Pages




9 Aug 2015

Pertama Kali Memandu Sendiri di Kawasan Kota Bharu


Pertama Kali Memandu Sendiri di Persekitaran Kota Bharu | Kisah 7hb yang lepas. Hari Khamis. Hujung minggu begini kenalah survive sendiri sebab memang ramai rakan-rakan yang balik. Memang sunyi je blok asrama ni. Nape hujung minggu? Khamiskan sini cuti. Khamis dan Jumaat.

Kembar ajak keluar. Katanya lapar. Nasib pagi tu dah ambil Mineral Coffee sebagai sarapan. Jadi Wardah kurang sangat rasa lapar. Boleh jadi as alas perut. Kembar pinjam kereta rumatenya. Hmm jadi getar nak bawa kereta orang. Katanya manual. Syukur sikit sebab tak pandai bawa auto.

Haha. Kelakar juga kembar ni. Kebulur dia kata padahal baru pukul 10.35 pagi. Hihik. Rakan Wardah kembar ni dah usaha pinjam kereta, Wardah pun cepat-cepatlah siap. Padahal Wardah pun sebenarnya masih sangat bermalasan nak mandi. hahhahaha. Wardah pun minta dengan kembar beberapa minit nak siapkan diri. Adalah sejam kowt nak siap :P Kul 11.30 pagi geraklah ke kereta.

Debar.

Sangat Debar.

"Takut pulak nak bawa kereta ni kat sini",beritahu Wardah dekat kembar. 

Masa tu tengah jalan nak pergi kat kereta. 

"Eh tak ada papelah, same aje dengan bawa kereta lain", kembar menenangkan. 

Pergi kat kereta. Panaskan enjin, buka aircond 4 saat tu dan mula memandu.  Nak tahu rasanya bawak kereta orang? Pertama sekali yang Wardah fikir. 'Tempat clutch dia tinggi tak eh. Takut mati enjin tengah jalan.hahaha' Pertama sekali tengok dalam kereta tu ialah Clutch. hahaa. Then, duk try-try-try tekan clutch. Erkk. licin sebab Wardah guna stokin. Haha. Terpaksa buka kedua-dua stokin. Nak bagi selesa punya pasal. Dia punya cluth jenis yang rata dan licin. Mula-mula tak biasa, lama-lama okey alhamdulillah.

Alhamdulillah, setakat ni bawa kereta orang lain kita kena lebih berhati-hati. Sebab kalau accident ke ape jadi payahkan.

Kembarlah yang jadi pemandu arah. Hahaha. Sebab Wardah mana tahu jalan sini. Kami pergi KFC Baung, dan pergi ke BSN Kota Bharu. Banyak betul shortcut kembar tahu. Rasa macam kene tuntut ilmu plak dengan dia. 

Wardah buka mudah ingat jalan. Ingat sikit-sikit je. 

Sampai ke maktab dalam pukul 12.55 tengahari. Lulus dah ni. Haha.

Alhamdulillah. 

5 comments:

  1. Allhamdulllah.... walaupun akak org kota bharu.... tp dah lama lama tgl jalan kb mmg fail klu balk mask bandar,,,,

    ReplyDelete
  2. Jalan kat sana tak busy yer Khamis dan Jumaat...

    ReplyDelete
  3. nani lagi lah tak dek lesen langsung. hahaha

    ReplyDelete
  4. jalan siang-siang tak pe.. tak risau sangat... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  5. take care ya.. akak rasa KB tu memang sesak laa skrang..
    dulu xde pun gitu.. kalo time raya mula jem berjam2..

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...