Pages




31 Mar 2015

Pengomen Teraktif Bulan Mac 2015

Terima kasih kepada semua pengomen-pengomen yang rajin drop by di sini. 
Bagi menghargai dan entry ini Wardah akan rujuk untuk Blogwalking pada masa akan datang. 
insya allah.

Tahniah kepada!
Top Komentor

3.Amy 
6. Cik Ash
10. ctmz

Terima kasih kepada semua yang datang drop by dekat blog Wardah ye. insya allah. 
Hari minggu ni, jumaat dan sabtu ni Wardah akan mereview blog per blog. Insya allah. Satu hari satu blog. Jika tak berkesempatan Wardah wat scheduled entry. hihi :)

Jom semua kita terjah blog mereka ni! 

Terima kasih banyak-banyak!

Insya allah. ada rezeki, bulan depan Wardah buat lagi. insya allah ada rezeki lebih bulan tu Wardah akan beri sedikit saguhati. insya allah ^^ Tak janji, tengok pada keadaan. :)


28 Mar 2015

Love Love Love

Mak,
I Love You So Much!

Mungkin kadang-kadang Nurul senyap
tak pandai nak menunjukkan kasih sayang pada mak,
nurul sayang sangat kat mak..
nurul nak jadi anak solehah mak,
doakan nurul.. :')

p/s : bufday mak, sehari selepas nenek dikebumi hari tu. 20 Mac. mesti mak tengah sedih lagi. tapi mak tak tunjuk. 


27 Mar 2015

Smile Even Bitter!


Kadang-kala Allah letak kita perseorangan menghadapi dugaan untuk menguji kita, sejauh mana kita bergantung harap pada Dia. Kadang-kadang Wardah buntu, terasa terasing, terasa lebih baik hidup berseorangan dan bawa diri. Lebih elok begitu rasanya. 

Ntah kenapa rasa macam tu menyelubungi diri Wardah sekarang..

Sedih sangat-sangat sekarang..

Rasa nak sembam muka nangis puas-puas lepas tu tidur je...

Tapi keadaan tak boleh nak buat begitu sekarang..

Banyak benda nak hadap,

banyak hati nak dijaga,

semuanya agar tiada yang sentap,

semuanya bagi memelihara ukhwah..


Aku bukan orang yang dulu, siapa yang tak nak berubah ke arah kebaikan.

Bohong ! 

Aku juga punya hati.

Aku juga punya perasaan.

T.T

Minta maaf buat semua orang yang aku ada buat salah silap.

Sekian.

p/s : Bila dah emosi, banyak pasal hati akan banyak keluar di sini. Maaf semua!


Sarapan Pagi dengan Kerabu


Hai semua. Alhamdulillah masih lagi hidup dalam bumi Allah yang mulia ini. 

Apa khabar? lama tak update semenjak kematian arwah nenek yang lepas. 

Wardah ada di asrama. tinggal lagi satu esaimen yang belum disiapkan. Dateline khamis minggu depan. Minggu depan juga kene bentangkan kertas cadangan kajian tindakan ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. 

Baru sahaja habis makan nasi Kerabu dengan rumate tercinta i ni. Hihi. Naik motor sahaja pergi ke Lang Buana. Haha. Mana datangnya nama Lang Buana ni. Katanya tempat pasar tani ni, sebiji iras-iras dalam cerita Lang Buana. Mereka (budak maktab sini) yang panggil dengan nama Lang Buana tu. Orang kelantan panggil ape tak taw. Murah la jugak. 


Ambe makan nasi kerabu ni RM2.50 jah. Murah plus sedap plus mengeyangkan! Siap ayam goreng, sayur semua cukup lengkap. Hihi. Mana nak carikkk nasi kerabu murah. Kat Melaka pun sudah cecah 5 ya. Huhukkkk. 

Ambe tak dapat nak blogwalking macam selalu. 

Ambe tak dapat nak komen2 macam selalu.

Buat masa sekarang jah. Habis praktikal, habis aseimen baru ambe free sokmo. 

Aseimen habis minggu depan. Jadinya dah mula free sikit-sikit. Free sikit nanti ambe balas kunjungan blogger-blogger semua. Terima kasih sebab ambe perasan like page di page facebook ambe dah bertambah sikit demi sedikit. Terima kasih. Nanti ambe balas jasa-jasa kalian. Insya allah. 

Masih rasa kekenyangan. Moga rasa ini berkekalan. Hihi. 


20 Mar 2015

Pergi Seorang Insan DIsayangi. Al-Fatihah.


Semalam, arwah Milah hinti Hashim selamat dikebumi.

Al-Fatihah buat nenda kesayangan (belah emak) yang baru sahaja meninggalkan kami.

Pengalaman melihat detik-detik kematian di hadapan mata. Arwah rapat dengan cucu-cucunya. 

Wardah sangat sayang kat nenek Milah. 

Baru sahaja minggu lepas berjumpa arwah menanyakan khabar berita Wardah "ok ke duduk Kelantan?" Minggu ini ternyata dia pergi menghadap Illahi. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Arwah ada bela seekor kucing. Putih namanya. Semalam bila ziarah rumah nenek tu, Putih senyap je. Duduk je. Selalu dia akan ikut je arwah ke mana-mana. Arwah yang salu bagi kucing makan. sebab Putih ni kucing jantan tua yang garang. Wardah salu juga main-main dengan Putih tapi dengan arwah ,Putih lagi rapat. 

Lepas ni tak dapat nak merasa air tangan masak asam pedas nenek. Wardah memang faveret asam pedas daging nenek. Memang pekat sedap. 

Teringat bercakap dengan arwah semasa di hospital, dua hari sebelum... Ada juga dua sedara yang berada di sekitar. (Mengikut waktu melawat hanya tiga orang sahaja boleh melawat) 

Hanya mampu berkata "Nenek, nurul ni.. Nurul sayang nenek,"

Nenek koma. Nenek tak dapat cakap pape. Kami boleh tengok susur alur pernafasan nenek di mesin tu..

Masa tu kami berempat, Wardah minta adik teman, Wardah perasan nenek berlinangan air mata. Wardah nampak kat kelopak mata nenek. Ada takungan kecil air mata nenek. 

Wardah akan merindukan nenek..

Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

surah al-fatihah



18 Mar 2015

Lirik lagu Seluruh Cinta - Siti Nurhaliza feat Cakra khan


Jom kita hayati lagu ini. *fave*

Chakra Khan
Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memelukku tuturkan cinta

Siti Nurhaliza &Cakra Khan
Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku

Cakra Khan
Diri mu kan selalu ada disisi ku selamanya

Siti Nurhaliza &Cakra Khan
Kau bagaikan nafas di tubuh ku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Siti Nurhaliza
Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawaku tangisimu

Siti Nurhaliza & Cakra Khan
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku
Tenangkan jiwa

Siti Nurhaliza & Cakra Khan
Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada disisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuh ku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Siti Nurhaliza
Tiada cinta yang setulus cintamu
Tiada yang sanggup gantikan dirimu

Cakra Khan
Tiada rasa seindah kasihmu
Tiada yang mampu temani diriku ohhh...

Siti Nurhaliza
Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku

Cakra Khan
Dirimu kan selalu ada disisi ku selamanya ohhh

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Siti Nurhaliza &Cakra Khan
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama


17 Mar 2015

Seminggu Penuh Ceria!

Memang tak dinafikan seminggu ni Wardah nak spend banyak masa dengan yang tersayang. Ehem! Bukan setakat si dia tetapi yang menjadi keutamaan ialah keluarga, betul tak? Yep. memang betul. Keluargalah yang utama, yang pertama yang utama yang perlu diutamakan untuk disayangi. Jangan lupa taw, utamakan yang utama! :) Insya allah. Love ur familyyy. <3
Wardah memang rindu sangat-sangat kat mak, adik-adik, boboy, huhuuu. Paling tak boleh blah, boleh Wardah teringat rindu - rindu nak gaduh ngan adik Wardah yang nama boboy ni. haha. Boleh nanges - nanges sebab tak gaduh dengan adik Wardah, boboy ni. Haha. Senget. Itu pulak yang diingatnya. Haha. Bila balik je rumah. Adik yang ada kat rumah dia jelah. Boboy tu. Jumaat pagi sampai ke Melaka, lepas zohor Wardah kene ambil adik-adik Wardah yang kembar tu dekat asrama. Hoho. Nasiblah, pagi lepas sampai kat rumah, Wardah tidur kejap. Hoho. Lepas Zohor gerak ke Seremban ambil adik. Alhamdulillah, sekarang ada dah di rumah ^^

Memang heppy je memanjang. Wardah pulak ade copy movie dari kawan-kawan kat umah sewa tu, ade cerita Villa Nabilla, Mr Perfect 10, Manisnya Cinta di Cappodia dan macam-macam lagi. Citer Pinochio Korea tu pun hadoooo. Seronoklaaa rasanya nak habiskan cuti ni dengan relaks-relaks je. Lebih relaks daripada masuk praktikal semula sebab jadual padat. Huh. 

Dekat rumah setakat ni, just isi-isi barang dalam goodies bag dan Wardah kene cari muffin/cupcake untuk letak dalam doorgift. Alhamdulillah dah selesai jugak yang tu. Kalau cupcake and muffin dia sedap and tip top nanti Wardah review kat sini yeee. (bukan majlis kahwin Wardah, tetapi, my brother) Bila difikir-fikirkan balik, banyaknya guna duit untuk kahwin ni ye. Hmmm, berapa k yang digunakan abang tu tak leh mention sini. Tapi oh my god, banyakla jugak. *Macam mana nak kahwin nanti?* Nanes tak berlagulah nampaknya Wardah nanti.

Hmmm, ada satu lagi cerita. About my cat! Nak tahu tak, Mimo dah gemuk dan bertambah kembang bulu dia. Woowww, balik rumah dia kejar Wardah masuk rumah. So sweet Mimo ni. Haha. Sangat touched bila dia kejar Wardah. Tak main-main. Ini cerita betul. ^^ Sweettnyeee lahai. Nasib baiklah dia kenal Wardah lagi. Siap manje-manje, golek-golek dia sekarang. Sekarang mak Wardah dah lepaskan dia kat luar sangkar. Kat luar rumah pun macam tu. Hanya bagi dia tidur je dalam sangkar. Sebelum ni tak bagi lepas luar rumah sebab takut dia tak nak balik rumah. Sekarang tidak lagi. Pagi, petang, dan malam semuanya dah bebas. Patutlah gemuk sekarang ni, bahagiaa Mimo sekarang. Free sudah. Heee ^^

Apalagi ya nak ceghitaaa. Ada lagi nak ceghitaaa. Nanti Wardah ceghita lagi. About Brim mak. About jerawat tumbuh kat muka Wardah dan lain - lain lagi. Insya allah, I will continue. ^^Just Wait okeyh ! :)

p/s : Hari ini kene aktif, nak bawak mak setelkan Brim dia. Gudluck to Me!


16 Mar 2015

Tenkiu Dear Nuffnang. #28, #29, dan #30 !

cpuv nuffnang
tak banyak yang ingin dikatakan. Terima kasih Abang Kakak Nuffnang yang beri kepercayaan pada Blog Wardah ni. Tenkiu sista brada! 

Assalamualaikumm...

p/s Nape ntah mud cuti nie nak relax jerrrr..
:(


12 Mar 2015

Merenung ke Luar Jendela yang.....



merenung ke luar jendela. 

memikirkan dia.

cewahhhhh!

Pagi yang semangat :)

Pagi yang ehemmm! *terbangun lewat pukul 6.30 pagi*

Huuuuu Huuuuu. :(

Tapi yang pentingnyaaaa...

Wardahh wardahhhh nakkk.....sangat..

Nak balik! Nak balik! Senyum semulaaa. hihi ^^

p/s : Melaka Mu Tunggu Wardah datang! :) Doakan perjalanan Wardah sampai dengan selamat. Insya allah .. AMin :)


11 Mar 2015

Thanks Nuffnang. Suprised! #23,#24,,#25, #26,#27


cpuv berderet MAC

Ya Allah, alhamdulillah.. Berderet-deret Wardah dapat cpuv untuk bulan Mac ni. Terima kasih abang dan kakak NUFFNANG !! Love u so Much! Terima kasih sebab memberi kepercayaan kepada blog Wardah ini yang tak seberapa yang picisan ini.

Buat rakan-rakan, jangan lupa ya, jika ada klik2 nuff ads saya, sila bagitahu supaya Wardah dapat membalasnnya ^^, :) Terima kasih semua. Alhamdulillah wa syukur lillahh..

Thanks NUFFNANG buat sekali lagi. Moga lebih banyak rezeki akan datangg.. Amin :)

p/s : Terima kasih semua yang main klik-klik nuff ads Wardah. Love U!!



10 Mar 2015

Tak Sabar Menunggu 12 Mac 2015


Ada apa dengan tarikh  tu? Seronok sangat-sangat. Walhal sekarang tengah debar ni. Debar menunggu giliran observe sebentar sahaja lagi. pada pukul 10.45 pagi. Kelas tahun 4. Tarikh tersebut merupakan tarikh balik khamis ni!!! hihi. Teruja sangat-sangat sampai nak buat entry excited!

Tangan menggeletar ni, gelabah habis nak di ambil markah kejap lagi. Wardah pun tak tahu apa yang bakal Wardah dapat kejap lagi. Sebab nebes sangat-sangat.

 Melaka, Mu Tunggu Ku Datang! :)

Setelah dikira-kira, observe dengan pensyarah makin berkurang sebab dah setel banyak sebelum cuti ni. Bolehlah fokus pada aseimen-aseimen yang masih belum siap tu. Boleh juga rasa lega sikit sebab observe dah tak banyak cuma dengan guru pembimbing ada banyak lagi. Hoho. 

Okeylah nak hilangkan gentar yang ada. Nak relax-relax, nak tarik nafas. 

Maaf buat yang rajin komen dan singgah blog Wardah, akanku bayar hutang blogwalking masa cuti nanti. Cuti nanti free sikit. Hihi. Free sikit daripada sekarang ni. Hoho. Cuti tak free sesangat sebab ada juga kerja yang hendak dibuat. Anak perempuan sulung kan. Banyak juga tanggungjawab hoho. Lagi lagi pulak abang Wardah nak berkahwin bulan Mei nanti. Hihi. Mungkin ada banyak yang hendak ditolong-tolongkan dan memang patut pun kene tolong. Ye dakkk?

Haha, makin banyak pula bebelnya Wardah ni. Hihi. 

kayyyhhh, TATA!

p/s : Nak balik, nak balik!!



7 Mar 2015

Sephora Malaysia Gift Set Pilihan Hati


Hai peeps!! Hari ini Wardah nak share sumthing yang sangat-sangat sweet okeyh? Apakah ituu....?

 ****

Kata orang, tak perlu tunggu waktu yang istimewa atau ‘special occasion’ untuk kita berikan hadiah kepada orang yang istimewa contohnya ibu kita atau pasangan hidup kita. Ehem ehem! Ngee. Ianya lebih baik jika hari-hari adalah hari yang istimewa dan tidak salah untuk sekali-sekala berbelanja untuk melakarkan senyuman di bibir mereka. Setuju tak semua ? J Sebagai example, mungkin sehelai kemeja atau seutas jam tangan sesuai diberikan kepada suami atau ayah yang merupakan pilihan hadiah yang paling ideal.

Tetapi.... apa pula hadiah yang mungkin sesuai buat para ibu atau sahabat baik yang mungkin BFF, saing2 yang sudah lama kita kenali? Wardah ingin kongsikan hadiah yang sesuai sangat buat insan yang bergelar wanita.. Pasti sahaja penerima hadiah akan suka sangat dengan pemberian kita ini. Ianya confirm! Sure, yes! *Apakah itu?*

Haaaa, sebagai salah seorang penggemar jenama kosmetik terkenal iaitu Sephora Malaysia, Wardah amatlah tertarik dengan pilihan  Sephora Malaysia Gift Set yang bukan sahaja boleh dibeli dengan harga yang amat berpatutan malah kini boleh dimiliki secara online! Yes mudah sahaja, buka laman webnya dan klik-klik koleksi pembelian barang yang disukai dan anda sudah dapat miliki kosmetik yang anda perlukan daripada Sephora. J Mudah bukan?


Secara jujur dan personallynya, pilihan utama set hadiah kegemaran Wardah ialah :


Sephora best
SK-II Best Essential Set
(set yang sesuai diberikan kepada ibu yang tersayang, adik, kakak, atau BFF, wow! Mesti penerima hadiah akan teruja sangat-sangat! J)

Produk Philosophy
Philosophy - Birthday Girl Gift Set
(yang ini pasti sukai oleh BFF, atau sahabat baik kita, aucakkk!)

Skin Inc di Sephora
Skin Inc – MY DAILY DOSAGE Get Glowin’ Set
(Boleh melt terus masa bukak hadiah, heheee)

Ketiga-tiga pilihan saya ini bukan sahaja boleh digunakan untuk semua jenis kulit malah dipercayai ramai. Bukan sahaja bernaung dibawah jenama kosmetik terkemuka seperti Sephora, malah produk-produk ini mendapat maklum balas yang baik daripada para pengguna.

p/s : Jom pakat-pakat kita tengok Sephora Online!! 


6 Mar 2015

Istimewanya Kelantan Part 2 - Dating di Bazaar Tok Guru

Istimewanya Kelantan Part 2 - Dating di Bazaar Tok Guru | Alhamdulillah hari ini, Wardah dapat pergi berjalan-jalan dengan kawan lama Wardah. Ehem, ehem, siapakah itu?? Wardah ada kawan ke di Kelantan? Heee. Ada jugak, bekas kelasmate Wardah. ^^, Makin comel dia sekarang ni. Hihi.
Dia datang dengan kereta maknya. Katanya hujung minggu sahaja free. Okey sahaja bhaaa. Dapatlah berjumpa sebab lepas ni dia dah nak posting sudahh. Tak jumpa dah lepas ni. T.T Alhamdulillah dapat mengenali Kelantan lagi minggu ini. Hari ini, Wardah berjalan-jalan ke area bus sten berdekatan Tesco. Wardah beli tiket untuk balik ke Melaka. Alhamdulillah, masih ada lagi tiket. Dapat pula seat yang terakhir. Last sekali. Uwaa. Wardah gayat nanti sebab dapat tingkat atas, belakang sekali. Takut dah rasa hati. Huhu. Macam biasa naik Ekspress Perdana. Macam biasa juga, RM57.00. ^_^
Selepas berjalan ke Bus Stand tu, tak ingat orang panggil apa nama tempat beli tiket tu, Wardah panggil bus stand berdekatan Tesco. Huhu. Kat Kota Bharu. Lepas tu Wardah berjalan ke K.B Mall. pergi makan kat sana sebab Wardah belum makan nasi pagi tu, jadinya laparrrr nasik! hihi. Wardah makan kat foodcourt je. Dah lapar nasik sangat. Wardah order je nasi ayam. Tu je yang nampak sedappp. Hhu. 
Kat K.B Mall kat foodcourt kami lepak je. Borak-borak, santai-santai. Lama tak jumpa kan. Tu yang banyak ceghiittaaaa tu. Hihi. Wardah makan nasi ayam, dia makan simple2 je macam hot dog ngan kentang dengan cheese. Sedap jugak. Hihi. terliur pulak rasanya bila ingat balik. Air Wardah order Milo Dinasour. Hahahakk. Milo Ais tambah Aiskrim Vanila satu scoop besar, sebelum letak aiskrim, dia tabur Milo banyakkkk oooo. Sedappp aiiii. lupa nak amek gambar! hahaha XD
Wardah dengan kawan lama. terpaksa tutup muka dia. :)
 Muka Wardah dah membulat sekarang ni. pipi pun dah naik. T.T
Dulu dia tak pernah pakai tudung lilit-lilit ni. Hihi. Dah ada perkembangan baik la tuuu. Comel je dia. Lepas puas bersembang, kami pun bergerak ke Bazaar Tok Guru. 

bazar tok guru

Bazar Tok Guru ni berdekatan je dengan K.B Mall. Adalah dalam 5 ke 10 minit. Ada 3 tingkat, tapi kata sahabat Wardah tadi, yang belah bawah je yang salu dibuka. Tadi kami pergi pun belum banyak kedai lagi dibuka. Mungkin kerana hari Jumaat kan. Sini dikira cuti, tapi tak pasti kedai di Bazar Tok Guru buka pukul berapa. Wardah pun ada membeli di sini. Beli 3 tudung bawal bidang 60. 

bawal bidang 60 murah

Cantikkan sulaman tudung ni? Wardah beli warna pink lembut dengan warna cream. Satu tudung dalam RM35 sahaja. Tapi dapat kurang jadi RM33 sehelai. Rasanya kalau ambil borong ni lagi murah rasanya. Ada juga beli warna merun, tudung bawal plain bidang 60. Hanya RM10 sahaja. Hihi. Memang tengah mencari bawal plain RM10 sahaja. Tak nak beli yang RM18 tuuu. Mahalll. Kawan-kawan beli RM10 akhirnya jumpakkk jugakk! hihi. 

Wardah teringin nak berbisnes tudung bidang 60 ni ke Melaka, tetapi baru sahaja berniat, harap termakbullah suatu hari nanti. Buat kecil-kecilan pun okeyh, mana tahu boleh berkembang meluas kan. Insya allah. :) Blouse, dress, telekung, pashmina, berbagai koleksi pakaian yang dijual di sini.Kata sahabat Wardah ni, di sini, Bazar Tok Guru ni, harganya lagi murah berbanding tempat-tempat lain. Tapi kene survey juga kedai-kedai hee. Pandai-pandailah banding harga ye.. ^^

Haaa, dah jumpa port baik punya untuk shopping. Apa lagi, kumpul duit banyak-banyaklah lepas ni. wakakaka. Bolehlah mak nak kirim barang-barang nanti. Haa, mak memang. Dengar je Kelantan, banyak tu nak dikirimnya suruh beli. *Padahal kita tak berjalan sangat pun di sini, melainkan ada orang nak bawak, muehehehe*

p/s : Puas berjalan, balik terus tertidoqqq sampai petang. Penat naaa. XD


5 Mar 2015

CPUV yang ke 22!! Alhamdulillah :)

Alhamdulillah, CPUV lagi !

Ribuan terima kasih pada Kakak Nuffnang Comel kerana memberikan kepercayaan sekali lagi kepada diri ini :)

Anda mahukan CPUV jugak? boleh ikuti tips diSInI :) Ni cara Wardah. Nak ikut boleh, tak nak ikut pun boleh :)

Okeylah, hari ni rasa malas sekali nak tulis entri panjang-panjang lebar. Insya allah hujung minggu macam biasa akan blogwalking ke blog-blog lain ^^ Insya allah :)

K bye!

p/s : Mood nak siapkan aseimen hihikk


Khamis Yang Biruuuu


Wardah di bilik guru. Hihi.

Layan gambar. Tanpa diedit hihi. Natural ^^


Abaikan pipi bam bam tu!! hahahahakkk :P

tata!!:)

p/s : hari penghujungkan, dah selesai kelas pulak tu... hahak


3 Mar 2015

Badan di Kelantan, jasad di Melaka

Dua minggu lagi. Nak ke mana?? Cuba fikir, apa yang ada dua mingguuuuu lagi?


**** 
Mata dah penat menatap laptop, mata dah penat tak tidur malam. Inikah ujian pelajar akhir tahun? XD berpujangga pula pagi ini. hahahakk. Badan berada di Kelantan tetapi jasadnya ada di Melaka. Buat kerja jadi tak jadi aje.... Nak buat kerja teringat pula katil dirumah, teringat pula masakan mak di kampung, teringat pula adik hari ini yang akan ambil keputusan SPM! Haishhh. Ape nak jadi. Ape nak jadi. Sampai sekarang ku menanti, bila nak cuti.. *nyanyi ikut lagu 'Ape Nak Jadi'*

hahaha, fikiran sudah melayang layang ke Melaka, teringat pula Saga MCN ku. hahaha. Apa khabar kucing kesayangan Mimo yang gebu? huuuu. Moga makin gemuk dan gebu. Moga masih kenal tuan Wardah Aneesa. Tak sabar nak peluk cium si Mimo comel. Haishhhh MIMO!! 

Buat kawan-kawan. Kalau ade yang bacalah,sengih-sengihlah nanti. :P buat exclassmateku. Jangan lupa temujanji kita nak berjumpa di majlis kawen syazwani! Eh, syazwanilah sangat. Wanyyy errr. Semoga Wardah dapat berjumpa dengan mereka. Haishh. Rindu yang amat! Nak berjumpa di majlis perkhawinan Cik Wany, lepas ni berpuan-puan dah dia... Wany rakan perempuan sulung yang akan berkahwin! yang lain bila lagi ya?? hihi

termenung nasib diri

hari demi hari, menanti hari, menunggu cuti.
hari ini sudah Selasa, yang ku tunggu hari Khamis,
Esok dahulu yang perlu dihadapi,
Observe lagi dari ustaz berkumis,

Rasa nak lari dari kesibukan dunia,
Cari bantal empuk dan tidur sepuas-puasnya,
Apakan daya, inilah keadaanya,
Kiri, kanan, atas, bawah, bertimpa kerja,

Duhai tangan, kaki dan juga mata,
Moga kuat hingga ke akhirnya,
Tabahlah hadapi kehidupan nyata, 
Tak tahu macam mana nak kata apa.

Subhanallah, Walhamdulillah, wallahu akhbar!

p/s : Haih, terasa nak makan pizza, cokelat haha XD


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...