wardah semula dengan asrama, dyeorang ceritalah minggu depan nak ajak Wardah pergi pantai. Nanti nak dekat raya ajak pergi shopping Wakaf Che Yeh. Alhamdulillah sebab Allah hadirkan mereka dalam hidup ini. Sebak. 
p/s : Semoga pertautan ini akan kekal sampai bila-bila. Love you kembar!

Kelebihan Kahwin di Usia Muda

Kelebihan Kahwin di Usia Muda | Kenapakah terfikirkan tajuk ini waktu ni. Haha. Sebenarnya masuk-masuk je belajar dekat sini bila tengok ramai sangat pasangan yang sudah halal ni membuatkan Wardah rasa teruja tengok pasangan halal ini. Mereka berjumpa dengan kehalalannya sebagai suami isteri yang sah. Tak adalah nak kata mereka menunjuk-nunjuk, kiranya macam sweet la bila kawan-kawan yang sebaya kita ni dah kahwin. Elak dah buat maksiat tak elok semua tu. 

Banyak kelebihan yang Wardah dapat tengok bila kahwin di usia yang muda. Hingga sekarang pun, ada je pasangan suami isteri which is my classmate ni yang baru je nikah bulan 12 yang lepas. Mudahkan urusan perkahwinan mereka? Mungkin lah ramai yang akan kata memang budaya orang sini kahwin awal, memang budaya orang sini memudahkan perkahwinan. Setuju jugak dengan kenyataan tu. Para ibu ayah mereka memudahkan urusan anak-anak mereka. Alhamdulillah, tumpang gembira buat pasangan-pasangan ini. :)

As long sejak bergaul dengan rakan-rakan yang sudah berstatus puan ni, ada jugak yang share-share macam mana mereka ni boleh berkahwin. Ada yang dah ada baby dah taw! *Suprise* Bayangkan ada baby and still futher study? OMG. Banyak tanggungjawab tu, memang respectlah pada mereka. Mungkin mereka ini dah bersedia untuk menerima tanggungjawab tersebut. Ermmm, terfikir-fikir pulak, ada kemungkinan Wardah belum lagi kerana belum bersedia untuk pikul tangungjawab-tanggungjawab besarrrrr tu? Mungkin juga, belum tiba masanya.. Nak buat guane? Bersabar 
sahajalah. Hoho. Belum ada rezeki lagi ^^
gambar kahwin muda
Blogger yang sudah berkahwin. Muda jugak taw ! Dena Bahrin :)

1. Sebagai seorang perempuan yang sudah berkahwin, tanggungjawab dah berada pada bahu suami. If berlaku apa-apa masalah, suami boleh jagakan sebab suami yang paling hampir di tempat belajar. Contohnya macam sakit ke, suami boleh bawa pergi ke klinik. Mungkin mak ayah jauh dari tempat belajar kannn. Masa tengah stress ke, ada masalah ke, boleh luah kepada suami tercinta.

2. Suami isteri satu kelas bebbbb. Apa yang bestnya? Haha, Waktu presentation atau waktu beri pendapat dalam kelas, masa inilah nak tunjuk terror pada isteri. *yang ni berlaku semalam, sang suami siap nyanyi2 lagi* Wardah tengok rakan Wardah yang kat sebelah ni dah tersipu-sipu malu dah.. hoho

3. Bila balik kampung, keselamatan terjamin. Atau hendak pergi ke mana-mana sudah berteman, jadinya suami menjadi penjamin keselamatan buat si isteri. Mungkin juga tak adalah dengan adanya suami boleh dikatakan selamat daripada apa-apa musibah, tapi sekurang-kurangnya tidaklah diganggu oleh orang-orang jahat. Lagi-lagi bila dah duduk jauh dari kampung kan. *Wardah tak berani nak keluar sorang-sorang, sekarang pun nak keluar berteman dengan kawan-kawan, takut dengan dunia sekarang*

cincin emas kahwin cantik
4. Kebiasaannya di sini, perkahwinan dibuat dengan acara akad nikah dan sedikit kenduri, apa yang kita maklum, tiada pinjaman atau loan yang dibuat ribu-ribuan which is jalan selamat sebagai pembinaan masjid/baitulmuslim tanpa hutang. Ada juga tanya-tanya kembar berapa dia habiskan untuk kahwin mereka, dia jawab 6k ke 8k. Tak adalah berpuluh-puluh ribu. Nanti berhutang sebab kahwin, lepas kahwin kene langsaikan hutang.. nauzubillah, *Harap dapat buat macam ni gak, tak nak hutang-hutang, Wardah tak mampu*


5. Segala yang dilakukan antara suami isteri muda ini ialah halal. You know what, when messaging, when calling, wassap, wechat, berkasih sayang and sebagainya mendapat pahala di sisiNya. Hoho, Untung bagi mereka yang sudah berkahwin muda ni. Lagi-lagi kembar kata dia kahwin muda (hampir 4 tahun dalam usia 19 ke 20 tahun dia kahwin), masa mula-mula kahwin tuuu, kembar kata nak panggil abang pun geli dia kata kat suami dia. Lepas tu ketawa-ketawa. Tapi benda tu yang tak biasa yang jadikan diorang ingat sweet moments tu. Kira diorang bercinta lepas kahwin tu masa muda tu pulak jadikan diorang maintain je sampai sekarang. How sweets. :) Insya allah, Wardah doakan kedua-dua mempelai ini bahagia hingga ke syurga.  Amin ! :)
*******************
Namun, janganlah sangkakan yang berkahwin waktu muda available untuk semua orang. Ada pro dan kontranya. Janganlah jumpa mak ayah memberontak kata nak kahwin, nak kahwin. Hoho.Ingat, restu mak ayah sangat penting. Positif sahaja. Mungkin belum tiba masanya, kerana Allah nak kita bersedia lebih lebih lebih lagi sebelum melangkah ke status baru. Perkahwinan adalah alam lain yang dikatakan mencabar dunianya. Adakah kita sudah matang untuk menempuh alam perkahwinan? 
Fikir-fikirkanlah. Banyakkan berdoa. Muhasabah amalan  :)


Apalagi ya, ini sekadar pandangan dan luahan, hihi, Mohon jangan ada yang terasa atau tersalah faham. Jika ada fakta yang silap, mohon perbetulkan secara baik ya? :)
Doa bertemu jodoh buat wanita

p/s : Hari ini nak beli barang sikit, kembar dengan zauj nya ajak keluar.. nantikan entry ^^

22 Jan 2015

Keyword Blog Wardah Aneesa's Blog #1


Hai semua!! Pagi ni, terasa rajen nak update keywords pasal blog Wardah pulak. Selalu bace je orang lain punya. Huhu. Dulu-dulu blog ni ade satu dua je keywords, sekarang pun sama je.. 

Ni koleksi keywords untuk minggu ni. 

Ambil dari ENCIK NUFFNANG dengan ENCIK STATS dalam dashboard kita.

Jom Terjah!!

kata kunci perempuan seksi

keyword daripada nuffnang yang murah
Alhamdulillah, ada juga keywords-keywords pelik keluar macam wanita seksi blogspot. errr. takut jugak. Huhuuuu. tapi tak berani nak tayang sini. Ada satu hari tu memang nak tengok apa yang keluar keywords blog Wardah ni, sekali keluar perkataan seksi tu.. uwaaa. Serammm. 

Bila lihat dekat gambar yang pertama dekat kolum pertama, tak sangka ada yang sudi taip sepanjang-panjang url Wardah tu. Hoho. Mungkinla tak taip sampai habiskan url tu sebab kadang-kadang google automatic keluar. Hihi, tapi rasa teruja jugak la.. Terima kasih sebab mengunjungi blog picisan Wardah ni. Banyak lagi kene perbaiki ni.. Go Wardah!! go !! Cuma tak tahu mana datangnya gambar gif lampu. Ade ke eh Wardah letak keyword tu. Hoho. Tak ingat. Heee. Apa-apapun, alhamdulillah. 

dan ini pulak keywords untuk hari ini , sikit je...

keyword blog wardah aneesa

Haaa, cuba tengok keywords dekat atas ni. Ada yang pelik tak? Ubat sapu jerawat pt3?? hihi, T3 adalah. hihihi. Rasa nak tergelak banyak banyak pun ada. kohkohkoh. 

Adios!

p/s :Nasib baik tak keluar keywords, Wardah Aneesa cantik. muahahaha. memang kembang semangkuk seminggu rasanya tak sudah. hahaha. 




21 Jan 2015

CPUV Lagi! #13 & #14


Terima kasih kepada Encik NUFFNANG yang Wardah tak tahu single ataupun tidak. kohkohkoh. 
Sayang sayang sayang nyanyi sikit untuk Encik NUFFNANG hihihi. Terima kasih buat pengunjung setia blog dan pengklik setia blog Wardah Aneesa yang pinky pinkyyyy ni. Jangan lupa dah klik, bagitahu kat komen ke, chatbox ke supaya Wardah dapat balas kembali klik-klik nuffnang anda semua!

THANKS PADA PENGANJUR : 
Digi Year End Sale & Lactacyd - Malay Millenium 

Sebenarnya apakah Lactacyd ini? 

Lactacyd ini merupakan salah satu jenama pembersih wanita di Malaysia. Ianya dirumus dengan semulajadi berasaskan eses susu sepeerti asid laktik dan laktoserum. Sudah namanya pembersih wanita namun ianya bukan yang biasa-biasa. Ianya merupakan permbersih nombor 1 di seluruh dunia dan di Malaysia. Semua produk Lactacyd bertindak lembut membersihkan V-zone (wanita perlu cakna!) di samping memaintainkan tahap keasidan pH semula jadinya. 
 Setiap variannya juga mengandungi rumusan istimewa yang menepati setiap keperluan V anda. 

Jadinya, para wanita sekalian, jagalah V-zone anda mulai hari ini. Boleh juga mencuba produk Lactacyd yang merupakan pembersih wanita yang pertama di dunia! Ehmmm. Terasa nak cuba pula rasanya. 

*Rujukan: Pangkalan data OTB global Nicholas Hall, jualan DB6 dalam €mn pada harga jualan pengeluar (MSP).

Promosi yang sedang di lakukan oleh Lactacyd : 

Sempurnakan kewanitaanmu dengan Lactacyd hari ini. Anda hanya perlu isi borang di bawah untuk mendapatkan Lactacyd Revitalize 60ml (bernilai RM9.90) secara PERCUMA bila anda membeli satu botol Lactacyd White Intimate 150ml, hanya RM17.90 dari mana-mana Watsons. Sementara stok masih ada.

Borang tersebut di SINI 

***************************************

Jom tengok produk-produk Lactacyd :)


LACTACYD WHITE INTIMATE 

Membantu mencerahkan sekitar V dalam*4 minggu! Apabila banyak bergerak, geseran antara kulit dan pakaian akan berlaku. Ini merupakan punca kulit menjadi gelap terutamanya di sekitar V kita. White Intimate dengan Actipone-B yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan Algowhite pula berasaskan rumpai laut telah terbukti secara klinikal dapat mencerahkan kulit. 


*Ujian ke atas 100 pengguna wanita Asia, Synovate Ipsos, Sept – Dis 2011.


LACTACYD REVITALIZE 

Dengan tambahan Vitamin E dan Kolagen, Lactacyd Revitalize bukan sahaja membersihkan tapi ia juga membekalkan kelembapan ekstra bagi mengembalikan keremajaan dan keanjalan V anda. Malah, lebih *80% wanita Asia mendapati kulit semakin anjal. 

*Berdasarkan ujian klinikal selama 12 minggu (analisis instrumental objektif) pada bahagian intim



LACTACYD FEMININE HYGIENE

Membantu mengekalkan pH ketika datang bulan, akil baligh, hamil atau menopaus dengan formula aslinya.



LACTACYD SOFT&SILKY 

Menjadikan kulit lebih lembut dan halus dengan tambahan 10% rumusan pelembapan berasaskan susunya.


LACTACYD ALL DAY FRESH 

Dengan esen herba bagi memastikan keseimbangan tahap pH V anda sepanjang hari.


ALL DAY CARE FEMININE WIPES

Membantu menghilangkan segala rasa melekit dan tidak selesa, tidak kira di mana anda berada.


Haaaa, sesiapa yang nak teraiiiii boleh beli naaa. Semua set yang dijual berkaitan dengan kesihatan Miss V kita as perempuan. Jom cakna!

20 Jan 2015

First Time Jogging, Pancit??


hai dah lama pulak tak bercerita tentang diri sendiri dalam bloggie ni. Hihi. Ade yang merindukan tulisan tangan Wardah Aneesa tak? kohkohkoh. Nampak tak perasannye Wardah duk kembang semangkuk ni. Hahahahaha. Letihnya baru lepas jogging! Haaaa, padahal baru 1 round padang sahaja. Hahahaha. Badan ni memang jarang turun padang. Tetiba pula ada rakan sekelas yang ada iras-iras muka Wardah ajak turun. Waaaa, semangat jugak memulanya. 

Hari ini memang tak ada kelas dari pagi, apa lagi, Wardah memanfaatkan diri menyibukkan diri untuk berjumpa Ketua Jabatan PA atas urusan praktikum. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan penempatan praktikum ini. Wardah akan berpraktikal di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal. Alhamdulillah, alhamdulillah. Thanks kepada Ustaz Afandi, Ketua Jabatan JAPIM yang telah bersusah payah mencari penempatan. Selepas Zohor pula ada Taklimat tentang Praktikum. Gementar pulak hati ini nak berpraktikal. Al-maklumlah dah lama tidak memegang pen menulis jawi apatah lagi sekarang RPH KSSR sudah sampai Tahun 5 pada tahun ini, tahun 2015. 

Tepat 5.26 petang, cik Ima (kembar Wardah dekat sini) dioranglah yang kata, muka kami lebih kurang serupa, dia datang mengetuk pintu. Alamak, dia dah siap! Hihi, Wardah baru je buat air nak minum. Hoho, tapi silap Wardah sebab masa tak tepat nak minum air tu. Haa. Lepas minum sedikit, memandangkan dia dah siap Wardah pun cepat-cepat pakai stokin dan pakai kasut. Sebelum buat air tu memang dah siapkan diri dengan pakai tudung semua. Jadinya taklah lama Ima nak tunggu Wardah siap. Apalagi! Jom kita ke padang IPKB! 

First time datang ke padang IPKB ni, ternyata padang ini lebih luas yang Wardah bayangkan.  

padang hijau IPGKKB

Kawasan padang ini masih belum ramai turun lagi masa sekitar 530 petang, Dalam pukul 6 petang macam tu mula ramai. Ramai yang turun jogging petang-petang dan nampak ada juga yang training untuk permainan ragbi. Ketika sedang snap gambar ini, Wardah kepenatan dan pancit nak lari lagi. Huhu. Besar padang ni, luas dan ada track jogging tepi-tepi dan sekeliling padang. Tak lah risau seluar naik kemuncup. HaaaHa. 

Kembar Wardah ni dah kahwin, suaminya budak IPG jugak tapi bukan IPG sini. Dia dah kahwin hampir 4 tahun katanya. Wahh, daebak!! Pelajar maktab ni memang ramai yang dah berkahwin, memang tabiclah. Dalam kelas Wardah je, ade dalam 6 orang yang dah berkahwin. ALamak, tercerita panjang pulak tentang kahwin ni. Heee. Selingan.. 

Padang IPKB ni memang luas. Gambar yang di atas tu merupakan sebahagian daripadanya ataupun mungkin lebih besar lagi. Padangnya dijaga dengan elok dan tak adalah nampak semak samun tingi-tingii. Kemaslah, macam baru lepas dimesin rumputkan. Aik, apakah? Dimesin rumputkan? hahaha. Bantai. Sambil jogging-jogging, sambil tulah kami berborak-borak tentang banyak perkara. Hal perkahwinan, tentang pelajar yang dulu gemuk sekarang sudah kurus hasil jogging, dan macam-macamlah. Teruja jugak bila dengar cerita pasal perkahwinan. Kekeke. 

Oklah, setakat itu sahaja buat hari ini. 

p/s : Maaf sebab tak dapat update kerapkali. Huhu, Rindu tak kat Wardah?? tekan lah nuffnang kalau rindu. Hihi.  

18 Jan 2015

Review Blog Follower ke 444!!

Hai semua. Pada malam yang hening ini. Wardah ingin review satu blog. Sebab ape? Sebab ape? Pernah terdetik dalam hati Wardah nak review follower yang ke 444. Sebab ape ntah, suka pulak tengok nombor tu triple yang empat. hahaha. Follower yang bertuah tu ialah saudara aRz. Dia ialah pemilik blog arzmoha.com dan merupakan Jurufoto di arzmohdhaniffa photography. Beliau berusia 29 tahun. Mungkin tahun 2015 ni dah 30 tahun kowt. hihi. Alamak, tak tengok plak. Hoho. Dia ada juga pesan "Jangan lupa lihat hasil kerja saya di http://www.arzmoha.com" di ABOUT ME. 

Dia ada membuat promosi tentang pakej sebagai photography. Oh, blogger ni seorang photographer. Haaa, sesape nak berkahwin, bertunang mai jom tengok pakej yang dia buat!

*************************
PAKEJ/PROMOSI


| arzmohdhaniffa photography | Senarai Harga Pakej
Salam. Terima Kasih sudi ke blog saya. Setelah sekian lama ruangan ini tergendala.
Insyaallah. Saya telah simpulkan harga untuk Pakej Photography utk 2014 yang masih berbaki.

Pakej 1

1 Majlis Persandingan
1 Majlis Outdoor

1 Photobook 10x12 (20 pages)
1 Pendrive 8 GB
1 Frame 8R

RM 1800 1600

Pakej PreWedding


| arzmohdhaniffa photography | Pre Wedding

**tertakluk pada terma dan syarat
**Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut
**Pakej lain akan diupdate dari masa ke semasa
Whatsapp/call/sms : 011-27130797
ATAU Tinggalkan komen anda beserta no telefon anda.

******************************

copypasta dari blognya : www.arzmoha.com/

Beliau telah mula berblogging sejak Disember 2012

***********************
Kepada yang mencari Videografer Perkahwinan kawasan Putrajaya/Selangor/Kuala Lumpur


Untuk maklum balas yang lebih pantas, click SINI anda akan terus disambungkan kepada fb empunya Videografer ini untuk sebarang pertanyaan

******************

Blognya lebih kepada mempromosikan pakej photography yang dia lakukan dan jua memuatkan tentang kehidupannya. Hampir setiap entry mempunyai gambar hasil yang ditangkap olehnya sendiri. Ape lagi ?? Nak blogwalking tak? Jom terjah sini www.arzmoha.com/ :)

Thanks for being my follower. 

p/s : Mungkin ada jugak review buat follower yang ke 555, 666 atau 777 ke dan nombor follower triple same number. hihi. :)

16 Jan 2015

Perjuangan Dua : Mengatasi Sifat Malas Ketika Belajar

Bila dah duduk jauh ni, kita boleh terpengaruh dengan dua keadaan. Sama ada dengan tinggal jauh dari keluarga boleh menghanyutkan kita dengan sifat malas ataupun kejauhan yang mengimpakkan kerinduan menginspirasikan kita dengan kerajinan. Kedua-duanya atas pilihan kita. So apa pilihan Wardah? Atceli masih tengah ber ber berusaha nak letakkan kerajinan yang tingi pada belajar nih, tetapi baru 50 % lagaknya. :( Oh my bad! Alhamdulillah, Wardah memang target nak get 4 flat maybe if I could tetapi makin lama semangat makin pudar. Uwaaa. Ya Allah, kuatkanlah langkah kaki ini nak struggle kuat kuat dan study hard hard. 

Malas? Waktu bila dia datang?

Masa waktu petang yang nyaman sebab kat sini memang berangin je. Sejuk taw! Malam-malam memang sangat sejuk. Nasib baik bawa sweater kesayangan. Hihi. Tetapi tahuuuuu tak apa yang Wardah buat bila tiba waktu petang ni?? *nampak korunk menganguk* yes! Tidurlahhhh. hoho. Tak patut tak patut. hurmmmm.. Laginya malas datang masa kita tengah berseorangan, kerana bila seorang diri rasa nak tidurrr aje...hoho XD


Pesanan pensyarah yang patut Wardah ingat :

#dah boleh mula buat cadangan kajian tindakan, memandangkan 3 bulan praktikum nanti sudah mula sibukkkk
#Jangan ikut senior yang lepas sebab lambat
#Transliterasi (berkaitan dengan penulisan ilmiah) perlu dilihat aspek ini. Aspek ini masih baru, memokuskan tulisan jawi yang dirumikan. *yang ini macam susah*

Sekarang Jumaat Sabtu merupakan cuti hujung minggu Wardah dekat sini. Hihi. *environment baru* 


Antara yang Wardah buat untuk atasi MALAS ialah :

1. Memandang gambar keluarga dan membayangkan penat lelah ibu yang telah banyak bersusah payah.
2. Mensegerakan kerja-kerja bersih bilik *basuh baju, iron baju, sapu sampah dsb* sebelum belajar supaya dapat mengurangkan rasa bebanan, so boleh setadiiii lama-lama. 
3. Buat nota masa dalam kuliah sebab tahu Wardah mesti malas nak buat bila nak dekat periksa nanti.
4. Mensegerakan waktu solat memandangkan bila lambatkan atau lewatkan rasa lagi malas nak solat. 
5. Muhasabah diri bila MALAS dan ingat AZAM semula. 


Tetapi, bila rasa penat sangat, silalah REHAT dan jangan paksa diri, lepas berehat barulah sambung semula setadiii, ok?


atasi sifat malas

p/s : Malam ni nak cuba siapkan slide Bimbingan dan Kaunseling dan setadi subjek Cadangan Kajian Tindakan. 

SEGMEN : Bloglist www.nooratikahramli.com



Nak join ? Boleh klik banner comel di atas ye..

Wardah pilih : PERSONAL BLOG



Segmen "Jom Masuk Ke Bloglist Shahril !"


Segmen "Jom Masuk Ke Bloglist Shahril !" |



dah siap sudah. Nak join jugak?? Klik banner di atas!

Al-Fatihah Buat Arwah Nenda


ayat ketika ditimpa musibah


Al-Fatihah buat arwah nenda yang telah pergi pada pukul 3.49 pagi pada tarikh 16hb Januari 2015. Berita mengenai beliau yang sakit terlantar di Hospital Melaka yang sedang kritikal sakit jantung membuatkan hati ini merasa serba salah untuk balik. Al-Fatihah dan yasin ku kirimkan buat beliau. Semoga bersemadi dengan dengan aman dan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-fatihah buat arwah nenda.

Al-Fatihah ayat Al-Quran


P/s : Serba salah kerna keadaan tidak mengizinkan untuk pulang ke Melaka. Arwah seorang yang baik dan ceria dengan cucu-cucunya. Bakal merinduimu.

15 Jan 2015

Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku

\

Jom join. haha. :)

cukup seratus TAMAT taw. hoho.