Pages




15 May 2015

Tips Menghadapi Peperiksaan


Tips Menghadapi Peperiksaan | Hai semua. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Memandangkan peperiksaan Wardah pun hampir tiba ke harinya. Wardah nak share sedikit tips menghadapi peperiksaan. 

1. Cakna Tarikh Peperiksaan :

Pertama yang perlu dan wajib anda tahu ialah bilakah tarikh peperiksaan akan dibuat. Yela, penting kene tahu tarikh peperiksaan. Kalau boleh catit tarikh tu dalam reminder atau letakkan catatan dekat dashboard kat bilik ataupun letak note di laptop masing-masing. Ini tidak, memang tahu minggu depan periksa, tapi tak tahu harinya. Lol. Nanti orang dah jawab periksa ko melopong saja. XD

2. Buat Persediaan Rapi :

Belajar adalah sangat menyeronokkan
Study is interseting. Keep it up!
Kedua ialah persediaan menghadapi peperiksaan. Persediaan mental dan fizikal. 

Mental - Belajar dan cuba fahami apa yang dipelajari sem tersebut. Fokus pada subjek tersebut dan belajarlah betul-betul. Kuasailah subjek yang anda akan hadapi nanti. Tulis nota setelah anda fahami apa yang anda pelajari. Kira anda dapat tengok kefahaman anda berada ditahap mana. 

Selain itu, galakkan diri anda untuk tidak berputus asa dalam study. Motivasikan diri dan terus struggle walaupun mata pelajaran itu susah. Usahakan tangga kejayaan. Ingat tu.

Soalan spot. Jangan amalkan mempercayai soalan spot last minute. Ini sebenarnya membahayakan. Cuba bayangkan anda percaya sepenuhnya pada soalan spot akhirnya tiada satu pun soalan yang keluar. Ini tersangatlah membimbangkan.

Fizikal - Jaga kesihatan diri, jangan terleka dengan cuaca. Banyakkan minum air masak, jaga pemakanan supaya kita sentiasa cergas dan sihat. Kita juga digalakkan ambil makanan yang dapat menguatkan daya ingatan seperti kismis, gajus dan sebagainya.

Persediaan rapi juga termasuk alat tulis, item-item yang perlu dibawa semasa peperiksaan dan etika pemakaian semasa menghadapi peperiksaan. Pastikan alat tulis telah lengkap. Pen, pensil, pemadam, dan semuanya telah ada supaya tiadalah aktiviti pinjam meminjam di dalam bilik / dewan peperiksaan. Pastikan pengenalan pelajar dan i.c juga dibawa ketika peperiksaan. 

Pastikan juga pakaian kita memenuhi etika pemakaian semasa peperiksaan. Gosoklah baju sehari sebelum supaya semasa tiba hari peperiksaan kita tidaklah kelam kabut hendak melakukan macam-macam. Prepare yourself.

3. Belajar Secara Berkumpulan

Ada sesetengah orang sukakan belajar secara sendiri, ada yang suka belajar secara berkumpulan. Terpulang pada diri kita sesuai pada kaedah yang mana. Belajar secara berkumpulan sangat menjimatkan masa. Menjimatkan masa kita untuk belajar secara bersendirian. Satu kumpulan terdapat 5 ke 6 orang dan akan diberi tajuk yang berbeza. Kemudian, mereka akan menerangkan di dalam kumpulan ketika masanya. Semasa ini akan berlaku perbincangan yang akan memudahkan memahami apa yang dipelajari. 

Belajar bersendirian juga bagus. Kita dapat memahami dengan cara kita sendiri dalam mempelajari sesuatu topik. Terpulang kepada kita memilih yang mana sebagai kaedah yang lebih dekat dengan diri kita. 

Selamat menghadapi peperiksaan yang mendebarkan
Selamat menghadapi peperiksaan buat yang akan menghadapinya.. :)

4. D.U.I.T 

D - DOA, 
U - USAHA, 
I - ISTIQAMAH, 
T - TAWAKAL.

Selepas kita berhempas pulas belajar dan cuba menguasai sesuatu subjek, banyakkan berdoa, solat hajat supaya apa yang kita mudah menjawab soalan peperiksaan yang bakal dihadapi. Semoga segalanya berjalan lancar. Tawakal kepada Allah setelah selesai berusaha dengan semampu-mampu kita. 

Setakat itu sahaja perkongsian yang Wardah dapat kongsikan. Doakan Wardah ya yang akan mengambil peperiksaan pada 19 dan 25 Mei 2015. ^_^ Tips Menghadapi Peperiksaan 

No comments:

Post a Comment

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...