Pages




11 Oct 2019

Kelas Tusyen Bahasa Arab Sekolah Agama Petang


Bismillah. Lamanya mashaallah tak update blog. 😶😶😶 Hai saya perkenalkan diri saya semula. Saya Wardah Aneesa. Saya dah berkahwin dan beranak satu. Hai haiiii semua. 

Nak cerita tentang petang nan indah ni. 
Pada setiap hari jumaat ni.. Selepas solat jumaat jam 2.30 petang. Saya mengadakan kelas tusyen bahasa arab tahun 2 dan tahun 3 serentak. Muridnya ada dua. Sebabnya ada request dari seorang guru di sekolah kerana paper bahasa arabnya markahnya rendah. 

Jadi saya pun terima untuk mengadakan tusyen. 
2 jam setiap hari jumaat. 
Bestla jugak bila masa terisi. 
Tapi biasalah bila ada si kecik ni
Time menyusu ke.. Time lapar ke..time mengantuk dia.. Kenelah layan dia kejap. 
Lari lari kejap masuk bilik untuk susukan dia..
Anak saya dah setahun 3 bulan
Masih breastfeed dia.

Doakan saya dapat bf dia sampai 2 tahun ya! 
Murid dua orang ni merupakan adik beradik. 
Nasib baiklah tak selalu gaduh dua orang ni. Hehe 
Oklah mengajar petang2 walaupun kadang2 mengantuk jugaaaala hee.

Oklah nak cuba aktif semula blog ni.

Terima kasih buat yg datang dan tinggalkan komen  
Till then tata



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...