14 May 2015

Cakna IPG - Pemilihan Negeri Posting Selesai

Cakna IPG - Pemilihan Negeri Posting | Beberapa hari ini, masih terbayang-bayang lagi e-posting yang masih belum diisi oleh Wardah. Masih berfikir, bertanya dan berbincang dengan rakan-rakan,emak, dan ayah. Memang perlu cakna pun. As student of Institut Pendidikan Guru, pemilihan negeri posting ni adalah salah satu perkara yang sangat penting. Tapi dapat atau tak tempat yang dipilih itu ketentuan yang tak dapat dipastikan. 
Bila ditanya kepada mereka ini. Inilah jawapannya :
Emak Wardah :
Mak : Terpulang pada ko nak posting mana, macam mak jugak dulu, *kerja as askar* kene juga isi posting-posting ni.
W : Macam mana kalau nurul isi jauh-jauh, mak bagi ke?
Mak : Suka hati, tapi duit pergi balik tanggung sendirile, hihi.
Ayah Wardah :
Perbualan ni dah lama. 
"Nanti isi posting tu jangan letak jauh-jauh Sabah Sarawak tu"
Bincang dalam group keluarga pula : 
Abang : Letak yang dekat-dekat je
Isteri Abang : Letak dekat-dekat dengan tuttt hehe.. 
releven jugak kakak ipar Wardah ni haha

Bakal Jodoh :
Insya allah dekat-dekat je awak dengan saya. Aminn. :)

Wardah pulak :
Kalau boleh dekat dengan keluarga hee, tapi ikutlah ketentuan dapat mana nanti.
Tapi Wardah nak isi dekat-dekat dengan keluarga . :)
******************************
Pemilihan Negeri Posting Selesai Jua

Hari ini dalam pukul 2.00 petang dah siap submit e-posting. Tinggal dokumen-dokumen je yang perlu disahkan. Negeri mana menjadi pilihan? Mungkin after get posting nanti Wardah up entry balik. Insya allah.Buat kawan-kawan yang lain tuuu, dah pilih negeri pilihan anda? Jangan lambat-lambat. Untuk tahun 2015 ni boleh submit dekat Pengurusan Penempatan. Ada sedikit arahan dan ada link-link yang perlu dirujuk nanti. Wardah pun risau takut dokumen-dokumen ni tak sempat disahkan. Mudah-mudahan dapat setelkan dokumen-dokumen sebelum balik cuti sekolah nanti insya allah. 

Cakna IPG - Pemilihan Negeri Posting Selesai. Alhamdulillah!

4 comments:

  1. Semoga dipermudahkan semuanya Wardah

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah..moga dipermudahkan semua

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan wardah ya

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...