Kehidupan tentang Guru Pelatih IPG dan seorang remaja perempuan.
Pages
▼
12 Jun 2015
Pengalaman Kerja Partime Sebagai Examiner Assistant
Pengalaman Kerja Partime - Examiner Assistant | Hai semua. Inilah yang Wardah panggil EA kat entry yang lepas di Sini . E.A ni nama penuhnya Examiner Assistant translate jadilah Pembantu Peperiksaan. Kalau kita-kita biasanya dipanggil Pengawas Peperiksaan. Wardah saja je nak cari duit sikit dengan jadi Pengawas Peperiksaan ni. Wardah adalah tanya-tanya boleh ke kerja seminggu je sebab tak boleh mula dari awal sebab belum habis sem. Akhirnya diterima sebab ganti tempat EA yang akan masuk belajar awal seminggu sebelum habis tarikh exam tu.
Alhamdulillah adalah sedikit hasil untuk buat belanja diri sendiri cuti sekolah ni. Hoho. Wardah ingat nak cerita day by day. Being as EA ni. Tetapi mood kejap-kejap ke laut. Kejap-kejap ke lain. Hoho. Sebagai entry intro as EA nak terangkan kerja as EA ni kene buat ape ek?
EA kene siapkan answer sheet, loose sheet, fail bagi menyimpan segala borang-borang yang diperlukan, menyediakan box di mana dalam tu ada marker pen, pemadam whiteboard, tali, tali rafia, ade jam besar dan lain-lain. Mudah je kan? Kita kene tahu jadual kita kelas mana, dengan pensyarah mana dan dengan siapa kita kene jaga. Jangan lupa perlulah tahu waktu pukul berapa kita kene jaga. Semua maklumat tu biasanya disediakan dalam jadual dan jadual ni akan dipaparkan di papan kenyataan. Kalau dekat UIA ni ade section2. Kalau dalam jadual ada tulis beberapa section kene ambil borang yang lebih sedikit. Section ni kelas. So borang antara kelas mestilah lain-lain kan. Sebagai contoh, ada yang murid 20 orang ada yang 55 orang, jadinya kene ambil borang lebih.
Kita kene masuk kelas atau dewan yang kita jaga sejam atau setengah jam lebih awal. Ini supaya kita boleh letakkan booklet answer sheets atas meja student, letakkan jam, kotak letak dibahagian tempat masuk *untuk letak handphone dan wallet*, Kalau jaga kelas kecil bestla jugak tapi kenkadang bosan sebab students sikit. Hihi. Kalau jaga dalam dewan penat sikit. Ramaikan.
Kita kene pastikan pensyarah pun datang awal sikit ke sebab kertas soalan dekat dia. Kalau tak datang lagi kenelah rujuk ketua EA kat office. Bila pensyarah dah datang, kita pun buka bungkusan soalan dan letak soalan atas meja. Bila dah tiba masa untuk students masuk, biasanya 15 atau 10 minit awal. Kita akan minta students masuk dan letak wallet dan handphone dalam kotak yang kita sediakan depan kelas. Pastikan semua letak sebab takut students akan meniru.
Bila students dah masuk, pastikan mereka dah duduk tempat diorang. Kalau dekat UIA ni bagi students LAW, dorang ada references yang boleh dirujuk. Jadinya kene check setiap buku yang dibawa oleh pelajar valid ke tak. References biasanya ada ditulis dekat kertas soalan. Kenelah check one by one. Buku tu pulak kene check helaian by helaian takut ade tulisan nota atau tekapan pen di helaian yang kosong. Bila terjumpa students2 yang ada nota, terselit nota, ada tekapan pen berbentuk nota kenelah jumpa ketua dalam bilik tu. Ketua ni nama dia ada kat jadual yang dipaparkan kat papan kenyataan.
Sebab entry ni dah panjang, kita sambung ke Part II pula.
teringat zaman exam kat u dulu ... ada elaun jadi EA tu yg best .
ReplyDeletepengalaman yang penting
ReplyDelete