Pages




23 Apr 2015

Naufal Syakirin Syaifullah Adik-adikku

Siapa yang kenal dengan adik Naufal Syakirin Syaifullah ini? 
Naufal Syakirin Syaifullah Adik-adikku

Inilah pemenang kedua program realiti Adik-adikku musim kelima. Haaaa. Macam-mana Wardah boleh dapat pulak gambar Naufal ni? Bertuah badan bila terdengar suara membaca doa dengan lunak dan merdu sekali. Dengan sekali mendengar suara Naufal ni terus terpikat. Cewahhh. Dia merupakan salah seorang murid di Sek Bukit Abal tempat Wardah praktikal ni. Lama dah tahuuu. Baru hari ni nak bercerita dekat bloggggg. ^_^

Perkembangan terbaru, beliau baru sahaja menang bertanding di peringkat MTQ yang lepas dan akan mewakili Kelantan dalam peringkat kebangsaan. Wow! Daebak Naufal ni. Sememangnya Wardah rasa rugi sebab tak mengajar Tahun 5. T.T Pernah juga berbual menanyakan tentang dirinya kepada ibunya yang merupakan Ustazah di sekolah ini. Katanya bakat memang sudah terserlah sejak dari kecik, ini kerana dari peringkat kecil lagi sudah diajarkan dan dilatih untuk menyertai pertandingan-pertandingan sebegini. Memang hebat Naufal ni. Memang dia seorang yang suka belajar. Seorang yang tak mudah putus asa dalam sesuatu. Kadang-kadang adalah melihat beliau ni berlatih kat Bilik Guru. Biasalah kalau tertekan sedikit. Masa tu tengah berlatih dengan maknya, Kak Ani. Kemudian, ibunya memberi dorongan dan membiarkan beliau sendirian. 

Sementelah beberapa ketika, dia mula berlatih semula. Sangat tidak mudah putus asa. Cumanya dia mungkin tak tahu Wardah bukan orang Kelantan. Kadang-kadang dia kecek Kelate heee ngan Wardah. Pehe la sikit-sikit. Tok pehe Wardah senyum jah. Hoho. 

Haaa, kenal tak dengan Naufal. Kalau dengar dia duk bercerita masa perhimpunan terasa rugi kalau berpaling. Sedap benar dia kecek. Dahla comeyy! :P

oklah. Naufal Assyakirin Syaifullah. Tak dapat berkenalan dengan lebih rapat, bertembung, berborak dan dapat senyum pun jadilah :) XD

ini ada sedikit gambar Wardah cedok kat Pak Cik Google.

naufal asy-syakirin

naufal pemenang kedua adik-adikku

Salah seorang peserta Adik-Adikku. Naufal Asy-syakirin.

4 comments:

  1. Kenal. Memang tak lepas tengok masa dia bertanding...wah untungnya dapat knali adik naufal lbh dekat :-))

    ReplyDelete
  2. Tengok dalam youtube kena la budak pandai sangat

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...