13 Jan 2015

Perjuangan Satu : Selamat Sampai dan Mula Belajar#1

Alhamdulillah. pada 10hb 8.00 lagi Wardah dah selamat sampai di bumi Kota Bharu, Kelantan. Naik bus ekpress perdana yang sangat bagus pemandunya. Bertolak pada 8.30 malam. Dengan lambaian mak dan adik-beradik semua, bus pun berlalu pergi. Walaupun Wardah agak segan masa nak naik bus sebab barang banyak, naik jugaklah memikirkan diri ini nak sambung belajar final year. Tu yang banyak tu barang. Hihi. 
Bus Ekpress Perdana Dua Tingkat
Adik wasap gambar pergi. Mak yang pakai baju bunga-bunga biru tu. Inilah bus Ekpress Perdana dua tingkat. Printer terpaksa angkut letak kat seat hihi. Terpaksalah sempit sikit. Hoho. Tapi aircond dalam bus tak menahan, sejuknya memang sangat-sangatlah sejuk, nasib baik sudah pakai sweater masa tu. Itupun masih sejuk jugak. 

Review Bus Ekpress Perdana :

Bus dua tingkat yang mempunyai tempat simpanan beg yang luas. Seorang boleh letak dua beg kat store tu. Masa bertolak pukul 8.30 malam, Wardah rasa mungkin pemandu berhenti solat isyak yang menyebabkan lambat sedikit dari masa sebenar. Hampir pukul sembilan malam jugaklah bergerak. Bus tak bertolak di stesen bus Masjid Tanah, jadinya kene pergi ke Stesen Bas Alor Gajah. Bus bergerak dari situ. Seat yang Wardah naik seat single. Seat single kat belah kanan, belakang pemandu bas. Manakala, dua seat lagi belah kiri. 

Baiknya pemandu sangat teliti, check sorang-sorang semua dah masuk ke tidak setiap kali perhentian untuk makan / solat. Apabila tiba kat Kelantan, pemandu akan berhenti setiap daerah dan Kota Bharu antara yang last sekali. Kat Kota Bharu ada terminal MPKB berdekatan dengan Tesco. Wardah turun kat situ. Sini ada stesen bas yang besar di mana ada kedai-kedai yang menjual tiket bus. Setiap perhentian bus yang pemandu berhenti hantar penumpang sebelum tiba di Kota Bharu adalah bus stand yang kecil-kecil je. Pemandu juga berhenti untuk menunaikan Solat Subuh. Memang superb pemandu dia. 

Beg roda untuk ke asrama
Tengoklah barang-barang ni. Campur dua beg, beg galas belakang dan beg tangan. Dua-dua beg penuh dan berat. Hoho. Beg biru tu tersangatlah berat wokeyhhh. Masa ni duduk kat bangku yang tersedia sementara tunggu kawan ambil dan tidur di rumah dia. 

Dewan IPKB
Inilah Dewan IP Kota Bharu di mana semua pelajar berhimpun di sini. Sampai sana Wardah pun daftar dan hantar barang kat asrama. Esoknya Wardah dah mula masuk ke kelas.  Boleh baca link sebelumnya mengenai ianya juga di SINI :)

p/s : Hari ini takdo kelas, tu yang senang lenang je. 25hb Januari Wardah akan bermula praktikum. Hihi, doakan ya semua! :)

12 comments:

  1. good luck awak. dekat tempat orang hati kena kuat. mental kena bersedia selalu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, Thanks wak mendoakan. Tengah kuat-kuatkan hati juga ni,, naness jee :'(

      Delete
  2. gudluck wardah duk klate! nnt kalu ak balik klate... bole jumpa kalau ada rezzeki. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, mu org kelate ke? insya allah XD

      Delete
  3. semoga semuanya dipermudahkan kak wardah. jarang nampak pemandu bas yang menjaga solat. kdg2 sesetengah mereka ni tak berhenti pon utk solat., main langgar aje. huhu~~

    ReplyDelete
  4. Good luck yer.. Bleajar elok2..

    ReplyDelete
  5. Moga berjaya ye Wardah.. Kak Ros pun slalu naik bas. Tapi laluan dari selatan ke utara. Belum pernah ke pantai timur dngan bas

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...