Seminggu Penuh Ceria!
Memang tak dinafikan seminggu ni Wardah nak spend banyak masa dengan yang tersayang. Ehem! Bukan setakat si dia tetapi yang menjadi keutamaan ialah keluarga, betul tak? Yep. memang betul. Keluargalah yang utama, yang pertama yang utama yang perlu diutamakan untuk disayangi. Jangan lupa taw, utamakan yang utama! :) Insya allah. Love ur familyyy. <3
Wardah memang rindu sangat-sangat kat mak, adik-adik, boboy, huhuuu. Paling tak boleh blah, boleh Wardah teringat rindu - rindu nak gaduh ngan adik Wardah yang nama boboy ni. haha. Boleh nanges - nanges sebab tak gaduh dengan adik Wardah, boboy ni. Haha. Senget. Itu pulak yang diingatnya. Haha. Bila balik je rumah. Adik yang ada kat rumah dia jelah. Boboy tu. Jumaat pagi sampai ke Melaka, lepas zohor Wardah kene ambil adik-adik Wardah yang kembar tu dekat asrama. Hoho. Nasiblah, pagi lepas sampai kat rumah, Wardah tidur kejap. Hoho. Lepas Zohor gerak ke Seremban ambil adik. Alhamdulillah, sekarang ada dah di rumah ^^
Memang heppy je memanjang. Wardah pulak ade copy movie dari kawan-kawan kat umah sewa tu, ade cerita Villa Nabilla, Mr Perfect 10, Manisnya Cinta di Cappodia dan macam-macam lagi. Citer Pinochio Korea tu pun hadoooo. Seronoklaaa rasanya nak habiskan cuti ni dengan relaks-relaks je. Lebih relaks daripada masuk praktikal semula sebab jadual padat. Huh.
Dekat rumah setakat ni, just isi-isi barang dalam goodies bag dan Wardah kene cari muffin/cupcake untuk letak dalam doorgift. Alhamdulillah dah selesai jugak yang tu. Kalau cupcake and muffin dia sedap and tip top nanti Wardah review kat sini yeee. (bukan majlis kahwin Wardah, tetapi, my brother) Bila difikir-fikirkan balik, banyaknya guna duit untuk kahwin ni ye. Hmmm, berapa k yang digunakan abang tu tak leh mention sini. Tapi oh my god, banyakla jugak. *Macam mana nak kahwin nanti?* Nanes tak berlagulah nampaknya Wardah nanti.
Hmmm, ada satu lagi cerita. About my cat! Nak tahu tak, Mimo dah gemuk dan bertambah kembang bulu dia. Woowww, balik rumah dia kejar Wardah masuk rumah. So sweet Mimo ni. Haha. Sangat touched bila dia kejar Wardah. Tak main-main. Ini cerita betul. ^^ Sweettnyeee lahai. Nasib baiklah dia kenal Wardah lagi. Siap manje-manje, golek-golek dia sekarang. Sekarang mak Wardah dah lepaskan dia kat luar sangkar. Kat luar rumah pun macam tu. Hanya bagi dia tidur je dalam sangkar. Sebelum ni tak bagi lepas luar rumah sebab takut dia tak nak balik rumah. Sekarang tidak lagi. Pagi, petang, dan malam semuanya dah bebas. Patutlah gemuk sekarang ni, bahagiaa Mimo sekarang. Free sudah. Heee ^^
Apalagi ya nak ceghitaaa. Ada lagi nak ceghitaaa. Nanti Wardah ceghita lagi. About Brim mak. About jerawat tumbuh kat muka Wardah dan lain - lain lagi. Insya allah, I will continue. ^^Just Wait okeyh ! :)
p/s : Hari ini kene aktif, nak bawak mak setelkan Brim dia. Gudluck to Me!
semoga happy selalu :)
ReplyDeleteCuti yer, patut la Wardah ceria ^-^
ReplyDeletewow cuti ngan family ehehe.. bestnya ada kucing =D akak ingatkan Wardah nye kenduri ehehe.. baru nak taceng sbb tak dapat kad..
ReplyDeleteMemang happy pun kalau dapat cuti dan spend time dengan family.
ReplyDeleteMimo nama kucing yv comel sgt... hsppy family day wardah
ReplyDelete