30 May 2015

Terjumpa Ex Dalam Perjalanan ke KL

Terjumpa Ex Dalam Perjalanan ke KL  | Hari ni Wardah ke KL untuk menjalankan amanah kerja part time sebagai EA. Haaa, cuba teka EA ni ape. Hihi. Wardah naik Maraliner aje. Sebab dari pekan Masjid Tanah ada bus Maraliner. Ada juga bas lain macam Jebat Ekspress dan Transnasional. Drama juga nak pergi KL ni. 
Kene beli tiket pada hari yang kita nak pergi tu. Tak boleh nak beli awal kalau dekat pekan Masjid Tanah ni. Jadinya adik dah terbeli pada 29hb Mei. Memang taklah nak pergi sebab barang semuanya belum siap. Huhu. Last-last minta tukar tiket ke hari 30hb Mei, nasib baiklahh boleh. Huu. Lega sikit. 
Petang tepat 2.30 petang adik pergi hantarkan ke bus stesen. Tepat pukul 3 petang, bas pun jalan. At the time tengah duduk-duduk dalam bas tu, masuklah seorang budak lelaki tinggi lebih daripada Wardah pakai cermin mata. Memang taste Wardah agaknya lelaki berkaca mata. :P 
Sebenarnya rakan Wardah ni budak sekolah rendah sama sekolah. Masa sekolah menengah pula ntah macam mana ntah boleh sangkut ngan dia. Rasanya sebab telefon bimbit kowt. Tiap-tiap minggu balik mesti main handphone. Kendian jadinya, Wardah minta putus dengan budak lelaki ni sebab kawan baik Wardah kata dia dengan laki ni. Rupanya. 
Cissss.. boleh pulak terjumpa mamat ni dalam bas. Atceli pernah terserempak dengan dia, masuk kali ni dah dua kali. Pelik juga. Haha. Dia duduk seat kanan bas, Wardah duduk seat kiri bas. Tapi Wardah selang sebaris hadapan dengan dia. So bila Wardah toleh ke kanan, nampaklah dia. Dia pun perasan Wardah ada kat situ. Lagipun tak ramai pun penumpang. Dalam 10 orang je. So memang tak nervous pun. Hahaha. Tegur macam biasa je. Borak-borak sekejap then Wardah pun dah terlelap. Haha
Tanya belajar mana. Bila habis. Yang tak terkeluar soalan 'Bila nak kahwin?' Mungkin masing-masing kelu nak tanya soalan tu. Hahahakkk. 
Tu je story. Nanti Wardah cerita pasal EA. 

1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...