Pages




1 Aug 2015

Murid-murid Buat Suara Ombak Bila Aku Kembali


Murid-murid Buat Suara Ombak Bila Aku Kembali | Perkara paling happy bila aku balik ke sekolah praktikal ni ialah cara sambutan murid-murid kelas 4 Delima yang aku ngajar dulu. Memanglah mereka ni ada sahaja contact masa lepas habis praktikal, dengan ada yang mesej melalui facebook, ada yang mesej melalui sms, ada yang mesej di page Wardah Aneesa's Blog dan mesej melalui wassap. Advanced budak-budak sekarang. 

Masa bilanya suara OMBAK ni keluar haaa? hahahaha. Masa Wardah pergi masuk kelas mereka ni senyap-senyap masa cikgu-cikgu lain kene mesyuarat. Masa tu memang tak ada cikgu dalam kelas ni. Jadinya naklah lepas rindu sekejap dengan bekas anak-anak murid hihi. 

Masa masuk je ke dalam kelas. Terus sahaja mereka ni buat bunyi ombak.. "UuuuuuUUuuUUUuuuuuuuuUUUuuuuuuUUUuuuuuuu"
Terkejut pulak Wardah dengar sambutan mereka ni. Masa jamuan hari raya pulak, murid-murid boleh bawa handphone. Jadinya masa Wardah tengah makan dengan cikgu-cikgu lain ni siap datang dekat-dekat untuk ambil gambar. 

Huk3. Wardah ok je murid-murid nak ambil gambar. Tapi tak suka kene kerumun. Lagi-lagi dengan cikgu-cikgu lain ada dengan kita. Kesian cikgu-cikgu lain tak selesa dengan murid-murid tu. Dalam hati memanglah suka tapi seganlah dengan cikgu-cikgu senior sekolah tu.. 

Last-last ajak murid-murid tu pergi ke tempat lain untuk amek gambar. Huk3. Sembunyi-sembunyi tak bagi cikgu lain nampak. Malu sikit. hihi

Terima kasih murid-murid sebab sayangkan kat ustazah. Love uall jugak!

1 comment:

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...