Pages




23 Nov 2015

Separuh hari menemani doktor


Separuh hari menemani doktor | Hai semua. Siapa doktor ? Mestilah doktor tu lagi ensem dari mana-mana insan yang pernah Wardah kenal hahaha #silamuntah.Sebenarnya Wardah temankan mak dan adik si Ira ke hospital. Temankan doktor tak? Temankan doktor buat kerja laa sambil menyambil teman mak dengan adik. Lalalala. #takkenelangsungtajuk dan #merepek. Sekali sekala kan merapu merepek. Hihi


Hajatnya nak gerak pagi sebab bila fikir mesti petang ramai orang. Last2 tak jadi pergi pagi and jadi pergi tapi gerak dalam pukul 12.30 tengahari. Ni semua gara-gara Wardah yang leka main laptop dan adik dan mak yang nak pergi pun sedang layan cerita Korea. Ingatkan tak jadi pergi. Last2 jadi juga, Wardah pun ada hajat nak selesaikan dekat luar. Nak ambil gambar passport untuk dibuat temuduga SPP nanti. Jadi, jadilah pergi.

Kami pergi Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka. Kami adalah anak-anak askar sebab mak dan ayah bekas tentera. Jangan main-main. Ko main-mainkan anak diorang ni siaplaaa nanti, sampai lubang cacing dicarinya nanti. #huargh #janganmainmain. Alhamdulillah. Bila sampai je, tengok-tengok tak ada orang di kaunter pendaftaran. Gulp. Tengok jam pukul 1 hoho. Lunch hour memanglah. Kami pun apa lagi. Kebulur jugakkk!!. Pergi bahagian Pernama sebab mak kata tak silap ada kedai gambar kat sana. Pergi ke Pernama..nasib baik ada kedai gambar tu. Wardah pun dah bawa kot siap-siap untuk ambil gambar tu. Yes. Selesai sudah bahagian gambar passport. Tapi macam menyesal juga sebab kedai cina yang kami selalu buat gambar passport tu lagi murah dengan RM14 untuk sepuluh gambar. Ni dapat lapan jewww. Huhu. Wardah pernah buat dengan uncle ni dia siap edit gambar tu jadi beautifullah. Sangat. Tak tipu. Tapi tak apalah akhirnya siap juga gambar passport Wardah.

Gambar passport

Tapi ok jer buat gambar passport dekat sini. Dia pun tanya juga nak gambar nampak gigi ke tak nampak gigi. Wardah pilih yang nampak gigi. Dia pun siap tunjuk lagi kedua gambar yang dia dah tangkapkan tu. Oklah tukan. Comel mak Wardah cakap sebab warna nampak terang. Hihi.

Selepas tu minum minum kejap dekat kedai makan kat situ sementara tunggu pukul 2 untuk masuk balik ke klinik tu semula. Ehh lupa plak nak cakap. Kami kene buat dekat klinik jabatan pesakit luar. Tapi stil dalam Kem Terendak. Kalau perlukan doktor pakar baru dia suruh pergi Hospital Kem Teremdak untuk jumpa doktor pakar. Hospital ni pun dalam kem.

Selesai minum-minum air,  kami pun bergerak ke klinik jabatan pesakit luar tu. Alhdulillah dah boleh daftar nama adik dan mak. Mak sakit kat tangan dia adik pula ada sakit berkaitan mata dia. Macam sakit mata tapi dah lama sangat. Tu yang bawa ke klinik.

Sakit mata

Nilah adik Wardah yang bongsu tu, muka dia burn sebab dia main bola keranjang dalam pasukan bola keranjang sekolah diorang ni. Yang si kakak,.si ika tukar angin dia main handball pulak dah. Hihi. Eh lupa..mata dia sakit sejak kat sekolah adalah dalam sepuluh hari ke sebelas hari mata dia sakit.Masa lepas berdaftar, nama-nama mula dipanggil. Ermm.. Tapi.biasalah bila dekat klinik ke hospital ke kene ada sifat sabar yang tinggi.. Betul dop? Lama juga nak tunggu nama kena panggil. Hihi Akibat lama sangat tunggu nama kena panggil. Selfie sikit. 


Bila dah mula nama mak dengan adik dah dipanggil secara bergilir-gilir. Banyak kali juga keluar masuk bilik doktor yang dekat dalam klinik tu sebab prosedur dia macam tu. Selepas dalam pukul 3.30 petang.. Kami diminta oleh jururawat untuk untuk kami pergi ke bahagian kecemasan di Hospital Kem Terendak bagi menunggu doktor pakar membawa kami ke bahagian mata. Atau lebih spesifiknya bahagian mata. Kami pun pergi ke bahagia mata. Gerun juga kan bila kita sebut doktor pakar tu. Macam tahuu semua pasal sakit sakit lagi2 dalam bidang mereka.Lama juga menunggu. Last kali menunggu tu sebab tak ada dah pesakit selepas kami. Tapi bilik adik kena jumpa doktor pakar tu lama sangat jadi risau sangat-sangat. 

Inilah bilik yang adik masuk dengan mak untuk check mata dia. Lama sangat. Sampaikan daripada ramai-ramai pesakit yang ada masa Wardah datang sampailah Wardah tinggal sorang-sorang jeee . Doktor kata kelopak mata dia cuma kotor sahaja. Doktor kata juga dah berapa lama kena. Tak sakit ke. 

Apa-apa keputusannya akan diketahui pada minggu ini jugak. Adik kena datang balik hospital untuk tengok berkesan ke tak ubat yang doktor bagi tu. Mak pula..kena makan ubat yang dah diberi tu. Mak pun ada fisioterapi yang mak kena buat nanti ada tarikh yang telah ditetapkan tu. 

Balik tu memang lapar sangatttttt. Kami pun singgah pasar malam dekat Tanjung Bidara. Kami pun shopping ajelah makanan dekat situ.

Doakan ya mak dan adik Wardah baik-baik aje. Insya allah ;)

8 comments:

  1. Hahahhaa. Amboi sangat :P Mana tau tengah temankan adik & mak tersangkut dengan doktor. Ehhh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh eh. Hahahahahaha comment paling win^

      hiks. ps: may allah grant you, ur mom n adik kesihatan yang baik <333

      Delete
    2. Hahahhahha. Win sangatkannn hahahah... Tenkiu aqilahhhhh,.. Amin aminnn :))

      Delete
    3. Hahahhahha. Win sangatkannn hahahah... Tenkiu aqilahhhhh,.. Amin aminnn :))

      Delete
  2. ingatkan suami mu encik doktor..ecewah, inshaAllah semuanya baik2 sahaja..

    ReplyDelete
  3. Akak doakan moga mak & adik wardah cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  4. Semoga mak dan adik Wardah cepat sembuh k...

    ReplyDelete

Hai, semoga dalam pemeliharaanNya. Ada pendapat tentang penulisan Wardah sebentar tadi dan nak komen? Silakan.... Komen, JANGAN tak komen :)



SweetMuslimah.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...