31 Dec 2014

Bercuti di Glory Beach Resort Part II


Hari Kedua pulak, di Glory Beach Resort. Mandi kolam la gamaknya..Wardah tak mandi sebab ada reason tersendiri. Pagi-pagi bangun sarapan, mandi siap-siap. Tuptup Mak ngah Wardah pun sampai. Dia hanya dapat luangkan masa bersama sampai malam 25hb tersebut. Apa lagi lepas makan pagi tu, bawak cucu mak ngah yang pakai baju mandi warna pink ni mandi. Nurdina Sufiyah in da house! hihi. 

Yang ni la Wardah cakap, swimming suit WAJIB pakai masa first time kami datang dulu sebab ade pegawai yang jaga kolam renang ni. At least sekarang perempuan tak perlu pakai swimming suit dah boleh pakai tshirt biasa ngan seluar biasa masa mandi. So tak adalah seksi meksi sangat. kohkohkoh. Kalau tidak habis wisel tu mesti berbunyi je suruh tukar baju. Haish dasat.
peraturan pemakaian di kolam renang
Walaupun nampak macam dah lama signboard ni, tetap digunapakai walaupun dah longgar peraturannya.
Inilah Nurdina Suffiyah. Cucu Mak ngah, anak buah Wardah. Dah masam mukanya main air, penat lah tu, takpun sejuk.

Haaa, comel plus tembam sangat Nurdina ni, beratnya lebih 10kg taw. Sekarang lagi bersemangat. Penat den nak dukung dia. Baby yang dibawa mandi mesti ada ibu bapa atau penjaga yang sentiasa ada dengan dia. Kalau tidak, tidak melepas untuk dia mandi. Ni kat kawasan orang dewasa kowt. Dalam taw. 

Inilah mak (yang baju coklat) dan kembar dia, my Mak Lang. Dorunk duduk kat pinggir kolam je. Cecah air sampai pinggang macam tu. Kerusi ni sudah siap ada, tapi kalau nak duduk tengok pada kekosongan. Kene main rebut-rebut. hoho

Muka Dina penat mandi. Sejuklah dia..

Comel tak rambut versi baru dia? hahahaha. 

Tu cerita pada paginya. Petang pulak tengok kat pantai air surut ni. Masa kecik-kecik dahulu, bila air surut dekat rumah nenek (kat Pantai Klebang), kami suka cari binatang nama sepahat. Tak tahulah korunk tahu ke tak. Bentuk dia panjang-panjang, rasa macam isi kerang tu. Sekarang dah tak boleh cari sebab dah jadi dataran 1 Malaysia. hoho Masuk waktu petang, mak dengan mak lang nak berjalan kat pantai, angin pun sedap mendung aje. Tengoklah air surut hampir ke tengah surutnya air pantai. Kami pun joinlah sekaki.

pantai bila surut
Dua orang lelaki tu adik-adik lelaki Wardah, yang bertudung ungu kedua-duanya adik Wardah, yang kembar tu. Memula ingatkan pasir dia tak ada lumpur-lumpur macam tu, rupanya ada. kihkihkih.



keadaan pantai surut
Dari sini nampak tak warna merah-merah atas pasir pantai? Tak nampak sangat kan? Cuba tengok gambar bawah pulak.

pantai ketika surut
Yang ni nampak kan merah-merahnya? Bayangkan benda-benda tiny merah ni berjalan menuju kita masa kita jalan-jalan atas pasir pantai ni? hoho. Cuak tak? Wardah masa ni takut terpijak je benda tiny ni... Cuba teka apa itu. Tengok gambar bawah ni pulak.

ketam yang tersangat kecil
Ianya ketam. Sangat kecil saiznya. Ini dah keberapa kali zum agaknya. Memang tiny, Besar guli tue ada.. Kalau besar macam ni dah ramai cari ketam makan buat panggang. hahaha.

pantai berlumpur
Rupanya tanah dia pun berlumpur. Lagi dalam haha TAKUT! Jalan-jalan, ada tanah yang keras, jalan ke kiri pulak, termasuk ke dalam kaki.. kekeke, memang menjeritlah Wardah. haha. Aleh-aleh tengok mak dah sampai ke berdekatan kapal nelayan tu. Laju betul mak Wardah.

pantai dan lumpur
Seeee? tengoklah kedalamanya... SERAM.

jalan di pantai surut
Ini adik Wardah, kiteorang dah sampai ke kapal nelayan tu, dia lambat, sebelah dia tu kazen kami.. Dah macam pasangan bercinta bila tengok diaorang. kohkohkoh.


kapal nelayan di pantai surut
Perkarangan bot nelayan. Tak pergi dekat sangat pun. Tapi ni kat pantai yang surut taw, bukan pasir pantai yang pinggir tu..

Pantai di Glory Beach resort
Gambar ni pulak bertentangan dengan kapal nelayan tadi, Belah sini berlatar belakangkan chalet terapung. Cantik sangat!Ni je yang tercantik dan jelas gambarnya sebab cahaya so nampak gelap je.. wuuuu. 

pantai di Glory Beach Resort
Lepas bersihkan kaki daripada lumpur kiteorang relax kejap dekat tembok batu ni. Hirup udara segar walaupun tak berapa nak segar. kikiki.
Tips nak baby tidur lena malam hari ialah bawa picnin mana-mana pastikan dia mandi kolam ke air laut ke. Tapi kene ade orang awasilah. Tengok malam dia tidur awal tak merengek ke hape. hihi.

Bila malam tiba, biasalah kat mana-mana pun lepak-lepak aje tengok televisyen. Tak pun kalau ada aktiviti mesti BBQ sebab esok nak balik dah kan. Dekat dalam rumah masing-masing kat hotel ni ada air panas shower. So tak adalah mandi sejuk je bila naik bilik. hoho. Nak tengok gambar pemandangan lawa-lawa kat Glory Beach Resort ni? Boleh klik SINI. Memang cantik dan superb. 

okeyh itu sahaja..

adios!

1 comment:

  1. Teringat kenangan masa g PD reramai dulu. Pukul 3 pagi sampai sana and serbu pantai surut. Sampai ke pertengahan jugak la. Last2, lepas Subuh, masing2 terbongkang dalam khemah.. :D

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...