30 Dec 2014

Bercuti di Glory Beach Resort Part 1

Saat Wardah bercuti haritu, memang tak tenteram rasa hati bila tengok berita saudara-mara yang menghadapi musibah banjir. Hari Keluarga yang lepas haritu, memang tak dirancang rapi seperti yang sebelum ini. Sebelum ni ada permainan sukaneka, BBQ, dan pelbagai aktiviti yang lain. Baru-baru ni, hanya lepak-lepak sahaja. hoho. Memang merehatkan minda. Bila waktu petang, hujan mesti turun. Malam tak tahu nak lepak mana, Wardah ada bawa lappy peneman dengan hardisk. So marathon movie sajala. 
Biasanya kami akan sepakat sewa bilik sebelah-menyebelah. Tapi disebabkan kali ini macam tergesa-gesa buat family day ni, bayar on the spot pulak hoho kami terpisah jauh. Sedara-mara duduk jauh-jauh. Blok A dengan Blok F. hujung ke hujung. hoho. Kami bersantai di Glory Beach Resort. 
Wardah cerita Part I dulu ya. Masa pergi dan sudah sampai. Masa kami sampai pun dah petang, check in, lepak-lepak je dalam bilik. Adik-adik lelaki dah mula turun kolam. Lelaki tak ada keuzuran tu yang turun tu. Perempuan biasalah nak berteman baru lah dia turun. ye dak? Hari pertama jalan-jalan cuci mata saja. ^_^ Lagipun malam 24hb Dis tu kan malam Krismas, jadi berjalan-jalan sahaja nikmati pemandangan. 

nak mencapub satu gambar sendiri. wakaka. :P 
di bilik sendiri, dah siap packing!

dah sampai kat Glory Beach Resort, Mak Long Wardah yang pergi tanyakan bilik kami. Yang Wardah parking area sini adalah Blok A, blok yang Mak Long Wardah duduk. Blok kami hujung ke kiri, jauh sikit dengan blok yang Mak Long duduk.

Macam ni jalannya ke bilik-bilik yang lain. 


inilah rumah kami. Rumah kami dalam hotel ni. hoho. Ada peti ais, ada ruangan makan, pintu yang depan tu adalah pintu masuk, masuk-masuk aje ade single room sebelah kanan tu, jalan depan sikit barulah masuk ruang dapur. Belah peti ais yang ada cahaya lampu tu adalah dapur. Ada pintu boleh buka, and kat belakang pintu ada dapur gas. So bolehlah memasak kat sini. No problemo. Siap beraircond lagi. Ada televisyen, ada bilik yang master, kira ada katil yang untuk dua orang tu. Rumah kami ada dua bilik. 1 tandas. 

televisyen yang disediakan dapat kami melihat berita tentang mangsa-mangsa banjir. Televisyen ni jugak yang merakamkan aksi-aksi Pencetus Ummah Peringkat akhir. hihi. Tahniah PU AZMAN. hoho.


Jom kita tengok pemandangan yang dah disnap oleh Wardah dan adik-adik Wardah.  
pemandangan dari blok A. Lepak kat rumah mak long sambil snap gambar.


Jenjalan sambil tengok orang mandi. Nak tengok lagi besar boleh klik gambar ya.

Haaaa, nampak tak si baju oren tuh? Nilah pegawai yang jaga kolam renang ni. First time datang sini, strict sangat sampai tak boleh pakai baju tshirt mandi dalam kolam. Sekarang ada kelonggaran, yang perempuan boleh mandi tanpa pakai swimming suit. Boleh pakai tshirt biasa. Cuma yang lelaki kene buka baju, dan memakai seluar pendek. Seksi woo. huu,


ini juga pemandangan daripada Blok A sebab rumah yang Mak Long duduk menghadap pantai. Cantikkan? Gambar yang menghadap pantai semuanya candite daripada Blok A. Bagi sesiapa yang nak datang Glory Beach Resort ni bolehlah pilih bilik yang menghadap ke pantai. Cantik-cantik semua pemandangan dari atas taw.


Masa ni pantai airnya pasang. Nak tengok masa air surut? boleh tengok entry selepas ini, iaitu entry di mana saya dan keluarga turun masa air surut. Ngeee.

Petang yang syahdu dan mendamaikan...

Pemandangan sekitar waktu senja..

Pemandangan pada waktu malam. Malam-malam barulah saya dan adik-adik perempuan merayau. Pergi Blok Mak Long saya. hihi.


Taaarrraaaaaaaaaaaaa, ini adalah anak Busu. Namanya Akil. Bam bam kan?? Comel sangat!!!

ambil gambar kat liff hoho. Masa ni nak balik rumah sendiri bilik kiteorang. Penat jenjalan. ada je snap gambar kat kolam masa malam-malam tapi gambar tak cantik. Kamera henpon Wardah tak jelas sangat. Ada jugak gambar dalam ni guna camera adik Wardah, Galaxy Note. Tu yang cantik je kan gambar. Henphone mahal dan murah ketara kat kameranya. hoho. So terimalah seadanya camera henpone Wardah kureng sikit. hoho. 

Bila tiba malam, disebabkan tak ada cerita best kat tv, Wardah nak layan satu cerita ni. Tengok movie Nasi Tangas dengan adik-adik semua. hoho. Tutup bantal masing-masing. kahkahkah. Lepas tengok masing-masing geli nak makan nasi. hoho. 

Keesokkan harinya pula akan menanti entrynya lepas ini. Tunggu ya!!


Adios!

4 comments:

  1. Tgh consider nak pegi hotel ni..kat swimming pool lelaki memang tak boleh berbaju ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu tak boleh nanty wisel bunyii. Suruh bukak baju. Sekarang tak pasti klau ade jaga tu dah bagi ke.

      Delete
    2. Masa tu tak boleh nanty wisel bunyii. Suruh bukak baju. Sekarang tak pasti klau ade jaga tu dah bagi ke.

      Delete
    3. Owwhh..standard laa laki kena bukak baju..at least perempuan dibenarkan pakai t-shirt..

      Delete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...