Pages




Showing posts with label produk kecantikan. Show all posts
Showing posts with label produk kecantikan. Show all posts

16 Dec 2014

Review / Testimonial Premium Beautiful Oleh Diri Sendiri

Hai, pe khabar? Ape kebenda Premium Beautiful ni? 

korset cantikkan badan

inilah Premium Beautiful. Ataupun dengan mudah Wardah panggilnya dengan nama Korset. 
First time cuba sahaja dah kuar angin-angin satu badan. sendawa. belum sampai sejam pun pakai masa tue. Masa itu adalah percubaan pemakaian PB dengan tunjuk ajar daripada CDM Bayzura. Masa pakai ni tak sampai setengah jam, Wardah sudah rasa pening-pening sikit. Tanya sis Bayzura dia kata kesan dia memang cepat.  

SEDIKIT PENGENALAN TENTANG PREMIUM BEAUTIFUL :

Premium Beautiful merupakan set pakaian dalam wanita yang terdiri daripada coli panjang (long brassiere), bengkung pinggang (waist nipper) dan seluar dalam panjang (long girdle). Set ini juga digunakan untuk membentuk kontur keseluruhan badan supaya nampak menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang.

Teknologi pembuatan PB adalah hasil gabungan pakar-pakar perubatan Jerman, Jepun, China dan USA. Mereka telah menghasilkan fabrik yang berteknologi tinggi dan canggih yang dipanggil Akwatek dan Akwadyne. Ianya juga telah ditenun sulam bersama-sama Far Infra Red (F.I.R).

Cawan coli dengan 3 keping jahitan stereoskopik dapat menolak ke atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada
Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan. 

Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutupi bahagian belakang badan, dapatmenyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, turut mengatasi masalah badan besar. 
Rekaan U pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang. 

Tujuh batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk. 
Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, mempergiatkan pengagihan lemak ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang
Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang
Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu. 


32 keping jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian. Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempersona dan meninggikan pinggul. Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna. Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempersona. Mampatan yang tetap keatas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut buncit. Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada persekitaran peha, membentuk kontur peha yang menarik. 
Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan
Penggunaan renda yang fleksibel, mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar. 

Kredit dari HONEYBEE

************************************************************************
FAR INFRARED HEAT ENERGY IN PREMIUM BEAUTIFUL???


So, Far Infrared Ray banyak digunakan untuk medical and beauty purposes. Memang berbelanja banyak untuk dapatkan treatment Far Infrared sauna. Sekarang ni dont worry, tak payah pergi sauna. Dalam Premium Beautiful corset pun ada FIR.

So macam mana FIR ini disulam dalam Premium Beautiful?
- melalui bioseramik – sejenis seramik yang mengeluarkan FIR
- terdiri formula tertentu yang dalam bentuk mentah dicipta menjadi serbuk.
- serbuk bertukar ke dalam campuran cecair yang kemudian tersemperit ke dalam gentian.
- kain ditenun dan kemudian dicampur dengan mineral oksida, seperti Oksida Silika (SiO2) dan Dioxide Aluminium (Al2O3).
- campuran ini juga termasuk nano zarah fotokatalis bersaiz far infrared ray.
- zarah-zarah ini berkhidmat untuk memancarkan far infrared ray pada suhu yang sesuai dengan tubuh manusia.
- nano bersaiz infrared ray dan zarah fotokatalis yang dicampurkan bersama-sama dengan bahan-bahan mentah serat semasa proses pengeluaran.
- gentian menjadi lebih hydrophilic dan selesa pada kulit.

Main functions of Far Infrared Ray in Premium Beautiful

1) Membersihkan darah daripada toksin dan menukarkan darah berasid kepada darah beralkali lemah : 

- Pemejalan dan kekenyalan kulit
- Merawat beberapa penyakit kulit and allergies
- Pemejalan saluran nadi
- Pemulihan penyakit darah tinggi
- Memelihara daripada mendapat strok
- Memelihara daripada mendapat penyakit jantung
- Mencegah kanser
- Merawat bronchitis
- Merawat lelah / asthma
- Menghilangkan sembelit, sakit bahu, pinggang, lutut, kaki dan kesukaran untuk tidur lena
- Menghilangkan radang usus dan perut
- Merawat hepatitis

2) Merangsang sel-sel yang lemah dan tidak aktif untuk meningkatkan kadar metabolisme : 

Memulihkan :
- Sakit pundi kencing
- Radang usus dan perut
- Hepatitis
- Kencing manis
- Masalah buah pinggang
- Penyakit rahim (fibroid)
- Kesuburan wanita
- Buasir
- Mengurangkan berat badan
- Keletihan dan lesu

3) Memperbaiki dan memulihkan ketidakseimbangan sistem saraf autonomi serta menstabilkan fungsi organ-organ dalam badan.

Memulihkan :
- Kesukaran tidur lena
- Perasaan cepat marah
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Telinga berdengung
- Sakit saraf di kepala atau muka (migrain)
- Hilang tenaga
- Kulit kering


kredit to zianaazizan.com

Ini pula adalah review atau testimonial dari diri Wardah :D

Mula pakai, for the first day, memang rasa susah gila nak pakai. Berejam kot nak siap pakai Premium Beautiful ni. Nak nak bila pakai Long Gridle tue agak payah sikit. Kesan pada first day pakai badan memang gatal-gatal je. Bila rujuk pada CDM Bayzura tu, dia kata if terlalu gatal boleh berhenti 2 ke 3 hari sebab badan banyak toksid. Badan pun cepat berpeluh gak masa tu. Semua kesan ni merupakan healing crisis. Wardah berhenti pakai 2 ke 3 hari sebab badan Wardah terlalu gatal, betul juga mungkin badan Wardah banyak toksid. Lain orang lain kesannya.

Pada tarikh 28 Nov saya mula pakai semula. Sebelum ini Wardah berhenti sekejap, sebabnya saya rasa tak tahan dengan semua keadaan yang gatal-gatal tu. Bila Wardah search pasal kesan pemakaian Premium Beautiful ni ada yang sampai demam-demam, ada yang biasa aje. Wardah terima mungkin badan Wardah banyak angin dan sebagainya. Lagipun Wardah pernah excident sebelum ni, mungkin banyak angin disebabkan accident tu. huhu.  Bila saya cuba search dan tanya pada yang lebih pakar, Wardah mahu nekad memulakan semula pakai Premium Beautiful ni. All of tat situation adalah healing crisis. Penyaktoksidan pada badan.Kat sini ada Leader-leader yang terang kenapa jadi semua tu. Klik SINI ! Mula-mula memang tak biasa, lama-kelamaan kita akan terbiasa. Siyesly!

Kenapa saya perlu pakai? Badan dah cukup kurus, buat apa lagi nak pakai?? 

Bila difikirkan balik, saya sangatlah kurus, underweight, cutting badan pun tak ada sangat. Sory to say, kawan-kawan cakap saya tak ada pinggul. huhu. sedih tak? sedih tak? memang tersangatlah sedih. T.T Jadinya, bagi nak reshape badan saya ni, saya nekad nak cuba semula PB tiap-tiap hari. Mulanya pada 28 Nov 2014. Saya memang pakai sampaikan saat saya menaip sekarang pun masih lagi tengah memakainya. :)  Kebiasaan corset biasa yang bukan Premium Beautiful shapenya akan kendur, longgar sebab kualiti tak sama dengan Premium Beautiful ni. Premium Beautiful ni, kualitinya tak berubah, sama seperti hari pertama anda pakai. Tak percaya?? Cubalah dahulu. Wardah SUDAH, ANDA BAGAIMANA? :)

Hari pertama mula balik pakai ni, macam biasa peluh-peluh dan pening-pening sikit. Bila pening kita kene minum banyak air. Memang kita memang kene minum air yang banyak kan? Jangan lupa tu.. Bila dah selalu terbiasa dengan minum air 7-8 liter sehari, kesihatan kita pun terjaga taw. Pening kepala tu akan berkurangan. Kita pun jadi mudah lawas. Alhamdulillah, hari ketiga pakai dah biasakan diri supaya jalan tegak. bila kita membongkok kite akan rasa tak selesa. Siyesly bila buka korset ni, kita akan terbiasa jalan tegak. ^^ Keyakinan nak jalan pun tak adalah huru hara, jalan dengan tegak dan berani. Sekarang dah tiada peluh-peluh macam mula-mula pakai, sekarang sudah selesa dan biasa dengan PB ini. Memang superblah orang kata. Kalau tak pakai rasa tak biasa pulak. hihi. Haaa, pakai PB pun kita akan jadi mudah lawas taw. Siapa yang selalu sembelit tu, boleh la pakai, waranty seumur hidup taw. Jadi, tak rugi pun dapatkannya . :D

Bagi Wardah Premium Beautiful ini banyak membantu Wardah perbetulkan cara Wardah duduk, dan berjalan. Bila dah pakai korset Premium Beautiful ini, secara naturalnya kita akan duduk secara tegak, dan berjalan pun dengan yakin. ^^ Hari ini pulak, 12hb Dis 2014 ni, saya dah biasa dengan korset Premium Beautiful ni. Pakai pun dah tak lama, sekejap sahaja tempoh nak siap pakai Premium Beautiful berbanding dengan waktu mula-mula pakai. Wardah ada gastrik, jadinya Wardah kene konsisten makan, supaya kat bahagian tu tak sakit. Korset Premium Beautiful ni memang dapat detect sakit kita. Sekarang badan pun dah ada cutting sikit. Pakai baju ape-ape, dress, jubah, semuanya cantik terletak. Alhamdulillah. Migrain pun dah jarang melekat dekat kepala. Sekarang Wardah memang kuat makan, mungkin effect Premium Beautiful jugak. Alhamdulillah sangat-sangat. Macam taw taw ke kan PB saya underweight. hihi

Premium Beautiful ni banyak sangat kebaikannya. Bagi yang nak kurus pun boleh guna. Tak percaya? Bukan fokus pada kurus atau gemuk sahaja, malah semua orang boleh memakainya. Ini kerana Premium Beautiful ni dibuat dengan berdasarkan 30 % KEcAnTikan dan 70% KesIhaTan. Rozita Che Wan pun pakai, boleh tengokkan badan dia macam mana. Kelassss gitu! 


Penyakit yang dapat dihindarkan
Yang ini adalah testimonial orang yang paling hampir dengan Wardah, kak Wany. Bagi sesiapa yang nak ambil gambar akak Wany ni, tolong bagitahu Wardah ya. Wardah sudah minta izin kat dia letak kat blog Wardah. Yang lain nak tepek testimonial PB jangan amek sini na, TOLONG bagitahu Wardah dahulu supaya Wardah boleh tanya owner badan. Harap sangat-sangat. 


Kesan pemakaian Premium Beautiful

nampakkan bezanya? Akak ni dah berjaya cantikkan tubuh badannya. See, terletak cantik aje. ^^

Orang Kurus memakai Premium Beautiful
ni antara gambar Wardah masa pakai Premium Beautiful

Keadaan semasa duduk Premium Beautiful
Duduk-duduk aje. Tapi tengok, duduk tegak je.. abaikan gambar kedua tu, tengah buat muka tak lawa, tu yang tutup tue.. huhu Gambar nie diambil secara ramai-ramai, Wardah tak suruh pun cameraman ambil eah. Dia ambil gambar beramai-ramai dalam satu majlis tu. Tu yang crop tu.. Nak bagi nampak jelas pada semua.

gambar-gambar di bawah ini semuanya berkaitan dengan Premium Beautiful. Bagi yang mempunyai berat berlebihan sangat-sangat di galakkan. Yang kurus pun boleh. Semua orang boleh memakainya. Semua orang digalakkan sebab Premium Beautiful ni dibuat untuk kesihatan. Banyak lagi testimonial yang memang gempak untuk korunk, tapi ini just review daripada diri saya. Korunk boleh google mesti banyak yang keluar. :D 

Seksi Premium Beautiful




Penyakit yang dapat diatasi menggunakan PB
penyakit-penyakit yang boleh diatasi apabila menggunakan Premium Beautiful :) 


pakaian dalam PB


bagi sesiapa yang berminat nak pakai Premium BEautiful ini, boleh hubungi Kak Wany seperti gambar dia di atas tadi sebab saya tak jual, saya memakainya. 

Anda boleh terus hubungi sis Wany di  0132508387.

Boleh wassap / msg / kol di 0132508387 ^^

Terima kasih 

adios!


11 Dec 2014

Review : Senarai Produk Pencuci Mukaku

hai semua! Hari ini terasa nak cerita pasal produk pencuci muka yang pernah Wardah pakai dari dulu sampailah sekarang. *aih, macam banyak je* ahhaha. memang tersangatlah banyak. huhu. 
Macam-macam dan semua inilah produk yang pernah Wardah pakai. 
Review ini diceritakan berdasarkan pengalaman Wardah dan kulit muka Wardah dan hasilnya mungkin sama dengan orang lain, mungkin juga akan berbeza. Jadi jangan kata produk ini tak bagus, semuanya bagus tetapi sesuai atau tidak bergantung pada kulit muka kita. :D
1. Pencuci Muka Facial Cleanser CNI, sekolah menengah rendah, mula daripada Form 1 hingga form 3. Sebenarnya Wardah tak pernah pilih pun masa ni nak pakai produk yang mana satu, sebabnya tak pernah terfikir pun nak jaga kulit muka. Produk ni di suggestkan oleh ayah Wardah, sebabnya ayah Wardah dulu jual barang-barang dari syarikat CNI ni. Jadinya ayah yang belikan. Ngeee. Bertuah sangat masa tu, bila dah habis minta aje kat ayah. 
Pembersih Muka Kualiti

Facial Cleanser CNI ni? best sangat pakai, memang lepas basuh muka tu rasa bersih je muka. Bau pun wangi je. Masa nie muka Wardah belum bermasaalah. Alhamdulillah, maintain je pakai. 

Produk kedua, ialah Safi Balqis Perfect 10.
Safi Balqis
Lepas menengah rendah, Wardah nak cuba plak produk yang lain. Sebabnya masa ni Wardah tengok ramai kawan yang pakai Safi Balqis. So, masa ni pengaruh kawan-kawan la. hahakk. Tukar pencuci muka. Safi Balqis memang best, siap ada krim muka, toner, tapi tak pakai sangat pun toner, krim muka semua tu. hahakkk. Bertuah sangat Wardah ni. Kalau nak kuar memana jenjalan ke baru la sapu krim muka then tepek bedak loose tu. haha. Memang tak pandai sangat jaga muka masa ni. Sampailah abes SPM guna Safi Balqis ni. Produk pencuci muka Safi Balqis ni pun tak ada masalah dengan kulit muka Wardah. Hinggalah satu hari tu, masa kat foundation Maktab Perguruan tu, ada naik jerawat. Jerawat degil. Wardah sampai putus asa sebab yang naik tu jerawat besar besar. So memang senyum je la kalau orang tegur. Alhamdulillah tak banyak. seketul dua macam tu tapi besarr. huhu.

Kawan-kawan kata sebab produk tue mula tak serasi dengan kulit kita ataupun Wardah sendiri fikir perubahan hormon kowt. Nak membesar agaknya. Jadi Wardah cubalah produk-produk lain. Lepas ni memang banyak sangat tukar sebab Wardah dah terpengaruh dengan pencuci muka yang dijual online. Hahaha. So, masa tue mulanya tertarik dengan Sabun Susu Beras ni. 

Sabun Susu Beras : 
Testimoni Sabun Susu Beras
Sabun susu beras krim siang dan krim SPF. 

Masa ni Wardah terpengaruh dengan testimonial yang banyak sangat kata bagus. Murah pun murah. Bau krim dia, tekstur dia memang best sangat masa tue. Wangi dan ringan bila pakai kat muka. Wardah beli banyak, dalam enam ketul macam tu. Last2 Wardah tak pakai dan bagi terus kat adik lelaki pakai. Bila Wardah pakai naik jerawat mungkin tak sesuai dengan Wardah rasanya. Bila adik Wardah pakai, okey sangat dengan muka dia. Hilang semua jerawat. Siyesly. Tak tipu. Dulu muka adik Wardah memang penuh jerawat. Bila dia guna sabun susu beras ni, memang lain muka dia skang. Bolehlah google2 tanya harga pasal sabun susu beras ni. Memang murah. Wardah tak jual taw ^^

Pencuci Muka Sabun Beras
Review Sabun Susu Beras
Selepas je merajuk dengan sabun susu beras tu, Wardah guna pencuci muka Sabun Beras. Yang nie beza, sebab tadi tu ketulan kotak kan. Yang ni dia macam pencuci muka yang ada kat pasaran. Pencuci muka sabun beras nie memang best. Wangi dan tahan lama. Wardah guna pencuci muka ni adalah dua kali pakai maksudnya dua kali beli. Muka jadi makin putih. Jerawat pun makin kurang. Jerawat degil ada lagi. Tak hilang. Mungkin ambil masa kowt. Pencuci ni harganya tak silap belas-belas je. Pencuci muka sabun beras ni pun recommend sangat2 buat siapa yang nak pakai. Wardah berhenti pakai sebab masa tu tak tahu nak beli kat mana memandangkan duit pun dah kehabisan. 
Sabun Eumora seperti gambar kat bawah ni disuggestkan oleh sepupu Wardah sendiri. Harganya agak mahal. Bar yang lagi kecil dari gambar di bawah ni, harganya RM25. huhu. Beli yang besar mungkin RM50 lebih. Masa ni dah naik PISMP, bukan masa foundation dah. Wardah guna sabun ni sebab fikir nak hilangkan jerawat batu. Hmmm, memang lama sangat jerawat batu ni bertepek kat muka Wardah. Gerun sangat. Macam gunung berapi yang nak meletup tu. Malu pun memang ade, yang peliknya belah situ je dia ada. Kawasan muka lain memang ok je tak ada jerawat pasir atau ape. huhu.
Testimoni Eumora
Sabun ni susah sikit nak jaga. Lepas guna jangan bagi air banyak dalam bekas, nanti sabun ni cepat habis, jadinya pasti ia disimpan kat tempat kering. Ngee. Petua jimat. Hihi. Pakai sabun eumora ni pun ada caranya. Kalau salah cara betulkan nanti ya. Buihkan sabun ni, dan jangan lupa basahkan muka dahulu, dan tepek buih di jerawat tadi / tempat bermasalah. Wardah tak ingat sampai kering atau tak, tapi kene tunggu sampai kering rasanya. Lepas tu cuci. Wardah pakai sekejap je sebab cepat habis. Jerawat kecut jugak, jadi lebih kecil dari before. huhukk. Kira ada perkembangan positif jugaklah. Lepas tu Wardah tukar pencuci muka lain. Alasannya sebab cepat habis dan mahal. T.T
 
Pencuci Muka CLinelle
 ,Clinelle,  Pernah torai yang nie plak tak? Masa ni pulak pergi farmasi, kawan-kawan rekemen kata nisa, baik pergi farmasi, nanti dia akan suggest produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita. huhu. Aleh-aleh pergi terbang duit den beli set trial ni. Clinelle ni sangat bagus, Paling suka dia punya pencuci. Bila pakai basuh muka memang rasa bersih je. Rasa benda-benda kotor kat muka macam dah dibuang. Rekomen untuk korang kalau-kalau korang nak torai kan. Tapi kene tanya phamacist yang mana sesuai dengan kulit muka korang sebab Clinelle ada sediakan mengikut kulit muka kita. Jerawat bosar masih aktif. hihi. Pencuci ni okeyh, cuma tak dapat hilangkan jerawat batu yang degil tue. hahaha. Harganya if guna set trial nie bolehlah tapi bila dah habis kene beli yang besar2 punya. Jadi Wardah tak berkemampuan nak beli. Jadi terpaksa berhenti.

Dengan reason yang sama kali ni, iaitu mencari pencuci muka yang biasa-biasa dan murah. Setelah di google2 produk yang paling sesuai untuk buang jerawat ialah! Clean n Clear for acne cleansing. Masa google pasal Clean and Clear ni lah baru Wardah tahu sebenarnya bagi muka yang ada jerawat, mestilah hapuskan jerawat dahulu barulah boleh guna pencuci muka yang ada pencerahan tu. Kalau kita guna Pencuci muka yang ada pencerahan tapi masa ada jerawat, itu akan menyebabkan jerawat naik. huhu. I think fakta tu betul. Jerawat yang perlu dihapuskan dahulu. Barulah leh tambah yang lain-lain.

Clean and Clear? How it is? 

YES, diakui Pencuci ni sangatlah best. Sebab memang akan kurangkan jerawat. Best sangat-sangat. Bagi yang mempunyai jerawat yang banyak, Wardah suggest cubalah Clean and Clear for acne cleansing. Memang akan nampak perubahan. Cuci 2 kali sehari je okeyh. Bila cuci muka banyak kali nanti kulit muka boleh kering. Pagi dan malam. ^^ Banyakkan jugak minum air, biar kulit muka kita tak nampak kusam. Masa guna Clean and Clear for acne cleansing ni. Wardah jugak guna Oxy dan T3 Mycin. Guna pencuci muka, lepas tu, tepek T3 Mycin ni. Bau T3 ni memang bau ubat jadi jangan pelikla dengan bau T3 ni yee. T3 ni sangat berkesan bagi hilangkan jerawat. Pakai dengan Clean and Clear for acne cleansing ni memang akan hilangkan jerawat. Masa Wardah pakai dulu hilang jerawat Wardah tapi bukan drastik hilang. Kenelah banyak bersabar ye. ^^ Jaga jugak kebersihan sekeliling kita supaya muka kita pun turut terjaga. :D Alhamdulillah memang puas hati sangat dengan Clean and Clear versi acne cleansing ni. 
Pencuci Anti Jerawat
Rawatan Jerawat
Penghapus Jerawat Degil

inilah yang diperlukan sebagai treatment HAPUS JERAWAT! Alhamdulillah, walaupun tak guna produk yang mahal-mahal macam sebelum ni, Wardah memang happy sangat jerawat batu gunung berapi tue susut sikit demi sedeikit. Memang happy sangatlah. T3 Mycin nie harga dia bawah RM50 tak silap. Tahan lama, pakai dia pun senang. Just dap dap dap je lepas cuci muka. Tepek dekat kawasan yang bermasalah tue. Oxy pun Wardah guna sebelum tidur. Tapi AWAS!! Oxy nie pedih sikit. Ngeeee. Tahan je lakannnn..
Senarai produk kat bawah ni jugak alasan terpengaruh dengan shopping online. hihikk. Tapi tiga-tiga sabun di bawah ni semuanya sangat berkualiti dan best sangat-sangat. Ada perbezaan yang positif bila guna sabun-sabun ni. Wardah guna dalam masa yang berlainan ye. Bukan pakai sekaligus. Yang pertama ialah Blinq BEauty Bar.
Blinq Beauty Bar ni diperbuat daripada lumpur gunung berapi. Sangat tahan lama, baunya bau lumpur. Memang sangat berkesan. Kulit muka jadi putih, lebih cerah dan nampak lebih bersih. Tengok ketebalan sabun ni, harga pun okeyh. Kesan pemakaian sabun ni mungkin tak nampak terus, tapi bila pakai secara konsisten dan lama, hasilnya akan nampak. Jujurnya sabun nie menjimatkan dan sangat tahan lama. Wardah pakai 2 ke 3 bulan jugakla. Mungkin lebih daripada tu. Sabun ni sangat sesuai buat semua. Kita semua tahu kebaikan lumpur kan? Ia jugak buat kulit muka kita rasa bersih dan tegang lepas cuci muka dengannya. Cikdemok pun puji juga muka Wardah nampak lagi bersih. Masa nie dah tak ada jerawat gunung berapi dah. Alhamdulillah lepas guna Clean n clear tu kecut semua ^^. Sebab tu toraii Blinq Beauty Bar ni. hihi ^^
Sabun diperbuat daripada lumpur
nak try Blinq Beauty Bar ni? Boleh terus pm kat page Blinq Hq Offial yee ^^

Selepas tu plak, abang Wardah dia suruh Wardah torai Sabun Marine Essence ni.. Sabun nie memang suberb. Bau yang wangi dan buih dia lagi halus. Memang semerbak bau dia. Masa buih dia mengering boleh nampak macam berkristal-kristal. Cantik sangat. Cara nak menjimatkan adalah dengan memotong sabun ni untuk di gunakan. Kalau guna segemgam memang cepat habis. hihi. Tengok macam dalam gambar kat bawah ni, besar kan sabun ni?? Bau sangatlah wangi. 1 kotak ada 3 sabun, Nak tahu harga? Terus contact my brother : 01303981905 Mohd Syafiq. Sebab abang Wardah yang jual. hihi. Kira Wardah dia suruh torai untuk bagitahu keberkesanan sabun ni dengan muka Wardah. 
Natural Sabun Anti Jerawat

Review Sabun Marine Essence : Awal pakai memang akan mengeluarkan jerawat, but certain orang dia akan hapuskan jerawat. Masa tu berlakulah healing crisis, jadinya teruskan sahaja pemakaian sabun ni. Alhamdulillah, lepas lama-lama tu jerawat pun cabut lari. Hihi. Korang mesti akan suka punya sebab bukan boleh guna kat muka je, kat seluruh badan pun boleh. Lagi-lagi if kita nak hilangkan kesan hitam yang ada kat celah ketiak, celah kelangkang dan mana-mana lagi. Tak adalah kita malu dengan ketiak kita. Wakakaka. Okey sambung. Sabun Marine Essence ni pun akan mencerahkan kulit wajah. Tak percaya?? Cubalah dahulu. Gerenti korang akan fall in love dengan bau sabun ni yang sangat wangi. Kalau letak kat bilik air, dah macam letak pewangi bilik air. Hahaha. Siyes tak tipu. Sabun ni diperbuat daripada garam mineral. Sangat natural okey. 

Jadinya buat sesiapa yang nak order boleh contact ngan abang aku...  01303981905 Mohd Syafiq. Insya allah boleh cod jika berdekatan, Apa-apa tanya my brother ok? 

Last produk pencuci muka yang Wardah try ialah :
 Sabun Glutathione Nutri-Birdnest Soap / Love Soap / GNBS Soap
Sabun Anti Jerawat
Secara jujurnya Wardah ada try sabun ni di maktab juga, dan alhamdulillah sabun ni pun serasi dengan Wardah,masa just try sebab member suruh try an error kat muka. Masa tempoh trying tu, ada bintik hitam kat muka yang bukan tahi lalat, dia blackhead yang besar. Tapi lama sangat kat muka tak pernah terfikir dia akan terkeluar; Macam mana boleh terkeluar?? Masa empoh trying guna sabun love ni Blackhead terkeluar. Memang tak keluar secara sendiri. Masa tu Wardah tengah belek-belek muka. Ada tengok kat muka ada blackhead. Try macam main-main kat situ. Sekali dengan mudahnya blackhead tu keluar. Tak kene pakai alat apa-apa pun. Wardah memang terkejut sangat masa tu. 

So, memang superb sangat love soap ni. Wardah pernah beli sabun ni tiga sekaligus. Simpan dua untuk jual kat orang. Bila dah cuti panjang kat rumah ni, koleksi sabun marine essence pun dah habis. Jadinya ada dua ketul lagi simpanan kat rumah. Tu yang sambung semula pakai sabun love ni. Jangan amalkan pemakaian sabun pencuci macam Wardah ni, tak elok sebab asyik tukar-tukar. Ingat taw semua. Wardah bila nak tukar pencuci Wardah akan biarkan muka tanpa mana-mana pencuci muka selama seminggu. Lepas tu baru guna yang baru. Masa dalam seminggu tu cuci muka dengan air suam je. Huhu. 

Kebaikan sabun GNBS ni ialah :

1 - Bila kita basuh muka dengan sabun ni, kita digalakkan untuk biarkan seminit /sekejap kat muka buih dia. Masa tu rasa sejuk je kat muka. Bestkan? Sejuk dan tenang je rasa. Lepas tu bilas. Rasa bersih je lepas tu.

2 - Sabun ni memang bagus untuk hapuskan jerawat. Guna secara konsisten dan dua kali sehari. Macam biasa bila kita guna produk pencuci muka. Jangan berlebihan cuci muka. Tak elok. 

3 - Warna sabun ni warna pink - warna kesukaan Wardah. hahaha. 

4 - Bau sabun ni pun wangi ^^

5 - Lepas basuh muka, letak toner dan pelembap. (basic yang anda perlu tahu, ilmu yang diberi oleh konsultant kat page Cza)

Bagi sesiapa yang berminat dengan sabun ni boleh terus ke page Cza Dboutique & Beauty. Buat owner page kak Cza kita minta izin kat sini review produk akak ya. 

Page ini pun ada menjual serum, toner, bb cream, pelembap  dan pelbagai produk kecantikan yang lain. Minuman kesihatan, info-info kecantikan diri pun ada. Bolehlah jenguk page Cza Dboutique & Beauty
Sangat direkomenkan buat muka yang bermasalah, berjerawat, kusam, dan bagi yang nak nampkkan muka yang flawless dan glowing macam owner page ni. :D

Setakat itu sahaja review tentang semua produk pencuci muka yang pernah Wardah pakai. 

Belanja satu ke dua gambar ya ^^

Kulit Muka tanpa Edit

Muka dengan jerawat

dua-dua tanpa edit ^^
mata yang lebam tue sebab Wardah kurang tidur.. huhu, dulu ada jerawat besar skang alhamdulillah. dah kurang. tinggal jerawat kecil-kecil dan lubang2 parut je. :) Apa-apapun alhamdulillah. :D Wardah heppy dengan muka Wardah yang sekarang. heee :)
 


SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...