Istimewanya Kelantan Part 2 - Dating di Bazaar Tok Guru | Alhamdulillah hari ini, Wardah dapat pergi berjalan-jalan dengan kawan lama Wardah. Ehem, ehem, siapakah itu?? Wardah ada kawan ke di Kelantan? Heee. Ada jugak, bekas kelasmate Wardah. ^^, Makin comel dia sekarang ni. Hihi.
Dia datang dengan kereta maknya. Katanya hujung minggu sahaja free. Okey sahaja bhaaa. Dapatlah berjumpa sebab lepas ni dia dah nak posting sudahh. Tak jumpa dah lepas ni. T.T Alhamdulillah dapat mengenali Kelantan lagi minggu ini. Hari ini, Wardah berjalan-jalan ke area bus sten berdekatan Tesco. Wardah beli tiket untuk balik ke Melaka. Alhamdulillah, masih ada lagi tiket. Dapat pula seat yang terakhir. Last sekali. Uwaa. Wardah gayat nanti sebab dapat tingkat atas, belakang sekali. Takut dah rasa hati. Huhu. Macam biasa naik Ekspress Perdana. Macam biasa juga, RM57.00. ^_^
Selepas berjalan ke Bus Stand tu, tak ingat orang panggil apa nama tempat beli tiket tu, Wardah panggil bus stand berdekatan Tesco. Huhu. Kat Kota Bharu. Lepas tu Wardah berjalan ke K.B Mall. pergi makan kat sana sebab Wardah belum makan nasi pagi tu, jadinya laparrrr nasik! hihi. Wardah makan kat foodcourt je. Dah lapar nasik sangat. Wardah order je nasi ayam. Tu je yang nampak sedappp. Hhu.
Kat K.B Mall kat foodcourt kami lepak je. Borak-borak, santai-santai. Lama tak jumpa kan. Tu yang banyak ceghiittaaaa tu. Hihi. Wardah makan nasi ayam, dia makan simple2 je macam hot dog ngan kentang dengan cheese. Sedap jugak. Hihi. terliur pulak rasanya bila ingat balik. Air Wardah order Milo Dinasour. Hahahakk. Milo Ais tambah Aiskrim Vanila satu scoop besar, sebelum letak aiskrim, dia tabur Milo banyakkkk oooo. Sedappp aiiii. lupa nak amek gambar! hahaha XD
Wardah dengan kawan lama. terpaksa tutup muka dia. :)
Muka Wardah dah membulat sekarang ni. pipi pun dah naik. T.T
Dulu dia tak pernah pakai tudung lilit-lilit ni. Hihi. Dah ada perkembangan baik la tuuu. Comel je dia. Lepas puas bersembang, kami pun bergerak ke Bazaar Tok Guru.
Bazar Tok Guru ni berdekatan je dengan K.B Mall. Adalah dalam 5 ke 10 minit. Ada 3 tingkat, tapi kata sahabat Wardah tadi, yang belah bawah je yang salu dibuka. Tadi kami pergi pun belum banyak kedai lagi dibuka. Mungkin kerana hari Jumaat kan. Sini dikira cuti, tapi tak pasti kedai di Bazar Tok Guru buka pukul berapa. Wardah pun ada membeli di sini. Beli 3 tudung bawal bidang 60.
Cantikkan sulaman tudung ni? Wardah beli warna pink lembut dengan warna cream. Satu tudung dalam RM35 sahaja. Tapi dapat kurang jadi RM33 sehelai. Rasanya kalau ambil borong ni lagi murah rasanya. Ada juga beli warna merun, tudung bawal plain bidang 60. Hanya RM10 sahaja. Hihi. Memang tengah mencari bawal plain RM10 sahaja. Tak nak beli yang RM18 tuuu. Mahalll. Kawan-kawan beli RM10 akhirnya jumpakkk jugakk! hihi.
Wardah teringin nak berbisnes tudung bidang 60 ni ke Melaka, tetapi baru sahaja berniat, harap termakbullah suatu hari nanti. Buat kecil-kecilan pun okeyh, mana tahu boleh berkembang meluas kan. Insya allah. :) Blouse, dress, telekung, pashmina, berbagai koleksi pakaian yang dijual di sini.Kata sahabat Wardah ni, di sini, Bazar Tok Guru ni, harganya lagi murah berbanding tempat-tempat lain. Tapi kene survey juga kedai-kedai hee. Pandai-pandailah banding harga ye.. ^^
Haaa, dah jumpa port baik punya untuk shopping. Apa lagi, kumpul duit banyak-banyaklah lepas ni. wakakaka. Bolehlah mak nak kirim barang-barang nanti. Haa, mak memang. Dengar je Kelantan, banyak tu nak dikirimnya suruh beli. *Padahal kita tak berjalan sangat pun di sini, melainkan ada orang nak bawak, muehehehe*
p/s : Puas berjalan, balik terus tertidoqqq sampai petang. Penat naaa. XD